Friday, July 23, 2010

YAB LIM GUAN ENG KETUA MENTERI KEPADA SEMUA RAKYAT PULAU PINANG.

BENAR, Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang. Namun status itu tidak bermakna beliau boleh membuat apa sahaja termasuk menghentam secara terbuka pegawai Kerajaan Pusat yang berkhidmat di negeri tadbirannya.

Sekalipun jika Guan Eng merasakan khidmat seseorang pegawai Pusat termasuk Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus gagal memuaskan hatinya, beliau perlu memilih saluran betul untuk mengatasinya.
Oleh kerana SDO dilantik oleh Kerajaan Pusat, prosedur yang terbaik ialah membawa kes itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Negara untuk tindakan; bukannya dengan menyalak di khalayak.

Oleh kerana Nik Ali juga mempunyai perasaan, Awang berpendapat beliau berhak untuk mempertahankan diri secara terbuka jika benar Guan Eng secara terbuka menyerangnya dengan mendakwa kononnya SDO itu “tidak profesional, tidak kompeten, pengecut dan patut dipecat’.

Apa lagi dakwaan itu pula dikatakan berhubung masalah curi pasir di Balik Pulau, yang pada pandangan Awang bukan pun di bawah bidang kuasa SDO.

Setahu Awang, seseorang SDO antara tugas utamanya ialah memantau dan memastikan pembangunan projek Persekutuan di negeri yang beliau bertugas berjalan lancar selaras dengan dasar pembangunan negara.

sumber : Utusan Malaysia.

PANDANGAN PENULIS.

Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, ia adalah Ketua Eksekutif bagi keseluruhan rakyat Pulau Pinang bukannya Ketua kepada penyokong dan ahli DAP sahaja. Ketika ini dilihat beliau seolah-olah membawa dasar parti ke dalam pentadbiran di pulau Pinang. Dengan bersikap terus menerus menyalahkan pentadbiran dulu dan juga pertikaiannya dengan eksekutif di peringkat Persekutuan jelas menunjukkan bahawa beliau tidak bersedia untuk menjadi KM Pulau Pinang. Cara dan tindakan beliau jelas menunjukkan masih lagi terbelenggu dengan idealogi pembangkang yang sentiasa menyalahkan kerajaan dalam apa jua hal ?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]