Kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia tentang sikap malas dan sambil lewa kepimpinan peringkat bahagian menarik perhatian penulis. Soalnya benarkah mereka ini benar-benar malas atau sebab-sebab lain? Bila berbincang bab ini terasa pula akan perlunya mereka ini di berikan KPI masing-masing agar dapat mengikis sikap tersebut. Rasanya sejak perhimpunan agung yang lepas pelbagai saranan telah dibuat agar mereka kembali ke bahagian masing-masing dan lakukan perubahan agar tidak diubah atau rebah. Agaknya mereka ini dah terlalu lama jadi Ketua Bahagian maka dengan faktor usia yang semakin meningkat maka sifat malas dan sambil lewa semakin ketara atau pun apa yang diperjuangkan telah diperolehi maka gerakan mereka semakin perlahan. kadang-kadang tu terfikir juga elok sekiranya kita ini mempunyai pemimpin yang usia dalam 40 an. Tenaga dan buah fikiran masih cergas dan boleh menyumbang dalam tempoh yang lama. Cuba kita fikirkan......
Satu lagi perkara yang dah jadi budaya adalah masih lagi terkongkong dengan cara lama berpolitik. Orang muda dengan semangat berkobar-kobar tapi bila berdepan dengan corak berpolitik yang tradisional maka ianya juga boleh melemahkan semangat jiwa orang muda. Maklumlah anak muda sekarang yang telah banyak terdedah kepada maklumat yang cepat seperti blog, facebook dan sebagainya. Media baru ini banyak membentuk cara orang muda berpolitik tapi bila ini tidak dapat di ikuti oleh kepimpinan bahagian maka akan menyebabkan mereka ambil sikap tidak peduli bukan sahaja soal politik malah untuk daftar pemilih pun mereka berikan alasan atk minat atau benci pada politik.
Pada usia pertubuhan ini telah mencapai usia 60 an, sewajarnya isu tersebut tidak membelenggu kotak pemikiran pemimpin di peringkat bahagian. Rasanya kalau masih ada yang nak teruskan untuk duduk kerusi Ketua Bahagian tu, eloklah berfikir kembali atau pun serahkan kepimpinan itu pada ahli semula untuk dibuat pemilihan baru. Sikap yang hanya nakkan jawatan tetapi tak mahu jalankan tanggungjawab dengan seikhlas mungkin dibuang jauh-jauh demi alif, ba dan ta.

4 comments:
Lepas dah dapat jawatan ,cari bini baru pulak...itu lah kerja mereka..
yang terbaru ni..di Bt Katil..tok ketua nak kawin lain....umur kubur isteri baru 10 bulan..
itu lah kerja mereka...
dah jodoh ...nak buat mcm mana...lagi pun itu isteri sudah meninggal..Pas pulak ramai yg meninggalkan isteri semata2 kejar isteri muda..cth{ akill hayy, YB di kelantan tu..,dan kes terbaru lari anak org..kawin kat golok..apa cerrrr
UMNO memang malas...Mana pergi AJK UMNO, Pemuda, Pu3 & Wanita masa program Bowling piala ketua bahagian kau org???...
Dtg tunjuk muka..lepas tu balik ... ada langsung x dtg .. pemuda yg gila2 nak dpt jawatan dulu mana????... tak nampak muka...KP pun dtg lewat ..cam ner nak jadi contoh???
aku nasihatkan KP kau .. Zaidi Atan ...lepaskan ajer jawatan..kasi org lain ...Azman Abdollah boleh ..bagikan!!!
Amanah yang di khianati!!!!..kau jawab kat sana nanti!!!!!!
Memang susah nak ubah dan berubah. Terutamanya dalam politik. Jadi begini sebab fobia musim pemilihan tak habis lagi. Apa pun terima kasih kerana datang waktu program tu dan perihatin dengan gelagat exco pmuda bahagian. Kalau yang lain ganti pun bukan jaminan akan berlaku perubahan. Puak yg kalah akan saboj pulak. Kena terima le keputusan pemilihan dan sama- sama baiki keadaan ini.
Post a Comment