Latar Belakang Sejarah : Bangunan Parlimen Malaysia yang menjadi lambang demokrasi negara terletak di arah timur laut Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Dirasmikan pembukaannya pada 2hb. Novermber 1963 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. Sebaik pembukaannya, ia menjadi tempat berlangsungnya Persidangan Persatuan Parlimen Komenwel ke- 9. Kompleks berharga $17 juta ini direkabentuk oleh arkitek Jabatan Kerja Raya. Kerja pembinaannya bermula pada pertengahan tahun 1961 dan mengambil masa hampir 2 tahun untuk menyiapkannya. Menurut S.F. Owen selaku Pengarah Kerja Raya pada masa itu, pembinaan bangunan perlimen ini merupakan projek bangunan sebuah yang terbesar dilaksanakan oleh kerajaan. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, semasa meletakkan batu asas bangunan Perlimen pada 31 Ogos 1962 bertitah, �bangunan ini adalah menjadi suatu bukti yang nyata dan terang menunjukkan kepada dunia betapa kuat dan teguhnya rakyat Persekutuan Tanah Melayu berpegang kepada demokrasi secara berparlimen dan adalah juga menjadi tanda menunjukkan kita adalah mengamalkan semulia-mulia adat demokrasi berparlimen dan akan sentiasa berbuat demikian itu.� Bangunan ini merupakan bangunan ulung yang memenifestasikan senibina yang beridentiti Malaysia dengan penggunaan simbolisme senibina tempatan dalam rekabentuk bangunan moden.Ia dibina dengan dua bahagian yang terbesar � sebuah bangunan tiga tingkat menempatkan Dewan Negara dan dewan Rakyat dan sebuah bangunan pentadbiran 18 tingkat menempatkan pejabat-pejabat untuk menteri dan ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Keseluruhan bangunan Parlimen ini ditutupi dengan kaca yang boleh menyerap haba panas dan meresapkan cahaya serta dilindungi dengan kerawang konkrit. Rekabentuk Parlimen ini merupakan kejayaan anak-anak tempatan dalam mereka bangunan beridentitikan Malaysia. Manakala di kawasan luar terdapat satu dataran bagi berlangsungnya upacara-upacara rasmi (ceremonial square) dengan landskap menarik dihiasi kolam. Patung Perdana Menteri pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj berdiri megah di halaman berhadapan bangunan, lambang gelarannya sebagai Bapa Kemerdekaan Negara. PANDANGAN PENULIS. Sama ada bina baru, pindah bangunan baru atau kekal di bangunan, semua ini perlukan perbelanjaan. Soalnya sama ada kecil atau besar. Dalam hal ini adakah kepentingan politik akan mempengaruhi semua fakta atau sebaliknya. Kita serahkan kepada kebijaksanaan YB Menteri berkenaan untuk buat keputusan kerana hanya Jauharee Sahaja Yang Mengenal Manekim. Parlimen juga boleh merujuk kepada tempat atau bangunan dimana penggubal undang-undang bersidang dan ia merupakan satu terma yang biasanya digunakan dalam negara-negara Komanwel. Nama parlimen berasal dari perkataan Perancis parlement , dimana parler bermaksud bercakap : maka parlement merupakan "tempat untuk bercakap atau berbincang"; suatu perhimpunan atau perjumpaan dimana ahlinya berbincang tentang isu-isu semasa. Parlimen yang paling terkenal adalah Parlimen United Kingdom, yang kadang-kala digelar "Ibu parlimen-parlimen" kerana ramai negara Komanwel mengasaskan kerajaan mereka pada sistem Westminster, yang berdasarkan parlimen. - Sumber wikipedia Bahasa Melayu "Kita ada menyediakan tiga cadangan sama ada untuk berpindah tempat bersidang buat sementara waktu di bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), membina bangunan Parlimen yang baru di Putrajaya atau di kawasan Parlimen sedia ada atau menjadikan PICC sebagai bangunan baru Parlimen. |
Monday, June 21, 2010
PARLIMEN : BARU, PINDAH ATAU UBAHSUAI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment