Saturday, August 21, 2010

MESTI BACA PUNYA : DAP singkir PAS.

Hudud bukan jawapannya - Karpal

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata hari ini beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

Karpal berkata, partinya tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini.

Penulis : Nik Ajis akan kata ini pandangan peribadi Karpal DAP. Kita dah setuju dalam PR.Kepada pengikut dan penyokong PAS cuba tuan-tuan fikir dalam-dalam kenyataan Karpal DAP ini?

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Penulis : Karpal DAP kata Nik Ajis tak tahu, tak faham akan Perlembagaan Persekutuan

Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial.

Namun, kata Nik Aziz, keutamaan mestilah menerapkan taqwa atau pendidikan agama terlebih dulu di kalangan rakyat.

Karpal berkata, beliau amat jelas dalam perkara itu dan tidak mahu berhujah dengan Nik Aziz kerana pandangan beliau (Karpal) berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan negara sekular.

Penulis : mengapa Nik Ajis tahu mahau berdebat dengan Karpal DAP?

Karpal berkata, pada 1988, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya undang-undang sivil terpakai di sesebuah negara sekular.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengenakan hukuman mati dalam kes buang bayi dan menambah adalah lebih baik menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dan mengenalpasti masalah sebenar. - BERNAMA

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]