Monday, June 21, 2010

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - ARTIKEL 48


Artikel 48. HILANG KELAYAKAN MENJADI AHLI PARLIMEN.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perkara ini, seseorang adalah hilang kelayakan menjadi ahli mana-mana majlis Parlimen jika -
(a) Ia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan sebagai
seorang yang tidak sempurna akal; atau

(b) ia seorang bankrap yang belum dilepaskan; atau
(c) ia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau

(d) setelah dinamakan untuk pilihanraya bagi mana-mana
Majlis Parlimen atau bagi Dewan Negeri, atau setelah
bertugas sebagai ejen pilihanraya bagi seseorang yang
dinamakan sedemikian, ia tidak menghantar apa-apa
penyata perbelanjaan pilihanraya yang dikehhendaki oleh
undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang di-
kehendaki; atau


(e) ia telah disabitkan suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah- wilayah yang terkandung dalam sesuatu Negeri Sabah atauSarawak atau di Singapura) dan di hukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan ia tidak mendapat
ampun; atau

(f) ia telah dengan sengaja memperolehi kewarganegaraan
mana-mana negeri luar Persekutuan, atau telah dengan
sengaja menggunakan hak-hak kewarganegaraan di suatu
negeri asing atau telah membuat sesuatu akuan taat setia
kepada mana-mana negeri luar Persekutuan,

KEDUDUKAN AHLI PARLIMEN BATU.

Sejak itu, ia telah menjadi bahan perbahasan, sama ada jumlah denda tersebut terangkum di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa sesebuah kerusi parlimen itu akan menjadi kosong jika wakilnya disabitkan oleh mahkamah dan dikena denda "tidak kurang daripada RM2,000."

Artikel itu menyebut jika seseorang ahli parlimen disabit oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang daripada setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 maka beliau secara automatik terbatal kelayakannya dan pilihan raya kecil perlu diadakan.

Hakim Ghazali telah mengurangkan hukuman Mahkamah Majistret sebelum ini ke atas Tian Chua - iaitu enam bulan penjara dan denda RM3,000 - kepada denda RM2,000.
Tian Chua masih ahli parlimen Batu sehingga Dewan Rakyat membatalkan kelayakannya, kata Speaker Tan Sri Pandikar Amin

Sejak itu, ia telah menjadi bahan perbahasan, sama ada jumlah denda tersebut terangkum di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa sesebuah kerusi parlimen itu akan menjadi kosong jika wakilnya disabitkan oleh mahkamah dan dikena denda "tidak kurang daripada RM2,000."

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ghazali Cha memutuskan tidak perlu disemak semula penghakimannya yang mengurangkan hukuman ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada denda RM2,000.

Hakim Ghazali berkata beliau telah mendengar kes tersebut (functus officio), maka penghakiman mengenai denda tersebut adalah kekal.


Kes ini juga menunjukkan terdapat tiga pihak yang akan membuat keputusan mengenai kududukan YB parlimen Batu, iaitu Mahkammah (komponen Kehakiman), Dewan Rakyat (Mewakili Perundangan) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Apa pun Yang Arif Hakim telah pun memutuskan keputusannya, walau pun sebelum ini kita ada mendengar gelaran yang tidak baik telah diberikan kepada Yang Arif Tuan Hakim. Fikirlah sendiri akan kebenarannya atau untuk kepalsuannya. Sebagai rakyat yang mendaulatkan undang-undang negara, kita serahkan kepada yang berkenaan untuk membuat keputusan.


No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]