Dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah persekutusan bahawa YAB Datuk Seri Dr Zambry Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah maka terlerailah sudah kemelut politik di Perak yang ditunggu-tunggu oleh kedua-dua pihak iaitu BN dan PR. Seperti biasa bila keputusan tersebut tidak memihak kepada mereka pelbagai isu baru telah di bangkitkan oleh pihak yang kalah. Dakwaan bahawa politik Malaysia masih lagi mengamalkan monarki mutlak adalah tidak benar. Persoalannya sampai bilakah pihak pembangkang mahu menghormati keputusan mahkamah? Tidakkah mereka sedar dalam sistem politik "demokrasi berparlimen, raja berpelembagaan" komponen kehakiman juga mempunyai peranan dan tugas tugasnya dalam menentukan keadilan dijunjung? Apabila tafsiran keadilan itu dirujuk kepada kelompok tertentu sahaja, inilah yang berlaku. Keadilan itu kenalah dirujuk kepada konsep keadilan itu sendiri berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Bagi BN pula sebelum ini ada juga keputusan yang tidak memihak kepada mereka tetapi mereka menerima nya dengan perasaan terbuka dan berlapang dada. Seingat penulis, dalam isu ini pembangkang lah yang membawa penyelesaian ke mahkamah untuk menentukan siapa yang berhak untuk jadi Menteri Besar. Maka apabila hakim telah membuat keputusan dan pengadilannya maka hormatilah keputusan tersebut. Maka dengan ini kedaulatan undang-undang akan terus terpelihara. |
Wednesday, February 10, 2010
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment