Wednesday, August 18, 2010

MESTI BACA PUNYA :PERLUKAH KJ, KHALID DAN IBRAHIM ALI BERTEMU ?

Ahad ini akan menemukan 3 personaliti popular iaitu KJ,IA dan KS dalam satu forum anjuran The Leaders. Tajuknya RMk 10.Forum dua bulan sekali merupakan nilai tambah yang ditawarkan oleh penerbitnya MY Events Publication bagi mengemaskan jaringan antara syarikat dan pembuat keputusan.

Majalah dengan edaran 10,000 naskhah itu dikenali peneraju sebagai media untuk perniagaan, berita politik dan trend. Ternyata dengan cara ini akan meningkatkan lagi jualan majalah tersebut. Siapa tahu mungkin ahli panel yang dijemput pun akan dibayar.

Menurut kenyataan The Leaders lagi, majlis tersebut diharapkan memberikan manfaat kepada pemain dalam industri, pegawai kerajaan dan peserta yang hadir, yang mana ia antaranya bertindak sebagai satu 'bedah siasat' kepada RMK10.

"Di akhir program, penganjur harap terdapat pihak pembuat keputusan daripada pelbagai industri bersama-sama berkongsi pandangan dan pengalaman unik masing-masing dalam mendepani cabaran masa lalu dan merancang tindakan untuk masa depan," kata kenyataan itu.

Ini merupakan satu pendekatan baru, walaupun RMK 10 akan hanya bermula pada 2011 - 2015. Mungkin satu hari nanti akan ada rancangan TV yang menyiarkan secara langsung perdebatan dan perbincangan ini.

Menemukan tiga pihak yang berbeza parti politik adalah sesuatu yang bukan sahaja menarik minat orang awam malah juga pendebat akan mendapat populariti manakala penonton dan penyokong parti pula akan cuba mengadili keputusan yang memang telah dijangka.

Jika dilihat landskap semasa negara,walau pun terdapat pemimpin yang mencabar untuk berdebat tetapi tidak menjadi kenyataan. Syarat yang dikatakan berat sebelah sering dijadikan alasan mengapa program debat tersebut tidak dapat dijalankan.

Pro dan kontra program ini kepada individu dan juga parti yang diwakilinya jelas tidak memihak kepada PUM. Malah kelebihan banyak kepada IA dan KS. Kepada KJ adalah lebih wajar jika kelebihan dan kekuatan yang ada ditumpukan kepada penyelesaian masalah pemuda itu sendiri dari 'membuang masa' untuk berdialog dan berbahas. Rasanya PUM sendiri banyak agenda yang belum selesai lagi dan kita semakin kesuntukan masa.



No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]