Tuesday, July 27, 2010

Kehendak Politik Orang Muda.

SELAKU pelapis kepada pemimpin negara pada masa depan, kecenderungan dan corak berpolitik di kalangan generasi muda sentiasa menjadi perhatian. Sikap dan pandangan mereka mengenai parti politik sentiasa berubah-ubah. Mereka merupakan kumpulan dominan yang akan menentukan kelancaran dan kejayaan demokrasi negara pada masa-masa akan datang.

Golongan ini turut memainkan peranan penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan kerana mereka mewakili suara dalam peratusan yang besar pada pilihan raya. Tetapi jika keputusan Kajian Makmal Pemuda Barisan Nasional seperti yang diumumkan kelmarin diambil kira, generasi muda hari ini nampaknya masih belum mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan berpolitik.

Jumlah 62 peratus daripada tujuh juta orang pengundi muda yang memilih untuk tidak berpihak dalam politik adalah satu perkara yang boleh memberi impak yang besar kepada perjalanan demokrasi negara.

Meskipun ia hanyalah membabitkan seramai 1,000 orang responden, namun kajian itu tetap mempunyai kredibiliti jika faktor semasa diambil kira. Golongan muda seolah-olah tidak berminat dengan program yang dibentuk oleh kerajaan dan mereka kelihatan seperti menolak kepada kestabilan.
Lihat sahaja program-program yang dianjurkan oleh kerajaan yang kurang mendapat reaksi positif terutama dalam mendalami perkembangan isu semasa termasuk isu politik negara.

Generasi muda mengambil dasar berkecuali supaya boleh memberi tumpuan kepada perkara-perkara lain seperti minat, pelajaran, pendidikan, agama, sukan dan sebagainya. Banyak yang boleh dinilai daripada pilihan generasi muda menjauhi politik termasuk bosan terhadap isu-isu yang masih dibawa selepas pilihan raya umum lalu.

Ketika pemimpin parti politik melihat isu itu sebagai peluang untuk menunjukkan keberanian dan kuasa, generasi muda pula beranggapan ia sebagai sesuatu yang membuang masa.

Kemungkinan lain adalah kerana generasi muda hari ini berasa selesa dengan apa yang dimiliki mereka ketika ini. Mereka beranggapan ia akan kekal meskipun tanpa penglibatan mereka secara langsung dalam dunia politik.

sumber:
rencana@utusan.com.my

ULASAN.

1. Apakah sebab sebenar golongan muda semakin menjauhi politik, parti politik dan tidak daftar pemilih?
2. Apakah persepsi mereka mengenai politik selama ini?
3. Adakah terlalu bergantung kepada maklumat cyber menyebabkan mereka tidak berminat kepada sumber lain?
4 Apakah pandangan mereka jauh berbeza dengan pemimpin lama?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]