" Tapi saya tertarik mengikuti ceramah oleh seorang pemimpin kuat PKR, Dr. Badrul Amin Bahrun yang dikenali sebagai pengikut totok Anwar Ibrahim. Beliau ini dikenali sebagai pemimpin yang sanggup berbuat apa sahaja demi Anwar. Mungkin kerana Anwarlah beliau dulu menjadi popular sebagai penceramah di TV dan menjawat jawatan di Universiti Islam Malaysia. Suara Badrul ini cukup lantang. Beliau ialah penceramah ala Anwar yang nyaring dan bertenaga suaranya. Ceritanya banyak diselitkan dengan fakta-fakta yang disensasikan dan dibesar-besarkan untuk memancing undi. Beliau bercerita mengenai beberapa isu. Katanya, UMNO kini bukan lagi parti yang memegang amanah rakyat. Oleh itu beliau meminta semua pihak, termasuk isterinya jika ada yang berkeluargakan orang UMNO supaya memutuskan hubungan saudara dengan mereka. ''Putuskan juga hubungan saudara dengan mana-mana saudara yang menjadi polis'' dan sesiapa yang ada hubungan dengan orang UMNO. Pak-pak haji berkopiah putih yang mendengarnya terangguk-angguk sambil tangan menyuap kacang rebus. Bagi pendengar yang lurus, mereka akan terikut cakapnya tanpa melihat bagaimana amanah rakyat di Selangor misalnya sedang diperkotak-katikkan oleh pakatan pembangkang yang memerintah negeri itu. Malah Pas Selangor kini terpaksa bersilat dengan pakatannya yang 'dikuasai' oleh DAP berhubung beberapa isu." Sumber : Utusan Ulasan: Betapa rakusnya seorang totok politik PKR ini membelasah UMNO/BN hingga sanggup memecahbelahkan hubungan sesama kita. Pemimpin sebegini kah yang kita mahukan. Sanggup buat apa sahaja demi kuasa dan undi. Bercakap tidak guna otak. Tapi tidak mengapa bahawa akan ada yang menghalalkan cara si Badrul ini. Dulu bukan main dengan kaset dakwahnya, zikirnya tetapi kini kaset/cd fitnah nya pula hebat dipasaran...itulah dia si penglipurlara.. |
Thursday, October 8, 2009
Badrul Amin Seorang Penglipurlara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
2 comments:
Dalam konteks Malaysia hari ini, dengan menjadi Umno, sama ada dengan memegang jawatan dalam kerajaan seperti Menteri, Menteri Besar dan sebagainya, seolah-olahnya semua kerja-kerja rasuah, merompak wang rakyat dengan mengaut hasil mahsul negeri dan negara menjadi halal.
Patutlah mereka pakat beramai-ramai masuk Umno, boleh mereka agih-agihkan tanah, projek, tender, ambil komisyen untuk mengkayakan diri dan kroni.
Selepas itu gunakanlah wang hasil tersebut untuk merasuah ahli-ahli Umno untuk menyokong mereka bertanding merebut jawatan dalam parti, seterusnya dilantik memegang jawatan dalam kerajaan.
Mereka tidak perlu bimbang kerana rasuah adalah halal dalam Umno, mereka tidak akan berdosa. Jika diambil tindakanpun, hanyalah sementara, untuk mengelabui mata rakyat.
Maka, pada setiap pilihan raya, wang itu jugalah yang akan digunakan untuk merasuah rakyat mengundi mereka. Hakikatnya rakyat diperbodohkan dan suruh berterima kasih kepada Umno-BN yang 'menolong mereka', walaupun sebenarnya mereka adalah perasuah dan penyeleweng wang rakyat!
Oleh itu, rakyat tidak seharusnya percaya lagi terhadap Umno-BN. Semua janji-janji reform untuk menghapuskan rasuah dalam negara dan dalam Umno, sejak zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak adalah palsu belaka.
Marilah sama-sama kita hentikan kepalsuan ini dengan mengundi calon Pakatan Rakyat, menolak Isa di Bagan Pinang dan seterusnya mengkuburkan Umno-BN, sekali dengan para perasuah di dalamnya pada PRU ke 13 nanti
Lagi satu.. nak tambah skit.. dalam UMNO lagi ramai MAMAK yg mengaku ME Layuuuu dari org MELAYU sendiri.. tu pun tak nampak lagi..
Dalam keadaan tesepit sekarang.. apabila negeri yg menjana WANG jatuh ke tangan PR... Agihan duit2 palsu mule menyusup setiap kali PRK berlaku..
Post a Comment