Monday, February 1, 2010

TAHUN 2010 ADALAH TAHUN BERTINDAK (TAKE OFF)


  Tahun 2010 baru sebulan berlalu. Sejak PRU 2008 pelbagai peristiwa telah berlaku. Yang baik jadikan pengajaran dan yang buruk kita hindarinya. Begitu juga dengan parti UMNO, selepas perhimpunan agung dan pindaan perlembagaan parti, gagsan 1 Malaysia, KPI, NKRA dan kini JUARA RAKYAT. Pelbagai pandangan telah dilontarkan ada yang memuji dan dah tentu pembangkang sebaliknya. Lagi pun kan kerja pembangkang apa yang dibuat semuanya salah belaka. Kini segalanya telah terbukti siapa yang buat untuk rakyat dan siapa pula yang berebut kuasa.

Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin, realitinya tahun 2010 ni adalah masa untuk tindakan. Sejak awal tahun, pelbagai aktiviti sama ada yang dianjurkan sendiri mahu pun dengan UMNO Bahagian, Wanita dan Puteri semakin giat dijalankan. Begitu juga dengan peringkat Pemuda Cawangan. Tahniah kepada Pemuda Cawangan dan terima kasih . Bagi yang masih lagi jadi pemerhati tu, kenalah berubah sebelum diubah dan akhirnya rebah. 
Setahun dah berlalu, mungkin kita terlupa akan agenda dan mesej KP UMNO Bahagian Jasin, Sdra. Zaidi Atan iaitu 'Membina dan Memperkasakan Kepimpinan Pemuda dan Membuka Minda Pemuda' khususnya Pemuda Jasin. Sebagai sayap kepada UMNO sudah pastinya Pemuda perlu memainkan penting demi memastikan survival parti dan agendanya dapat diteruskan. Maka untuk memastikan ini berlaku tentu kita memerlukan pemimpin pelapis yang dapat meneruskan agenda perjuangan. Untuk melahirkan pemimpin sangat senang tetapi melahirkan pemimpin yang benar-benar ada roh perjuangan ambil masa kerana perlu menimba pengalaman. Begitu juga untuk memperkasakan pemimpin khususnya pemimpin di bahagian Jasin agar kita keluar dari kepompong lama menuju ke senario politik baru. Hari ini generasi muda bercakap topik demokrasi digital. Jika tidak kita ketinggalan dan akhirnya harapan hanya tingal harapan saja.

Terima kasih juga kepada yang berikan komen sama ada yang positif dan juga negatif sepanjang tahun lalu. Kesannya banyak yang dapat di baiki. Syukur Pemuda Bahagian tidak ketinggalan dari segi ICT. Moga jejak ini dapat diikuti oleh pemuda cawangan dalam meningkatkan lagi sektor pengurusan maklumat demi menghadapi pilihanraya akan datang.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]