Tuesday, August 17, 2010

MENGAPA TIDAK PERTIKAI 70% ....


Kenyataan Soi Lek yang mendesak kerajaan supaya mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera. Setiap kali isu timbul hanya 30% sahaja yang jadi pertikaian mengapa yang 70 % yang sudah pasti nilainya lebih dua kali ganda tidak di jadikan bahan.

Tuntutan Melayu untuk mendapat 30 peratus kekayaan bukannya satu tuntutan melampau kerana sasaran Dasar Ekonomi Baru itu sehingga kini masih belum tercapai.Tuntutan ini juga lebih kecil jika nak dibandingkan dengan jumlah 60% Melayu.

Walaupun dengan wujudnya 30 peratus ekuiti ini ekonomi masyarakat Cina masih lagi makmur dan ekonomi masyarakat Melayu masih lagi tidak setanding dengan kedudukan ekonomi komuniti Cina, apatah lagi untuk bersaing.

Kesan negatif daripada pemberian ekuiti kepada Bumiputera itu tidak menyerlah ke atas kekukuhan ekonomi komuniti Cina ini. Sejak dulu hingga kini, kehebatan dan ketinggian masyarakat Cina dalam bidang ekonomi tidak dapat dipersoalkan, walaupun diselubungi ekuiti Bumiputera berkenaan. Jika kesannya amat negatif kepada masyarakat Cina, negara tidak akan dapat menyaksikan begitu makmur sekali ekonomi masyarakat Cina di negara ini.


Soal sama ada MCA ingin bersama DAP merupakan perkara kedua kerana apa yang penting pendirian yang diambil mereka tidak sepatutnya boleh menimbulkan prasangka, buruk sangka, kemarahan dan mengguris sensitiviti kaum lain.

Kaum Cina sudah menguasai lebih daripada 40 peratus kekayaan negara dan Melayu tidak pernah sekalipun iri hati.

Persoalannya adakah mereka masih tak puas hati.MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini.Setiap kaum berhak memperjuangkan nasib kumpulan yang diwakili tetapi bagaimanapun perbuatan itu jangan sesekali dilihat boleh menjejaskan sensitiviti kaum lain. Sebagai sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN) yang sudah tentu mempunyai prinsip yang perlu dihormati secara bersama.

"Saya tidak percaya MCA sanggup mengorbankan setiakawan yang dipupuk sejak sekian lama. Bagi saya ia amat penting sekali. UMNO pun memperjuangkan nasib Melayu tetapi pada masa sama ia turut menjaga kepentingan kaum lain.

"Jangan kita timbulkan kemarahan, keresahan hanya kerana kita nak pertahankan kaum kita atau resolusi kita hingga tidak mengambil kira sensitiviti dan hak kaum lain.

"Itu barulah adil namanya. Jika kita pertahankan kaum kita secara ekstrem dan perjuangan itu dilihat sebagai berat sebelah kerana tidak mengambil kira kepentingan lain, maka itu merupakan sesuatu yang tidak baik," katanya

ari sudut undang-undang, masyarakat Melayu diberikan sedikit kelebihan menerusi Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga kedudukan Melayu untuk diberikan suatu kuota, antara lain bagi tujuan perniagaan.

Walaupun sekiranya dipandang sekali imbas Perkara 153 adalah satu bentuk diskriminasi, ia diskriminasi yang dibenarkan (positive discrimination) atau dalam istilah lain yang lebih popular ketika ini, affirmative action.

Bagi saya, Perkara 153 ini bukan ‘tongkat’ kepada Melayu, walaupun ramai yang menganggap Perkara 153 hanya bersifat ‘membantu’ Melayu yang mungkin akan rebah sekiranya tidak ada Perkara 153. Pada saya, Perkara 153 ini menunjukkan pengiktirafan undang-undang tertinggi negara kepada orang Melayu dan bukannya tongkat.

Perkara 153 ini juga pada saya adalah asas untuk sebarang pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk menjaga kelangsungan keadilan ekonomi Melayu.
Lebih-lebih lagi apabila sebarang dasar yang disandarkan kepada Perkara 153 ini, sekiranya perlu diubah, harus dirujuk kepada Majlis Raja-Raja, seperti yang termaktub di bawah Perkara 38(5) Perlembagaan Persekutuan. Keadaan ini menambahkan lagi kepentingan kedudukan keistimewaan Melayu di dalam Perlembagaan.

Pada saya pertanyaan atau persoalan berkaitan hak Melayu ini amat tidak ‘bermoral’ dalam amalan sistem Perlembagaan. Namun, sekiranya dilihat dari sudut peruntukan undang-undang jenayah, perbuatan seperti ini adalah satu hasutan yang membolehkan pendakwaan dilakukan.

Walauapapun pada pendapat saya, masyarakat Melayu, terutama pemimpin Melayu harus sedar bahawa tuntutan seperti ini adalah bertentangan dengan prinsip dan semangat Perlembagaan berkaitan kedudukan Melayu. Oleh itu, pemimpin Melayu tidak perlu menjadi terlalu berdiplomasi atau apologetik dalam menangani isu berkaitan kedudukan Melayu.

Semangat peruntukan Perlembagaan ini ialah untuk mengiktiraf kedudukan Melayu di negara ini. Ia juga amat jelas di dalam sejarah Tanah Melayu. Tugas dan tanggungjawab ini harus dipikul oleh kepemimpinan supaya pemimpin Melayu tidak lagi dituduh menjadi penyebab kepada kemunduran atau ‘kelayuan’ Melayu di tanah air sendiri.

Perkara 153 juga pada saya, adalah sebagai simbol keadilan kepada semua bangsa di negara ini. Apa yang penting di negara ini ialah keadilan, bukannya kesamarataan. Ini harus dihayati sepenuhnya oleh kepemimpinan negara.

Penyediaan sejumlah tertentu ekuiti kepada Melayu bukanlah bermakna menolak hak kaum lain dan ini jelas terbukti dengan kejayaan dan kemakmuran ekonomi masyarakat Cina di negara ini. Selain itu, keistimewaan Melayu mendapat pengiktirafan Perlembagaan Persekutuan, bukan semata-mata dasar pemerintahan negara.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]