Monday, August 23, 2010

ISU KHUTBAH : ADAKAH MELAGAKAN ORANG MELAYU/ISLAM?



"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Rukun Khutbah


RUKUN- RUKUN KHUTBAH



1. Memuji Allah Taala



Tertentu dengan lafaz الحمد لله atau احمد الله atau نحمد الله atau الله احمد atau الله الحمد atau انا حامد الله .



Tidak memadai dengan lafaz الحمد للرحمن atau الشكر لله dan sebagainya.



2. Membaca Selawat



Tertentu dengan lafaz اللهم صل على محمد atau نصلى على محمد

atau diganti lafaz محمد dengan lafaz النبي / احمد / العاقب / حاشر / الماحي / البشير / النذير .



Tidak memadai dengan سلم الله على محمد atau رحم الله محمد





3. Wasiat dengan takut kepada Allah



Walaupun tidak dengan lafaz wasiat sekalipun



Memadai dengan lafaz اطيعوا الله atau اتقوا الله .



Tidak memadai dengan semata menakuti daripada perhiasan dunia kerana itu adalah sedia maklum walaupun oleh kafir maksiat.



4. Membaca satu ayat Al-Quran yang difahami.



Tidak memadai membaca setengah ayat walaupun panjang.



Tidak memadai satu ayat yang tidak memberi faham seperti ن



Memadai ayat itu dibaca di dalam salah satu daripada 2 khutbah.



Sunat dibaca pada akhir khutbah pertama.



Sunat dibaca Surah Qaf pada akhir khutbah pertama setiap Jumaat kerana mengikut Nabi tetapi berhasil pahala sunat dengan membaca setengah surah tersebut.



5. Membaca doa berkenaan urusan akhirat untuk orang Islam dalam khutbah kedua.



Memadai menentukan doa bagi segala yang mendengar seperti katanya رحمكم الله



Tiada memadai menentukan doa itu bagi mereka

yang ghaib.



Tidak mengapa membaca doa bagi Sultan dengan tentunya jika tidak berlebih-lebihan dalam menyatakan sifatnya.



Kata Sheikh Ibnu Abdus Salam tidak harus memuji Sultan dengan sifat yang dusta kecuali kerana dharurat.



Sunat membaca doa bagi segala Sultan yang Islam dan tentera mereka dengan kebaikan dan kemenangan.





Peringatan – Rukun yang 3 di atas mesti ada di dalam khutbah

pertama dan khutbah kedua.



SYARAT SAH KHUTBAH



Khatib berdiri jika berkuasa kerana mengikut Nabi.



Jika tak mampu hendaklah duduk. Jika tak mampu maka baring dan harus mengikutnya walaupun tak diketahui uzurnya ia pada zahirnya ma’zur.



Rukun Khutbah Dalam Bahasa Arab.



Jika tiada yang tahu dan tak sempat belajar sebelum habis waktu maka boleh dengan bahasa sendiri.



Wajib belajar bagi semua orang, maka jika ada yang sempat belajar tetapi tak belajar maka berdosa kesemuanya sekali dan tidak harus Jumaat ketika itu tetapi hendaklah diganti dengan Zohor.



Yang disyaratkan hanya mendengar khutbah bukan

faham.









3. Khatib Duduk Antara Dua Khutbah Serta Tama’ninah.



Jika tak mampu duduk maka hendaklah diam

seketika.



Begitu juga yang tak mampu berdiri maka hendaklah

diam seketika.



Sunat duduk sekadar membaca ( قل هو الله احد) hingga

akhir.





4. Dua Khutbah dibaca selepas gelincir matahari.



5. Kesemua Rukun Didengari Oleh 39 Orang Makmum Dari Kalangan Ahli Jumaat Walaupun Tak Faham.



Khatib tak disyaratkan mendengar dan memahami maka sah walaupun ia tuli dan termasuk dalam bilangan 40 orang itu.





6. Berturut-turut tiap-tiap kalimah daripada 2 khutbah dan antara 2 khutbah dan solat.



7. Khatib Suci daripada hadas kecil dan besar.



Makmum tidak disyaratkan suci dari hadas.



8. Khatib suci daripada najis yang tak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat.



Jika berhadas ketika khutbah hendaklah bersuci dan memulai semula dan tak boleh disambung walaupun singkat masa perceraiannya.



Jika berhadas antara khutbah dan solat maka bersuci dengan segera maka tiada mengapa.



Makmum tidak disyaratkan suci dari najis.





9. Khatib Menutup Aurat.



Makmum tidak disyaratkan menutup aurat.





Peringatan



Tidak disyaratkan tertib antara rukun-rukun khutbah.

Tidak disyaratkan niat pada khutbah dan tidak disyaratkan meniatkan Fardhunya.



SUNAT – SUNAT KHUTBAH



Sunat berkhutbah di atas mimbar dan sunat mimbar di kanan mehrab.



Jika tiada mimbar maka hendaklah berkhutbah di atas tempat tinggi supaya sampai suara Khatib kepada sekelian manusia.



Sunat khatib memberi salam kepada semua yang hadir di sisi pintu masjid sebelum masuk ke masjid kemudian bila sampai ke mimbar maka sunat memberi salam kepada mereka yang di sisi mimbar dan bila naik ke atas mimbar dan berada di kedudukan tertinggi di bawah tempat berkhutbah maka sunat menghadap kepada orang ramai dan memberi salam dan kemudian sunat duduk di tempat berkhutbah ketika orang Azan agar dapat merehatkan diri dari penat naik ke mimbar.



Sunat Azan di hadapan Khatib dan setelah selesai Azan maka Khatib berdiri membelakang kiblat dan berkhutbah dengan nyaring.



Sunat Khatib tidak berpaling ke kanan, ke kiri dan ke belakang kerana itu semua bid’ah.



Makruh menumbuk anak tangga mimbar ketika naik dengan kaki atau tongkat atau pedang.



Makruh membaca doa tatkala sampai kepada anak tangga tempat berhentinya.



Makruh berhenti pada tiap anak tangga mimbar.



Makruh menyegerakan khutbah yang kedua dan memperlahankan suara padanya.



Makruh berlebihan memuji raja ketika berdoa.



Hendaklah khutbah itu sederhana tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.



Sunat Khatib memegang pedang atau panah atau tongkat dengan tangan kirinya dan diletakkan tangan kanan di tepi mimbar.



Selesai khutbah hendaklah segera turun daripada mimbar supaya sampai ia ke mehrab sebaik selesai Iqamah supaya terpelihara muwalat antara khutbah dan solat.



Sunat membaca dalam raakat pertama Surah Al-A’la dan rakaat kedua Surah Al-Munafiqun atau Surah al-Ghasyiah.



Membaca Surah Al-Jumuah dan Surah Al-Munafiqun lebih utama daripada membaca Surah Al-A’la dan Surah al-Ghasyiah .



Jika ditinggalkan Surah Al-Jumuah atau Surah Al-A’la pada rakaat pertama kerana lupa atau sengaja dan digantikan dengan Surah Al-Munafiqun atau Surah al-Ghasyiah maka hendaklah dibaca pada rakaat kedua Surah Al-Jumuah atau Surah Al-A’la dan jangan diulangi lagi Surah al-Munafiqun atau Surah al-Ghasyiah yang telah dibaca pada rakaat pertama.



Jika tidak dibaca pada rakaat pertama salah satu dari Surah Al-Jumuah atau Surah Al-A’la dan tidak juga Surah Al-Munafiqun dan Al-Ghasyiah maka hendaklah dihimpunkannya kedua surah itu pada rakaat kedua iaitu Surah Al-Jumuah dan Surah Al-Munafiqun atau Surah Al-A’la dan Surah Al-Ghasyiah dalam rakaat kedua.



Tersebut dalam hadis :

من قرأ عقب سلامه من الجمعة قبل أن يثنى رجله وقيتكلمالفاتحة والاخلاص والمعوذتين سبعا سبعا غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر واعطى من اللأجر بعدد من امن بالله ورسوله وحفظ له دينه ودنياه واهله وولده

Ertinya :



Sesiapa yang membaca Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas 7 kali setiap satu selepas salam Solat Jumaatnya sebelum dia mengubah kakinya dan sebelum berkata-kata, nescaya diampunkan Allah segala dosanya dahulu dan akan datang dan dianugerahkan pahala dengan bilangan orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya, dan di pelihara oleh Allah agamanya, dunianya, isi rumahnya dan anaknya

ISU KHUTBAH JUMAAT DI PULAU PINANG.


Exco Agama negeri, Abdul Malik Kassim bagaimanapun menafikan perkara itu sambil menyatakan khatib berkenaan membacakan teks khutbah yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri.

Manakala Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman pula menuduh UMNO sengaja mereka-reka isu itu.

Mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini memutuskan mengutuk keras tindakan Umno memainkan isu “Guan Eng gantikan Agong” dalam doa khutbah Jumaat.

Tindakan tersebut disifatkan amalan politik kotor dan jahat Umno dan media massa yang dikuasai mereka bagi memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang.

UMNO can act agst khatib/imam if true dey depart from st'd teks khutbah jumaat Jab Agama Islam n replace Agong name but don't lie in utusan - LGE.

Umno dakwa ada arahan nama saya ganti Agong.tunjuk bukti.jangan putar belit ke isu lain.Mana itu arahan kerjn pg nama saya ganti Agong? - LGE

Sekiranya umno ada bukti khatib gantikan nama Agong dgn nama CM tanpa arahan kerjn negeri,ambillah tindakan!Mengapa salahkan krjn negeri? -LGE

UMNO is attacking fr all angles, logic or no logic does not matter! Their objective is to incite racial tension! - LGE

Najib Razak wants the police and Penang Islamic Religious Council to conduct a full investigation into the alleged use of Chief Minister Lim Guan Eng's name, replacing the Yang di-Pertuan Agong's in the "doa" after the Friday sermon at some mosques in the state recently.

PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat today declined comment on the issue of the alleged use of Penang Chief Minister Lim Guan Eng's name in the prayer during the Friday sermon in several mosques in Penang.

The Penang state government has strongly denied that Chief Minister Lim Guan Eng's name has replaced the King's name in the Friday sermon at several mosques in the state.

PKR de facto leader Anwar Ibrahim said there was no truth to allegations that Penang Chief Minister Lim Guan Eng had engineered the removal of the King's name from the Friday prayers at several state mosques.

Penang Chief Minister Lim Guan Eng has denied claims by Umno that he had replaced the King's name with his own in the prayer during the Friday sermon at several mosques in the state.

MENCEGAH PERPECAHAN.

ISU khutbah yang dibangkitkan ialah pada perkara-perkara yang melibatkan mukhatab (yang mendengar dan mengikuti khutbah). Mereka terkeliru pada mesej yang hendak disampaikan. Sama ada ia kehendak Islam sebenar atau kehendak khatib (orang yang menyampaikan mesej) dan sekutunya untuk tujuan tertentu yang tersirat dalam khutbah berkenaan.

Ini adalah disebabkan khutbah yang tidak mengikut teks menimbulkan kekeliruan di kalangan mukhatab. Kesan kekeliruan berkenaan menimbulkan perselisihan faham yang membuatkan orang Melayu berpecah belah dan putus silaturahim.

Berikutan dari itu, terjadi keadaan tuduh-menuduh terhadap orang tertentu dan pelbagai kekecohan lain lagi yang berlaku seperti pengharaman memakan daging sembelihan Muslim tertentu, isu perkahwinan tidak sah dan lain-lain.

Semua itu merugikan orang Melayu dan umat Islam. Perkara-perkara tersebut juga merupakan sumber yang mencemar Islam di mata dunia dan penghancur perpaduan kaum Melayu di negara ini.

Pada pandangan saya matlamat persoalan tentang isu khutbah yang dibangkitkan itu jelas bukan putar belit. Tetapi ia dikatakan putar belit dan dikaitkan pula dengan pertubuhan-pertubuhan tertentu dan sebagainya.

Perkara demikian merupakan perlakuan tidak sihat yang sepatutnya tidak ada lagi di dalam masyarakat yang orang Islam masing-masing sibuk memperkatakan tentang kebenaran Islam dan memperkenalkan kebaikan Islam.

Kenyataan Menteri Besar Terengganu mengandungi kekeliruan dari sudut hakikat khutbah dan ceramah-ceramah agama yang wujud sekarang ini, adakah perkara-perkara tersebut bersih daripada unsur-unsur yang boleh memecahbelahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini?

Islam mengatasi sesuatu kekeliruan dengan cara mengetengahkan kebenaran dan penjelasan bagi perkara berkenaan. Sehubungan dengan perkara ini, al-Quran menyatakan di dalam surah al-Isra (17) ayat 81: Katakan - wahai Muhammad datang kebenaran yang tidak benar hilang dan pergi dengan sendirinya''. Bererti Islam mementingkan bukti atau keterangan yang jelas dalam memastikan sesuatu kebenaran.

Dalam konteks memastikan khutbah yang ada pada masa kini memelihara isu perpaduan, diperlukan bukti yang jelas dan nyata.

Kenyataan Menteri Besar itu sudah cukup menjadi pendesak supaya diadakan langkah mengenal pasti khutbah-khutbah (rasmi atau tidak rasmi seperti ceramah agama dan sebagainya) yang tidak memelihara isu perpaduan.

Antara langkah yang boleh mencapai tujuan ini iaitu dengan mengadakan peruntukan undang-undang yang membolehkan khutbah berkenaan dirakam dan diperdengarkan sedutan-sedutan perlu kepada orang ramai melalui media elektronik dan disiarkan di ruangan yang sesuai dan pada waktu yang sesuai. Perkara ini penting untuk mengelakkan dan mengatasi masalah perpecahan umat Islam (orang Melayu) dan mengukuhkan perpaduan di negara ini.

Dengan kenyataan-kenyataan yang diperdengarkan itu diharapkan orang ramai tidak terkeliru lagi tentang kesahihan wujudnya unsur-unsur perpecahan di dalam khutbah. Hendaknya berlaku selepas itu susulan penjelasan yang mantap tentang ketidakbenaran apa yang diperkatakan dan dalam masa yang sama diperjelaskan kepada orang ramai perkara dan tujuan yang sebenarnya mengenai isu-isu yang dibangkitkan bagi perkara-perkara bukan rahsia.

Adalah munasabah malahan memang tepat sekali menurut Islam, perintah mencegah perpecahan umat Islam melalui khutbah berkenaan dan sebagainya dikeluarkan melalui institusi Raja-raja Melayu, kerana baginda memegang kuasa mengenai hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Kini tibalah masanya kuasa yang ada itu dilaksanakan demi kesejahteraan semua.

Campur tangan institusi Raja-raja Melayu dalam hal ini tergolong di dalam maksud sebuah al-hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari (Ibn Hajar al-Asqalami Fathu al-Bari, Bisyarhi Sahihi al-Bukhari, Kaherah, 1978, 19 :358) Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap orang daripada kamu (semua umat manusia yang berakal dan cukup umur) adalah pengawal yang mempunyai tanggungjawab tentang perkara-perkara yang ada di bawah bidang kuasa masing-masing. Al-Amir (seorang raja atau pemerintah) adalah pengawal, dia bertanggungjawab tentang soal-soal kebaikan rakyatnya dan tugas-tugas yang termasuk di bawah bidang kuasanya... demikianlah suami isteri, semuanya mempunyai tanggungjawab terhadap perkara-perkara yang termasuk di bawah bidang kuasa masing-masing. - ZALEHA MUHAMAT, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.


No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]