Petikan dari website http://www.pemuda.com Shah Alam -- Langkah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR semalam menunjukkan parti itu sedang menghadapi krisis keyakinan yang cukup serius. Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali ketika diminta mengulas mengenainya menyifatkan PKR hari ini umpama bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja. Menurut beliau ketidakpuasan hati pimpinan PKR terhadap pucuk pimpinan hususnya terhadap Penasihat mereka, Datuk Seri Annwar Ibrahim bakal sampai ke kemuncak dalam sedikit masa lagi. "Tindakan Badrulhisham itu adalah satu terjemahan yang jelas kepada kita bahawa PKR hari ini tidak lagi mampu untuk bergerak dengan lebih jauh. "Macammana nak urus tadbir negeri dengan baik jika terdapat di kalangan mereka yang hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan sendiri. "Ini di Selangor. Di Sabah pun hebat juga krisis yang berlaku. Itu belum kita tengok lagi di negeri-negeri lain. Sekarang mereka tagih simpati rakyat untuk terus sokong mereka sedangkan pemimpin mereka sendiri hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan", katanya. Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR. Pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini, Badrul Hisham, 49, berkata, beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). Beliau berkata, keputusannya keluar daripada PKR itu disebabkan sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan. Suhaimi yang juga Ketua Pemuda Sepang seterusnya berkata politiking yang berterusan di dalam parti terbabit menyebabkan pakatan pembangkang hilang tumpuan untuk memerintah Selangor dengan berkesan. Justeru beliau menasihatkan MB, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan tumpuan yang serius dalam usaha melicinkan pentadbiran dan melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan mana-mana pihak agar tidak mengaitkan tindakan ADUN Pelabuhan Klang itu dengan BN dan sebagainya. "Ini masalah mereka sendiri tiada kaitan dengan UMNO mahupun BN. Pembangkang patut cermin diri, jangan jadi macam budak-budak asyik cari salah orang lain", ujarnya. |
Sunday, November 1, 2009
Kemelut PKR Ibarat Bom Jangka, Makin Tidak Relevan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment