Saturday, January 9, 2010

MELAYU BUKAN BANGSA RASIS



Sepanjang sejarah bangsa Melayu di Tanah Melayu atau di rantau Melayu ini, sejak dari zaman Melaka diserang oleh bangsa Portugis dan sejak mencurah-curahnya pendatang dari Cina dan India dan juga dari kawasan lain di Asia, tidak pernah berlaku apa-apa serangan secara teratur, secara berkumpulan, terhadap kaum-kaum lbukan Melayu itu. Tidak pernah wujud kumpulan rasis atau nasionalisme ultra Melayu yang membenci kaum bukan Melayu.

Tindakan beberapa pihak yang melontar bom petrol sehingga menyebab 3 buah gereja terbakar di Kuala Lumpur telah menimbulkan pelbagai spekulasi di negara ini. Ada yang menuduh bahawa ianya adalah agenda UMNO dan terdapat juga yang mengatakan bahawa bangsa Melayu bersifat rasis. Sifat 'rasis' atau 'rasisme' tidak sama dengan perasaan perkauman. Setiap bangsa mempunyai perasaan 'bangsa bangsa' atau 'megah bangsa'. Perasaan ini wujud kerana adanya kesedaran bahawa anggota bangsa itu mempunyai ciri-ciri budaya dan sejarah yang sama dan juga mungkin agama yang sama.

Sifat rasis atau rasisme wujud dalam minda dan sanubari sesuatu bangsa kerana mempercayai bahawa mereka adalah bangsa yang terpilih, bangsa yang 'murni', yang tidak sama dengan bangsa lain. Kaum Yahudi misalnya terkenal sebagai kaum rasis. Mereka percaya bahawa mereka adalah 'kaum terpilih', yakini dipilih oleh Tuhan sebagai bangsa yang melebihi semua bangsa atau kaum lain. Mereka sering membenci kaum bukan Yahudi. Agama mereka adalah agama 'eksklusif'; orang lain sering tidak diterima menganut agama mereka.

Mereka  tidak pernah atau jarang-jarang rela menyerapkan atau menyesuaikan diri dengan komuniti kaum lain yang lebih besar. Mereka hidup dalam komuniti yang terpisah daripada masyarakat lebih besar. Kerana inilah, di mana pun mereka berada, mereka sering dicurigai oleh kaum lain, misalnya di Eropah dan Poland.

Orang Melayu dikatakan terkenal sebagai bangsa yang bersopan santun, bangsa yang sangat tolerans terhadap kaum lain, bangsa yang sangat suka bertolak ansur sehingga diam tak diam banyak hak mereka di negara ini jatuh ketangan orang lain.

Hari ini politik perkaumanlah yang banyak merosakkan budaya dan kelakuan bangsa kita. Apabila orang Melayu bersuara untuk mempertahankan hak dan 'warisan' mereka di negara ini mereka dianggap rasis atau 'perkauman'.

Kesimpulannya carilah cara yang sebaik-baiknya untuk memadamkan api yang kecil ini supaya ia tidak merebak membakar seluruh perasaan rakyat.



2 comments:

Melayu Racist? said...

Melayu secara amnya memang x racist.. tp United Malay Organization yg racist.. termasuk melayu di dalamnya..

Kenapa mcm ni?? sbb pemimpin UMNO suke menakut2kan pengikut die.. Ckp2 klu UMNO takde.. Cine amik alih M'sia.. habis Melayu.. memang selalu dimainkan kat kg..

tp pada hakikatnya.. dlm racist pemimpin UMNO.. Die jual tanah melayu kat tauke cine... Krjn UMNO beli tanah pertanian Melayu dgn harga murah.. tukar status tanah.. jual pulak kat org CINA...

Krjn UMNO nak buat pulau mcm Dubai.. target nak jual kat org Singapore...

exco-tdo. said...

aku bersetuju dgn apa yg dickpkan oleh bro MR ni..bagi aku parti politik termasukle PAS, PKR dan DAP tak bersalah ttp org2 dlmnya yg buat kacau..sng citer, politik tak kotor tp org politik yg buat politik tu kotor..

tp, aku mcm tak setuju le klu ko ckp UMNO takut2 kan melayu..tak masuk akal, ko tgk jele brp ramai org melayu dlm pas, pkr dan yg terbaru dap..klu dorang takut for sure dorang tak masuk PR..betul x?..semuanya dtg dari diri sendiri bro..

jual tanah kat tokeh cina..tp pas kelantan jual konsesi minyak kat tokey singapore bro tak ckp plak?..hehehe..adil le bro..

kes khalid ibrahim xnak luluskan pembinaan UITM kat selangor apa citer?..tu kan utk anak bangsa kita..siap ugut lagi..

apa2 pun baik BN atau PR..ada masalahnya..hahaha

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]