ikhlas
zaidi attan
kp jasin
Bismilahirahmaanirahim
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Mukadimah ucapan
Yang berbahagia Dato pengerusi tetap persidangan
Yang berbahagia saudara timbalan pengerusi tetap persidangan
Yang berhormat ketua pergerakan pemuda umno Malaysia
Yang berhormat Dato naib ketua pergerakan pemuda umno Malaysia
Yang berhormat ahli-ahli majlis kerja tertinggi
Barisan exco pergerakan pemuda umno Malaysia
Ketua pergerakan pemuda umno negeri-negeri
Sidang perwakilan yang di hormati sekelian
Saya mewakili pergerakan pemuda umno negeri Melaka dan izinkan saya mulakan dengan serangkap pantun
Bertingkah keris Jebat dan Tuah,
Perebutan kuasa pahlawan melayu,
Zaidi Jasin berdiri berhujah,
Anak kecil pewaris melayu,
Alhamdulilah bersyukur saya kehadrat allah s.w.t dengan izin dan limpahnya dapatlah kita hadir pada satu perhimpunan yang penting bagi menunaikan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli parti dalam keadaan aman dan harmoni.
Yang berhormat ketua pemuda dan sidang perwakilan yang di hormati sekelian,
Dalam suasana politik yang tidak menentu pada hari ini, kesan daripada PRU12 menuntut pengorbanan yang lebih besar daripada pengikut dan pemimpin parti. Cabaran ini lebih besar terutamaanya kepada pergerakan pemuda kerana terdapat lebih dari 7 juta pengundi muda menjelang PRU13. Di mana sebilangan besar dari mereka tidak menyebelahi kita dalam PRU12. Suka saya ulang kata-kata wakil wilayah persekutuan dengan mengambil kata-kata PM 1 Allahyarham Tunku Abd Rahman pada 12 Sept. 1952 ketika merasmikan persidangan pemuda di Seberang Prai,Pulau Pinang katanya
" UMNO bergantung kepada pemuda dalam serba perkara. Sekiranya pemuda kuat maka kuatlah UMNO dan sebaliknya jika pemuda lemah maka lemahlah UMNO".
Y.B. ketua pemuda dan sidang perwakilan yang di rahmati allah
Cabaran kita pada hari ini adakah kita telah bersedia untuk mengambil alih kepimpinanan samaadadi peringkat cawangan, bahagian ataupun nasional.
ataupun
Adakah pemuda sudah dapat meyakinkan kepimpinan bahawa pemuda hari ini telah bersedia mengambil alih kepimpinan dengan bukti-bukti yang meyakinkan kepimpinan UMNO samaada di peringkat cawangan, bahagian ataupun negara.
Senario politik negara pada hari ini hampir sama sewaktu peristiwa 13 Mei 1969. Di mana pergerakan pemuda di terajui oleh Allahyarham Dato Senu Abd Rahman dan Tun Musa Hitam, mereka membawa "revolusi mental" sebagai pencetusminda melayu dengan cogan kata "pemuda harapan bangsa" sebelum pergerakan pemuda di bekukan akibat rusuhan kaum. Selepas itu pergerakan pemuda di ambilalih oleh Allahyarham Dato Harun Idris dan Dato Ali Hj Ahmad dengan cogankata "pemuda pelopor perjuangan" dengan tujuan memantau perlaksanaan DEB untuk keperluan generasi terkemudian.
Pemuda juga di wariskan dengan warisan buruk oleh anwar ibrahim dengan "politik wang" sewaktu beliau bertanding menentang allahyarham Tun Ghafar Baba untuk jawatan timbalan presiden dan rata-rata daripada kita yang hadir pada hari ini masih tidak mengenal erti politik pada waktu itu. Warisan inilah yang merosakan intitutsi dalam umno. Tujuan dan maksud beliau adalah untuk menubuhkan negara republik dengan doktrin sosialis dengan kaedah-kaedah komunis.
Pohon nyiur di tepi laut,
Dimakan kumbang pucuknya layu,
Kepada UMNO melayu berpaut,
UMNO tumbang hilanglah Melayu,
Sebagai contoh "kepupusan tanah orang melayu di luarbandar di sebabkan tanah di bawah 1 ekar tidak boleh di pecah geran maka terdapat banyak tanah di kampung-kampung menjadi tanah terbiar dan amat sukar bagi generasi muda membina sebuah rumah di sebabkan tidak boleh membuat pinjaman di bank maka saya cadangkan geran MCL melayu boleh di pecahkan geran bagi membolehkan orang muda membina rumah dengan pinjaman bank dan ini dapat mengelakan berlakunya penghijrahan orang muda ke taman-taman perumahan dan ke kawasan bandar.
Yb ketua pemuda dan sidang perwakilan yang di hormati sekelian
Pemuda berada di persimpangan yang menuntut untuk melaksanakan tranformasi dan saya percaya sekiranya situasi zaman sebelum dan selepas 13 mei di ambil kira maka akan pasti pemuda berjaya "menahkoda zaman" dan pemudalah yang akan menjadi pemantau kepada pelaksanaan agenda 1Malaysia dan supaya Y.A.B PM Datuk Seri Mohd Najid Tun Abd Razak bekerja tidak kelihatan seperti "Jeneral tanpa perajurit".
Tambahan pula pengiktirafan telah pun di berikan oleh pucuk pimpinan dengan memcadangkan kouta kepada pemuda untuk menjadi perwakilan secara automatik di peringkat bahagian bagi memilih kepimpinan tertinggi negara.
Kalau Bagan Pinang di jadikan contoh kita ada 125% pengundi yang mengundi mengikut persepsi maka menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk memperbetulkan persepsi ini dengan media baru. Perang saraf kita perlu membentuk kecenderungan pengundi supaya yakin dengan agenda yang di bawa oleh UMNO dan BN. Insyallah UMNO akan terus kekal dominan pada PRU13 dan saya penuh yakin perjuangan membina pewaris melayu akan berjaya dan marilah kita mengambil iktibar firman Allah s.w.t (surah An Nisa ayat 9) dengan maksud
"Dan mereka seharusnya takut kepada Allah andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat keturunan yang lemah"
Justeru itun saya memohon Y.A.B PM untuk memperkasakan pemuda samaada dengan menubuhkan Bank Belia atau menambahkan peruntukan di Kementerian Belia supaya tugas-tugas menjaga pengundi muda akan menjadi lebih bertenaga kerana mereka mewakili lebih kurang 45% dari jumlah penduduk negara ini dan di salurkan terus ke bahagian-bahagian.
Dengan itu tidaklah pemuda dilihat sebagai peminta sedekah setiap kali untuk mengadakan program dan tidak juga di katakan pemuda hidup untuk mengejar kontrak-kontrak kerajaan yang memburukan imej pemuda.
Yb Ketua pemuda dan sidang perwakilan
Akhir kata saya simpulkan ucapan saya dengan serangkap pantun untuk menjadi ingatan kepada diri saya dan sidang perwakilan
Pemuda dipersimpangan jalan tranformasi,
Empat kesatuan cadangan di beri,
Ikhlas dan Tawadhuk, kerendahan hati,
Berani berubah setiakawan sejati,
Bangun pemuda, Bangun Pemuda, Bangun Pemuda
Sekian Wasalam
7 comments:
Ucapan yg patut dijadikan sebagai satu perintis bagi PPUBJ agar keluar dari kepompong konvesional menjadi pemuda yang dinamik.
"Cabaran ini lebih besar terutamaanya kepada pergerakan pemuda kerana terdapat lebih dari 7 juta pengundi muda menjelang PRU13."
-adakah pihak pemuda umno telah mempunyai data maklumat ttg pengundi baru ini?..
Pemuda juga di wariskan dengan warisan buruk oleh anwar ibrahim dengan "politik wang" sewaktu beliau bertanding menentang allahyarham Tun Ghafar Baba untuk jawatan timbalan presiden dan rata-rata daripada kita yang hadir pada hari ini masih tidak mengenal erti politik pada waktu itu. Warisan inilah yang merosakan intitutsi dalam umno.
-bagi saya politik wang dan politik ampu-mengampu masih wuhud di dalam umno dari akar umbi hinggalah pucuk pimpinan..kes ali rustam sudah menujukkan masalah ini walaupun ali rustam mempunyai rekod pembangunan yg cemerlang..pemuda perlu berani malwan arus menentang masalah ini..jgn jd seperti hilang suara jika pimpinan tertinggi digelumang dgn masalah ini..
apa2 pun tahniah dgn ucapan ini dan perlu diperbaiki lagi..
jika dilihat, saya percaya setiap perwakilan mempunyai intipati ucapan yg menarik dan ingin membawa perubahan didalam setiap agenda perjuangan UMNO sendiri ttp aku tak pasti samaada apa yg diluahkan, dilontarkan oleh setiap perwakilan itu didengari oleh pucuk pimpinan..
aku rasa, korang sebagai pemimpin masa akan dtg tidak blh terikut2 dgn rentak pembangkang, jika anwar semasa dlm umno dulu sudah mengamalkan politik wang jgn lah kita hingga hari ini ingin mengunkit perkara yg sama..padamkan masalah ini secara total..hapuskan politik wang..hapuskan politik bodek membodek etc..
pemuda kini lebih bijak menilai dan rata2 dari kalangan mereka adalah pengundi atas pagar yg akan melihat parti/gabungan mana yg blh mempertahankan hak mereka, membantu mereka dan memberi mereka benefit utk short term dan long term..
kerajaan BN telah menganjurkan segala mcm insentif utk pemuda ttp apa yg aku lihat masalah birokrasi dari pihak agensi kerajaan, pihak komersial membantutkan usaha2 pemuda kini...
birokrasi perlu di hapuskan..satu sistem operasi yg lebih effisien, kreatif dan adil bagi semua perlu dilaksanakan..kalian semua sbg pemikir dan bakal pemimpin perlu cetuskan satu revolusi yg kental di dalam umno..melayu dan islam..
jgn hanya berckp ketika berkempen dan perhimpunan etc ttp outcome dari perlantikan kalian yg rakyat mahu lihat..
rapati umum..adakan lebih byk xtvt stand alone..atur perjalan organisasi anda dgn baik...dan aku yakin korang mampu mengubah jasin menjadi lebih baik...
salam ecco-tdo,
bolehkah kita mengadakan pertemuan kerana saya tertarik dgn beberapa cadangan yang membina dari saudara, kita perlukan perincian segala pandangan saudara untuk kita perbaiki perjuangan untuk memartabatkan bangsa dan negara atau saudara boleh email terus kepada saya tentang pandangan saudara
kp jasin..
xpelah sekadar perlu je aku bg pendapat kat sini...ada2 apa idea aku akan tulis kan komen ni..
tq..
Kalau kita ikhlas dan jujur dengan apa yang kita tulis rasa tak jadi keberatan kalau bertemu dan berbincang lebih detail apa yg kita suarakan.Bertemu dialam maya ni rasanya ada yang kita maksudkan tak tercapai, lagi pun sesama Islam apa salahnya kalau jumpa teh tarik. KP berminat tu, jgnlah hampakan hajatnya.
Hari ini ramai yang punyai idea yang bagus dan kritikal apabila membicarakan soal parti dan kepimpinan UMNO. Syabas satu transformasi.Membicarakan idea dengan melaksanakan idea dua perkara yang berbeza sama sekali. Dengan kata lain pemikir dengan pelaksana.Dua-duanya kena kerjasama. Jika tidak apa yang difikirkan sudah pasti tidak dapat dilaksana, separuh saja atau tidak memenuhi matlamat. Jadi jalan penyelesaiannya kurangkan polemik, banyakkan pertemuan dan percambahan minda, gerak dalam satu team, jangan hanya politik dalam bahagian Jasin nanti tak berkembang serta jangan hanya bebankan pada seorang saja. Selamat maju kedepan atau belakang, pilihan ditangan anda.
Post a Comment