Friday, August 13, 2010

KISAH PAK ALI DAN TEOH BAK SENG.

Kenapa rakyat marah Guan Eng?

BEBERAPA hari selepas insiden Ali Ahmad Ariff, 63, atau lebih dikenali sebagai Pak Ali 'menepuk bahu' kiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, penulis bertandang ke rumahnya dekat Jalan Datuk Keramat.

Penulis berpeluang mendengar dari mulut dia sendiri tentang kejadian pada 2 Ogos lalu termasuk perkara-perkara yang tidak dilaporkan media massa.

Penulis mengagumi keberanian serta semangat Pak Ali yang berusaha untuk bersemuka dengan Guan Eng kerana tidak berpuas hati dengan beliau yang didakwanya bersikap rasis dan menindas orang Melayu di Pulau Pinang.

Dia sanggup menunggu hampir empat jam sebelum Guan Eng muncul di tempat letak kereta orang kenamaan (VIP), tingkat dua Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Sebaik nampak kelibat Guan Eng, dia terus menuju ke arah Ketua Menteri itu dan meluahkan perasaannya sebelum insiden 'tepuk bahu' berlaku. Kedua-dua mereka kemudiannya bertikam lidah kira-kira setengah jam.

Sudah menjadi tugas wartawan, sebagai susulan kepada insiden tersebut, penulis menghubungi Setiausaha Kelab Warisan Malaysia (Keris) Pulau Pinang, Azman Hassan bagi mendapatkan ulasan.

Secara peribadi, beliau memuji tindakan Pak Ali dan menganggapnya sebagai permulaan kepada kebangkitan orang Melayu di negeri ini.

Namun, terdapat kata-kata Azman yang penulis tidak dapat lupakan kerana ia benar-benar berlaku selepas itu.

"Mungkin hari ini... seorang (Pak Ali), selepas ini ramai atau ada yang mengambil tindakan lebih ganas...,kita tidak tahu," katanya.

Ternyata ia benar-benar berlaku. Kali ini melibatkan seorang peniaga berbangsa Cina yang cuba membakar diri kerana kecewa dengan pengurusan Komtar yang menutup lima pintu masuk ke tingkat dua bangunan berkenaan selepas insiden Pak Ali 'menepuk bahu' Guan Eng.

Dalam kejadian pada 10 Ogos lalu, pengusaha kedai kopi Seng Mugs Coffee di tingkat dua Komtar, Teoh Bak Seng, 53, menyimbah cecair dipercayai petrol ke seluruh badannya sebelum polis berjaya menghalangnya.

Dia sanggup berbuat demikian kerana tertekan akibat terpaksa menanggung kerugian di antara RM100 hingga RM200 sehari selepas pintu-pintu masuk berkenaan ditutup.

Menurut Azman, Guan Eng sewajarnya menjadikan kedua-dua insiden berkenaan sebagai iktibar.

Selama ini, Ketua Menteri itu sering menafikan setiap isu yang timbul berpunca daripadanya.

Antaranya merobohkan gerai penjaja Melayu, membatalkan perarakan Maulidur Rasul, mengusir penduduk kampung-kampung tradisional Melayu, melenyapkan Kampung Buah Pala yang didiami kaum India dan menghina serta memperlekehkan penjawat awam, Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus secara terbuka.

"Dia (Guan Eng) sering meletakkan kesalahan kepada pihak lain terhadap isu-isu yang berlaku di Pulau Pinang.

"Dia sering mengatakan apa yang berlaku semuanya berpunca daripada pihak terlibat sendiri, bukan dirinya sendiri.

"Walhal, semua yang berlaku ini disebabkan keputusan yang dia (Guan Eng) telah buat," ujarnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan tindakan-tindakan di luar jangkaan seperti yang dilakukan oleh Pak Ali dan Bak Seng boleh berulang jika Guan Eng masih meneruskan sikap sedemikian.

"Saya nasihatkan Guan Eng supaya tidak mengamalkan sikap 'cakap lain, buat lain'. Apa yang Pak Ali dan Bak Seng lakukan merupakan satu pengajaran kepadanya," tegas Azman lagi.


ULASAN: Kalau orang Penang tak sedar lagi.....

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]