Wednesday, August 18, 2010

KALAU BN PENTASKAN OPERA CINA, PR PULA TUNGGANG KUDA PAS DAN DAP.


PAS menyifatkan 'pertelingkahan' antara Umno dan MCA dalam isu ekuiti bumiputera umpama 'bangsawan Melayu dan Opera Cina' menjelang Operasi Lalang 1987 yang menyebabkan pemimpin pembangkang dikambinghitamkan.

Naib presiden parti Islam itu Datuk Mahfuz Omar berkata selepas 23 tahun, kini ia dipentaskan semula dengan 'pelakon' yang berbeza.

"Kalau dulu (antara) Datuk Seri Najib dan (bekas timbalan presiden MCA) Datuk Lee Kim Sai, kini (giliran) Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan (presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek."

"Apakah selepas ini ada operasi lalang kedua? (Akan ada) pemimpin pembangkang yang akan dikambinghitam (oleh) Umno/BN. (Mereka) akan terus berkuasa untuk meratah rakyat dan khazanah negara," kata Mahfuz.

ULASAN.

Mahfuz kini jadi ayam tambatan PAS gantikan Ahmad Sabu. Tu sebabnya akhir-akhir ini kenyataan nya seolah-olah dia Presiden PAS. Ada hajat kot. Bertandinglah nanti masa muktamar PAS. Tapi sayang tak kan tak ada lagi pemimpin PAS yang lain yang lebih matang nak buat keputusan selain dari yang ini. atau tak adakah ahli-ahli PAS yang lain yang nak bertanding cabar kedudukan Mahfuz ni...... Apa pun kalau jadi kuda buatlah cara kuda.....

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]