Alter Terahsia Bangsa Melayu X Lebih kurang 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w,di dunia sebelah sini.....terdapat sebuah kota yang amat makmur dengan hasil perdagangan.Kapal-kapal bersimpang-siur di satu selat yang paling sibuk di dunia,menghubungkan dinasti-dinasti China dengan Kaisar dan Kisra.Kehidupan di sini amat mewah,telah ada universiti-universiti pengajian bahasa dan kebudayaan.Telah ada sarjana dan rahib-rahib yang belajar dan mengajar,dengan beribu-ribu orang murid tekun menekur di hadapan para pendeta.Ketika di Tanah Arab,wanita dijadikan pemuas nafsu dan dianggap sial,di sini...wanita dilayan dengan penghormatan tinggi dan ada yang menjadi raja! Dan lebih kurang 1000 tahun sebelum kelahiran Rasul terakhir itu juga,nama 'Melayu' telah tercatat di dalam Ramayana dan Purana,menjadi sebutan para rishi dan orang suci,merujuk kepada Sumatera dan Kepulauan Melayu...cerita tentang percintaan dewa-dewi,konflik dan dendam,semuanya berlaku di sini. Para Firaun memanggil tempat ini,The Land of Gods...dunia yang penuh dengan misteri dan rahsia terpendam.Di dalam suhuf-suhuf dan prasasti-prasasti Ibrani Tua,mereka menggelarnya sebagai,The Land of The East.Sebuah tanah yang dianggap bertuah dan penuh dengan kekayaan,raja-raja Sumeria dan Akkadia menganggap tanah ini adalah 'kayangan' yang melimpah ruah dengan emas dan perak,menjanjikan kekayaan dan kuasa kepada siapa yang memilikinya. Dalam artikel ini,kita akan belajar ciri-ciri The Land of Gods ini.Kita akan mengenali lebih dekat apa yang sebenarnya terdapat di sini,sehingga ia dipandang tinggi sedemikian rupa.Kita akan belajar memahami,tentang cinta tiga segi antara Ravana,Rama dan Sita dan kemunculan Hanuman yang dipuja oleh penganut Hindu,yang membantu Rama,di sini...mengapa Kerajaan Israel Raya menghantar kapal-kapal ke sini 10 abad Sebelum Masehi,dan para Firaun mengunjungi tanah ini 3500 tahun yang silam,dan mendakwa ia adalah tanah nenek moyang mereka,di dalam The Egyptian Book of The Dead.Kita juga akan mengetahui satu rahsia besar;tulisan purba orang Melayu yang menyimpan rahsia yang tersembunyi beribu-ribu tahun...tanda keturunan mereka yang bersambung dengan Nabi Ibrahim di Tanah Kanaan (Canaan/Phoenicia).Dan pembukaan rahsia yang lebih besar...tamadun kuno yang tenggelam beribu-ribu tahun yang silam,terselamat...kemudian bermula di sini! The Land of Gods II "...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...." (catatan I-Tsing,sami dan pengembara China yang mengunjungi Sivijaya pada abad ke-5 Masehi) Nasib manusia sama sahaja walau di mana sahaja.Kehidupan ini ibarat roda,sekejap di atas,sekejap di bawah.Ada masa-masa susah ada masa-masa senang.JIka dahulu sesuatu bangsa itu pernah membina peradaban tinggi,tidak mustahil suatu hari nanti,peradaban itu akan lenyap,dan bangsa itu akan terkial-kial untuk mempertahankan kewujudannya.Inilah yang terjadi kepada kaum-kaum di Amerika Tengah.Dahulu orang Aztek,Inca,Toltek dan Maya adalah kaum-kaum yang tinggi peradabannya.Mereka mampu membina piramid-piramid besar dan lanskap bandar yang sistematik.Ilmu astronomi dan matematik mereka amat menakjubkan.Orang Aztek dan Maya contohnya,adalah kaum-kaum yang tinggal di kawasan kota.Mereka adalah 'urban people' yang moden dan maju berbeza dengan kaum-kaum Red Indian seperti Comanche,Apache dan Cherokee,sekadar menyebut beberapa nama.Selalunya mereka akan menyerang penduduk-penduduk 'kampung' di sekitar jajahan mereka,dan menjadikan tawanan perang mereka sebagai hamba atau korban dewa-dewa.Anda boleh membayangkan suasana orang Maya atau Aztek ini berbanding kaum-kaum lain di benua Amerika dengan menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson.Lihat perbezaan antara mereka dengan kaum-kaum lain yang masih tinggal di hutan dan berburu binatang.Perhatikan betapa terkejutnya kaum-kaum yang ditawan itu apabila melihat kota orang Maya yang amat besar dengan bangunan-bangunan piramid yang tinggi-tinggi dan rumah-rumah batu yang moden berbanding kediaman mereka di hutan rimba.Dari mana orang Maya belajar semua ini? Hari ini semua kaum-kaum 'urban people' tadi sedang menghadapi kepupusan,malah ada yang pupus terus seperti orang Toltek dan Inca.Nasib mereka sama seperti nasib penduduk 'kampung' yang dijarah mereka dahulu.Inilah bayangan 'apocalypse' seperti yang dimimpikan oleh 'Jaguar Paw' dan ramalan budak perempuan kecil yang aneh di dalam satu adegan Apocalypse.Di akhir filem ini barulah kita tahu apakah sebenarnya dimaksudkan dengan 'apocalypse' itu,seperti ramalan budak perempuan aneh tersebut.Bacalah sejarah conquistador Sepanyol yang menipu dan menjarah kekayaan orang Aztek.Teliti bagaimana kelicikan Francisco Pizarro memperdayakan Atahualpa,pemerintah Inca ketika itu menyebabkan Pizarro berhasil menjarah kekayaan Inca bernilai 100 juta US nilainya pada hari ini! Belajar bagaimana Hernan Cortes,seorang lagi conquistador tamak yang memperdayakan Montezuma II,Emperor Aztek dan Cuauhtémoc,anak saudaranya.Jika orang Inca berjaya diperdayakan sehingga menunjukkan bilik rahsia harta karun mereka itu kepada penjajah Sepanyol ini,tetapi Cuauhtémoc,raja terakhir orang Aztek itu enggan mendedahkan lokasi harta karun Aztek disimpan kepada Cortes.Inilah asas kepada cerita National Treasure,Book of Secret,berkenaan legenda Cibola,satu kota yang penuh kekayaan.Kesilapan yang ketara kepada kedua-dua pemerintah Inca dan Aztek ini ialah menganggap pendatang Sepanyol ini adalah jelmaan dewa-dewa mereka,padahal orang-orang Sepanyol yang tiba di ibukota Inca dan Aztek ini teramatlah terkejut dengan piramid-piramid dan bandar orang-orang yang dianggap mereka sebagai aborigine dan kurang bertamadun.Mereka amat hairan dengan perhiasan emas yang boleh dijumpai merata-rata dipakai oleh orang Aztek dan Inca itu.Dan satu fakta sejarah yang perlu kita tahu,minuman coklat yang kita minum hari ini adalah berasal dari minuman raja-raja Aztek! Minuman coklat adalah minuman kesukaan Montezuma,dan merupakan minuman diraja.Montezuma apabila mahu dihidangkan air coklat,beliau akan memasukkan campuran rempah-rempah khas ke dalamnya.Apabila orang Sepanyol tiba,betapa hairannya mereka dengan minuman yang amat lazat ini dan membawa resepinya ke Eropah.Inilah permulaan kepada Milo,Ovaltine dan Vico.Montezuma juga mempunyai perpustakaan yang menyimpan tablet-tablet berisikan khazanah ilmu matematik dan astronomi purba,malangnya,para conquistador yang dungu dan tamak ini bertindak seperti kaum gasar (barbarian) atau monggol,membakar dan memusnahkan apa saja.Ini juga telah berlaku kepada kaum Maya,di mana penjajah Sepanyol ini membedil khazanah ilmu pengetahuan kaum Maya yang tidak ternilai harganya.Sehingga ke era moden,pengetahuan sains yang tinggi,yang dimiliki oleh kaum Maya tidak diketahui oleh dunia,sehinggalah ditemui pecahan-pecahan tablet berisikan kiraan matematik dan rekod-rekod astronomi dari penggalian arkeologi,berasal dari balai cerap kaum Maya.Salah satunya ialah Kalendar Maya atau Kalendar 2012 yang popular itu.Dari sini,barulah dunia tahu betapa bernilainya khazanah ilmu pengetahuan Tamadun Maya.Itu baru kalendar,bagaimana dengan beribu-ribu ton tablet berisikan karya-karya agung dalam bidang sastera,sains dan teknologi...yang dipecahkan dan dilumatkan oleh penjajah Sepanyol yang tolol itu?Kalendar Maya terselamat kerana ia diukir pada meja batu yang teguh. Kisah sedih tamadun-tamadun di Amerika Tengah itu mempunyai persamaan dengan tragedi yang melanda orang Melayu,khasnya orang-orang Champa.Orang Champa (Cham) adalah dari keturunan Melayu berdasarkan bahasa dan budaya mereka.Lama sebelum Angkor Wat dikatakan 'dibina' oleh Suryawarman II,orang Cham telah memiliki tamadun yang amat hebat dan setanding dengan satu lagi kerajaan orang Melayu yang hilang,Funan.Tamadun Champa adalah kuasa laut ketika itu,dengan kapasiti perdagangan yang luas dan koridor ekonomi yang mantap,dibantu dengan lokasi strategik 'Laluan Sutera Laut' antara China dan India.Tamadun Champa juga memiliki rahsia yang jarang diketahui oleh masyarakat dunia,apatah lagi orang-orang Melayu di Malaysia yang sibuk bercakaran sesama sendiri,menghina raja-raja (sedihnya,yang sudah dijemput Allah s.w.t pun masih menjadi mangsa hinaan),membuang anak,merempit,menjadi pelacur dan bapuk,berpolitik secara dungu,berpecah-belah,kafir-mengkafir,wahabi-mengwahabi,mempersendakan nama 'Allah' sehingga setaraf dengan Tuhan Anak,wang rakyat didahulukan perut sendiri diutamakan,mengabaikan pelajaran,mengabaikan agama sendiri,mementingkan diri,hasad dengki sesama sendiri,murtad,menjadi Islam Liberal,gelojoh menjual tanah rizab kepada bangsa asing yang tamak dan ada agenda sendiri,menjadi Sekular,berpecah-belah,membiarkan warga asing membanjiri mengaut kekayaan tanah tumpah darah,menjadi talibarut CIA,Mason,Zionis-Komunis dan pencacai Dajal,menjadi bodoh,buta,bengap,lembab,pekak,tuli dan bisu. Belajar dari sejarah itu penting,sebelum kita pupus dan hanya tinggal nama di dalam buku sejarah dan muzium.Ambillah pengajaran dari sejarah,sebelum kita 'disejarahkan'.Seperti orang Melayu yang dimuziumkan di Kota Singa. *Prasasti Cham banyak menyimpan rahsia rumpun Melayu pada masa silam Orang Champa sebenarnya memiliki ilmu sains dan matematik yang tinggi.Mereka sudah pun memakai sistem ukuran metrik yang maju dan sistem perpuluhan dalam pernomboran.Mahu lagi?SATU RAHSIA YANG MASIH TIDAK DIKETAHUI SECARA MELUAS OLEH DUNIA,SEBENARNYA ORANG CHAM LEBIH AWAL MEMAKAI ANGKA SIFAR (ZERO) DALAM SISTEM ANGKA jauh lebih awal dari orang-orang Arab yang kemudiannya memperkenalkannya kepada orang Eropah.Mungkin ramai anak Melayu yang dungu dan mengabaikan pelajaran akan memperlekehkan pencapaian orang Melayu Cham yang hanya merintis penggunaan angka '0',namun perlulah diberitahu kepada mereka yang 'inferior' ini,para pembina piramid,Taman Tergantung Babilon,Rumah Api Alexandria hatta KLCC,Taipei 101,WTC yang runtuh serta bangunan tertinggi di dunia setakat ini yang berada di Dubai itu,tidak mungkin dapat dibina tanpa kewujudan angka '0' ini.Penemuan dan pemakaian angka '0' ini amat besar ertinya dalam sejarah dunia metematik dan tamadun yang merintis penggunaannya adalah tanda bahawa tamadun itu amat hebat dan berperadaban tinggi.Ini masih tersimpan rapi di dalam berpuluh-puluh atau mungkin mencapai ratusan manuskrip,prasasti dan ukiran Cham yang bertaburan di seluruh dunia,sebahagian besarnya disimpan oleh orang Vietnam yang akhirnya mula sedar betapa orang Champa amat maju,berbanding ekonomi Vietnam sekarang ini yang mundur sehingga ramai orang Vietnam 'hanyut' ke Malaysia meminta simpati pekerjaan demi sesuap nasi.Hanya anak-anak Melayu yang malas belajar dan bekerja tidak tahu diuntung,dapat duduk di atas Suvarnabhumi (Bumi Emas) ini,padahal bangsa-bangsa asing berebut-rebut mahu tinggal di sini,kalau boleh biar orang-orang Melayu ini dicampak ke Selat Melaka semuanya,dan semua bangsa di dunia ini dapat tinggal aman damai di tanahair orang Melayu ini sambil mengaut dan memakan hasil bumi yang berlimpah ruah,termasuk hasil minyak dan emas perak.Hari ini telah menjadi trend pihak-pihak yang bodoh sombong yang semata-mata mahu mengambil tanahair orang Melayu ini,sanggup mengatakan yang bukan-bukan kepada orang Melayu.Ultrakiasu menuduh orang Melayu pendatang juga,dan membela Orang Asli sebagai Bumiputra sebenar.Padahal jika Orang Asli pula yang memegang Malaysia,mungkin Ultrakiasu ini pula menuduh Orang Asli ini pendatang dari Afrika atau Pasifik,dan membela orang Melayu sebagai Bumiputra pula.Pengganas LTTE mendakwa tanahair orang Melayu ini sebahagian dari Great India,padahal orang India (Tamil terutamanya) tidak pernah menawan pun mana-mana wilayah Melayu pada zaman dahulu,kecuali serangan Raja Chola yang hanya berani menyerang pelabuhan-pelabuhan dan wilayah jajahan Srivijaya.SEbelum sempat Emperor Srivijaya mahu mengumpulkan balatentera seluruh Nusantara,terkocoh-kocoh raja Chola balik ke India tanpa berani memegang sesaat pun wilayah Nusantara yang diserangnya untuk 'mengacah-ngacah' Emperor Srivijaya itu.Mungkin raja Chola berbuat demikian mengenangkan kisah kepala raja Khmer yang dipancung Emperor Srivijaya akibat mempersendakannya.Tidak pernah pula dalam sejarah,Raja Chola menjadi raja di Perak dan Johor pada zaman dahulu.Yang ada tercatat dalam sejarah,ketika kemuncak kekuasaan Empayar Melayu Srivijaya,ialah pengaruhnya sehingga sampai ke Sri Lanka,timur laut dan selatan India. *Puing-puing Universiti Nalanda di Bihar,India. Di India sendiri,kerajaan Srivijaya membina penempatan bagi para pedagang Melayu dan sarjana-sarjana mereka,membina biara dan institusi pengajian,kerana ketika itu,orang Melayu Srivijayalah pakar dalam bahasa Sanskrit...dikala bahasa suci itu dihadkan kepada kasta-kasta kepada sukukaum di India.Raja Chola tidak pernah membina penempatan di Nusantara.Tetapi pedagang-pedagang Melayu telah pun menetap dan memiliki tanah di India ketika itu.Malah para sarjana Melayu adalah antara pensyarah di Universiti Nalanda yang terkenal pada abad ke 7 Masehi yang menempatkan 2,000 pensyarah dan lebih 10,000 pelajar.Malah kerajaan Srivijaya juga membantu membina kampus-kampus di universiti itu malah kolej kediaman juga bagi para pelajar Nusantara dan pensyarah Melayu.Ini samalah seperti fungsi Malaysian Hall di United Kingdom.Kerajaan Melayu Srivijaya membantu membina universiti di India kerana universiti-universitinya sendiri di Sumatera termasuk 'kolej-kolej swasta' mereka tidak mampu menampung kebanjiran pelajar dari seluruh dunia terutamanya dari China dan Tibet.Ini dirakamkan dan disahkan oleh I-Ching,seorang sami,sarjana dan pengembara China dan juga Atisa,seorang sami dari Tibet. Tidak mustahil ketika itu ada para pensyarah Melayu atau pelajar mereka yang berkahwin dengan orang-orang Hindi di Bihar,berwajah seperti Preity Zinta dan Madhuri Dixit misalnya dan menghasilkan keturunan Melayu yang segak-segak di Nusantara. Ada juga orang-orang tertentu yang tiba-tiba mengaku sultan dan meminta rakyat menganggapnya sebagai sultan.Ada juga yang mendakwa waris maharaja tertentu dan mendakwa orang Melayu merampas takhta maharaja ini malah menuduh orang Inggerislah yang memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu seolah-olah orang-orang Melayu terlupakan nama bangsanya sendiri.Semuanya salah orang Melayu malah jerih perih orang Melayu mempertahankan negeri Kedah dari ancaman Thai seakan-akan dilupakan.Orang lain yang bergaduh,tidak semena-mena orang Melayu terkena tempiasnya.Bayangkan orang-orang Melayu lembik dan mengalah kepada Thai,sudah tentu negeri Kedah sekarang menjadi wilayah Saiburi bersama-sama wilayah Patani,Narathiwat,Yala dan lain-lain.Keturunan waris maharaja juga pasti tidak bersisa dikerjakan raja Thai,malah raja Thai akan berparti sakan memburu dan membunuh keturunan maharaja sebab dapat berlaku bebas kerana Kedah menjadi Saiburi dan dibawah kawalan Thai.Bukan sahaja tiada universiti seperti UiTM yang memberi kelonggaran kepada bumiputra,malah keturunan maharaja mungkin akan dibiarkan buta huruf dan tiada berpelajaran apatah lagi dibiarkan menjadi pensyarah atau penulis blog.Mungkin ada yang dibiarkan hidup setelah terpaksa mengaku bertaatsetia dengan raja Thai,menjadi orang Thai,bernamakan Thai tinggal lagi tidak beragama Buddha. Daripada bertaatsetia dengan raja Thai,lebih baik berpayung dibawah raja-raja Melayu,yang bersaudara dengan maharaja.Jadi daripada mengejar pangkat dan darjat,bersyukurlah dapat hidup di bumi Allah ini bersama-sama orang-orang Melayu yang peramah dan baik hati. Adakah Inggeris mengadakan sayembara mencipta nama bagi penduduk Tanah Melayu di negara mereka?Orang Melayu bukanlah seperti penduduk Kepulauan Filipina yang dipaksa menjadi bangsa Filipino,di mana perkataan 'Philippines' berasal dari nama raja Sepanyol iaitu Philip II.Mengapa Inggeris tidak memberi nama seperti 'Elizabetania' kepada orang Melayu ini melambangkan nama Queen Elizabeth atau 'Elizinno' jadi bolehlah penduduk Tanah Melayu berbangga menjadi bangsa Elizinno ini.Betapa kurang berpendidikan orang yang dengki kepada orang Melayu ini padahal nama Melayu itu sudah ada di dalam kitab Ramayana dan disebut-sebut dalam Purana,beribu tahun sebelum kelahiran para penjajah Inggeris ini ke dunia yang fana ini,yang diwar-warkan memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu.Pulau-pulau Melayu disebut 'Malayadvipa' di dalam hikayat dewa-dewi Hindu.Bagaimana pula nama 'Melayu' itu ciptaan Inggeris padahal para rishi dan dewa-dewi Hindu amat kenal dengan orang-orang Melayu ini lantas menamakan Kepulauan Melayu sebagai Malayadvipa bersempena penduduk kepulauan ini memanggil diri mereka Mala,Malayu atau Melayu.Jadi sudah tentu 'Englishmen' mengenal penduduk ini sebagai Malay,iaitu diceduk dari Sanskrit dan bahasa Sanskrit adalah sumber kosakata bagi bahasa Inggeris Kuno.Perkara ini terjadi kerana terlalu tergesa-gesa mahukan pengiktirafan,harta,pangkat dan kuasa tanpa mahu menyelidik dahulu duduk perkara sebenarnya.Memang tidak dinafikan Stamford Raffles,Winsdtedt serta anak muridnya Munshi Abdullah 'ada campur' tangan dalam sejarah Alam Melayu khususnya Tanah Melayu namun bukan nama 'Melayu' itu.Jika orang yang kurang berpendidikan ini masih berdegil mengatakan Inggeris yang memberi nama 'Malay' atau Melayu itu,bagaimana Vyasa,seorang rishi legenda mencatatkan nama 'Pulau-pulau Malaya' (Malaya-dvipa) di dalam kitab-kitab sasteranya?Mengapa Valmiki,seorang lagi sasterawan Hindu yang mengarang Ramayana menyebutkan Rama,seorang dewa Hindu yang dianggap inkarnasi ketujuh kepada Vishnu telah ditolong oleh Hanuman,seorang lagi dewa,juga di 'pulau-pulau Melayu' yang juga terdapat istana dan kediaman Ravana,seorang lagi dewa berwatak jahat.Kitab-kitab seperti Ramayana dianggarkan dikarang kira-kira 400 tahun Sebelum Masehi lagi (400 B.C).Lihat,sebab itu dalam siri Alter Terahsia Bangsa Melayu yang lepas,ditegaskan bahawa jika semua rekod tentang bangsa Melayu telah hilang,musnah atau dicuri di Kepulauan Melayu,rekod-rekodnya pasti ada di seluruh dunia.Pada ukiran-ukiran kuil zaman Firaun di Mesir,relief-relief di Angkor Wat dan Borobudur,rekod-rekod Maharaja China,cerita para pedagang Arab dan India,codex Emperium Rom dan conquistador dan pelbagai lagi.Sebab apa?SEBAB BANGSA MELAYU BUKANLAH BANGSA YANG DUDUK DI DALAM GUA SAMBIL BERMAIN DENGAN TUPAI DAN MONYET.Bangsa Melayu pada masa silam adalah pedagang dan pembina peradaban.Namun 'rahsia' ini tersimpan kemas dalam lipatan sejarah kemanusiaan.Hilang ketika era penjajahan.The Lost History of Malay Civilization. Kita boleh lihat corak propaganda Barat ini memecahbelahkan umat Melayu di Nusantara.Di Tanah Melayu yang akhirnya membentuk Malaysia,Inggeris yang memegangnya memanggil penduduk di sini dengan panggilan 'Malay'.Di pulau-pulau Nusantara yang dipegang oleh Belanda,diberi nama 'Indonesian'.Di kepulauan utara Borneo termasuk Sulu,Sepanyol 'bermurah hati' memberi nama kepada penduduk di situ dengan nama 'Filipino'.Bagaimana tiga kawasan yang memiliki budaya,bahasa dan paras rupa yang berkait rapat antara satu sama lain mempunyai nama bangsa yang berlainan sama sekali?Soalan cepu emas peringkat akhir Who Wants to Be a Millionnaire: YANG MANAKAH DI ANTARA KETIGA-TIGA NAMA INI ADALAH BERASAL DARI NAMANYA YANG ASLI DAN BUKAN REKAAN ORANG BARAT SEMATA-MATA? A. INDONESIAN B. FILIPINO C. MALAY Tiada talian hayat.Hidup ini memang keras.Yang kalah akan ditulis sejarahnya oleh yang menang.Sang Kura-kura boleh menulis bahawa dialah pelari terpantas dan mengatakan Sang Arnab berlari seperti siput babi.Padahal kita tahu cerita sebenarnya. 'Filipino' dan 'Indonesian' sudah tentu akan terkeluar carta lebih awal,kerana ia adalah jelas nama yang diberi oleh penjajah dan kosakatanya pun dari bahasa Barat.Lebih-lebih lagi 'Filipino',berasal dari nama raja Sepanyol!TETAPI NAMA 'MALAY' TERCATAT DI DALAM KITAB-KITAB SANSKRIT SEHEBAT RAMAYANA,CATATAN-CATATAN PEDAGANG INDIA DAN REKOD CHINA.Dalam kesusasteraan Sanskrit,ia disebut 'Malaya',rekod Dravidian menyebutnya sebagai 'Malai' dan rekod China menyebutnya sebagai 'Mali-yuer','Mok-la-yu' atau 'Wu-lai-yu'.Terima kasih kepada sarjana bangsa-bangsa lain yang masih setia menyimpan rekod tentang asal-usul kita. Ini bukan soal mahu memenangkan Inggeris dari Sepanyol dan Belanda.Ini soal fakta sejarah dan kebenaran yang tidak boleh disangkal.Ini bukan hikayat Pak Kaduk dan Lebai Malang.INI FAKTA SEJARAH YANG TERCATAT DALAM MANUSKRIP BERTULIS OLEH PARA SARJANA DAN CENDEKIAWAN.Bukan 'selekeh' perdebatan di forum-forum internet yang kebanyakannya buta sejarah.Si buta sejarah berdebat dengan orang yang bencikan sejarah.Hasilnya,sama-sama telah berjaya 'disejarahkan' oleh penjajah yang pandai memanipulasi sejarah. Fikirkan,jika Inggeris ditakdirkan menjajah seluruh Kepulauan Melayu (Malaysia & Indonesia),sudah tentu mereka akan menamakan penduduk di Nusantara sebagai 'Malay'.Dan sudah tentu orang-orang dungu yang mengacu-ngacukan buluh runcing seperti kaum hutan rimba itu melompat-lompat dengan kebanggaan mereka berbangsa 'Malay' bukannya 'Indonesian'.Begitu juga jika Belanda menjajah seluruh Nusantara,kemungkinan besar dengan kita-kita sekali akan menjadi 'Indonesian'.Yang mana antara dua nama ini begitu dekat dengan orang Nusantara,dan dibuktikan dalam sejarah Nusantara sebelum kedatangan imperialis Eropah?Tepuk dada tanya akal sendiri. Lihat,para penjajah tidak membunuh orang-orang Melayu dengan pembunuhan beramai-ramai (khasnya di Tanah Melayu).Tetapi membunuh orang Melayu perlahan-lahan dengan sejarah manipulasi mereka.Ini adalah racun yang mematikan jatidiri dan semangat Melayu perlahan-lahan.Ia seperti kanser yang kronik.Atau santau yang menyakitkan.Atau kita boleh katakan,orang Melayu telah disantau sejarahnya perlahan-lahan. Untuk menjejak dan menyelesaikan misteri mengapa para rishi menyebut-nyebut nama 'Malaya-dvipa' merujuk kepada pulau-pulau Melayu,kita mesti menjejak kembali asal-usul bangsa yang berbahasa Malayo-Polinesian atau kini dikelaskan sebagai Austronesian.Dan ingat,ini bukan bermakna para rishi pula dikatakan memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu,tetapi para rishi itu mengambil nama terahsia ini dari orang-orang 'Malaya-dvipa' sendiri.Ini kerana di akhir cerita nanti,kita akan tahu bahawa rahsia 'Malaya-dvipa' ini rupa-rupanya boleh dijejak 3500 tahun yang lalu,ketika para tukang-tukang batu di Mesir Purba sedang membina piramid,ketika rahib-rahib Mesir mengarang koleksi The Egyptian Book of The Dead. Petunjuk di Angkor Wat Untuk menyiasat misteri ini,mula-mula kita terbang ke sebuah negara di Indochina,Kemboja (Cambodia).Negara yang mempunyai penduduk seramai lebih 14 juta orang ini memiliki tinggalan sejarah yang begitu berharga,Angkor Wat.Angkor dikatakan dibina untuk Suryavarman II pada abad ke 12,memiliki binaan dan kesenian yang tinggi dan UNESCO telah mengiktirafnya sebagai Tapak Warisan Dunia.Ia berukuran kira-kira 850 m kali 1000 m (2800 kali 3800 kaki).Puncak-puncak menara kuil ini melambangkan Mahameru,sebuah gunung dalam kosmologi Hindu yang dikatakan 'rumah kediaman' bagi dewa-dewa Hindu.Angkor Wat asalnya adalah sebuah kuil Hindu yang didedikasikan kepada Vishnu (Ingat,Rama adalah jelmaan ke 7 Vishnu).Ia adalah kuil diraja dan negarakota bagi kerajaan Angkor. Tidak dapat dinafikan,Angkor Wat adalah hasil kesenian yang amat tinggi dan setanding dengan kaderal-kaderal Eropah,kuil-kuil purba di India dan candi-candi yang menakjubkan di Indonesia.Henry Mouhot,seorang pengembara Perancis membayangkan kuil ini sebagai,'pesaing kepada Kuil Solomon' (Temple of Solomon di Palestin) dan setanding dengan hasilkarya Michelangelo (seorang karyawan terkenal,mahakaryanya dapat dilihat di Sistine Chapel,Vatican,terutamanya lukisan Creation of Adam, Creation of Eve). Pada dinding-dindingnya terukir ukiran-ukiran yang menakjubkan,kebanyakannya diambil dari Ramayana dan Mahabharata (Ingat,dua rishi Vyasa dan Valmiki dan Malayadvipa).Relief-relief yang juga menceritakan kebudayaan Khmer adalah setanding dengan relief yang terukir di candi Borobudur dan menariknya kedua-dua ukiran ini menunjukkan persamaan yang ketara.Mengapa?Rujuk kembali pada siri ATBM "Kunci Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon".Di sana ada petunjuk yang boleh kita jadikan panduan penyiasatan.Petunjuk yang mana?Kita kembali kepada pengasas kerajaan Angkor,Jayavarman II. Rahsia Jayavarman II,siapakah beliau ini sebenarnya? Tidak banyak rekod tentang pengasas empayar Khmer ini,sosoknya di dalam sejarah adalah terlalu misteri dan menjadi tandatanya.Namun satu-satunya rekod yang dapat dipercayai dan masih terpelihara yang mana mengandungi cerita tentang Jayavarman II ini ialah catatan kuno yang dijumpai di sebuah kuil Khmer Sdok Kak Thom yang terletak di Thailand.Kuil ini dibina oleh Empayar Khmer pada abad ke 11 Masehi.Melalui catatan pada inskripsi ini,Jayavarman II pernah ke Tanah Jawa (tidak diketahui apa tujuannya) dan memerintah Indrapura,satu kota di Kemboja.Di satu inkripsi lain pula mencatatkan bahawa Jayavarman II menjemput seorang Brahmin (pendeta Hindu) supaya mengadakan upacara khas untuk meminta pertolongan dewa-dewa supaya menghentikan naungan Jawa ke atas wilayahnya.Ini tercatat sebagai berikut: "Apabila Tuanku Parameswara tiba dari Jawa untuk memerintah kota diraja Indrapura...Sivakaivalya,golongan yang terpelajar,telah berkhidmat sebagai gurunya dan memegang peranan sebagai pendeta diraja bagi Tuanku" Pada inskripsi lain, "Seorang Brahman yang bernama Hirayadaman,yang terlatih di dalam sains dan sihir,telah dijemput oleh raja untuk mempersembahkan satu upacara yang akan membuatkan negeri Kambuja tidak lagi tunduk kepada Jawa dan mempunyai kedaulatannya sendiri" Para pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji barat mengatakan 'Java' (terjemahan ke bahasa Inggeris dari 'Chaeva') itu mungkin orang Cham atau satu kerajaan lain di Indochina.Namun pendapat yang popular ialah satu kerajaan yang amat berkuasa di Tanah Jawa.Beberapa bukti lain juga terutamanya rekod dari dinasti Sailendra dan Empayar Melayu Srivijaya telah membawa kepada kesimpulan bahawa Jayavarman II sebenarnya ialah seorang gabenor Jawa di Kemboja dan memerintah di ibukotanya ketika itu,Indrapura.Namun tidak dapat dipastikan keturunan pengasas Empayar Khmer ini,sama ada memang orang Jawa ataupun orang Khmer yang belajar ilmu pentadbiran di Jawa.Ini memang jelas di dalam inskripsi itu menyebut tentang 'Jawa' bukannya 'Champa','Cham','Chenla' atau sebagainya. Sejarah juga membuktikan ketika itu,Empayar Melayu Srivijaya telah mencapai masa-masa kegemilangannya dan pengaruhnya telah mencakupi seluruh Asia Tenggara.Ketika itu Samaratungga,seorang raja Jawa dinasti Sailendra telah mengikat tali perkahwinan dengan Dewi Tara,puteri kepada Emperor Srivijaya,Dharmasetu dan menjadikan Empayar Srivijaya semakin besar dan berpengaruh hasil gabungan kepakaran dan kebijaksanaan Melayu-Jawa dan ini telah membuatkan empayar ini menguasai pelabuhan-pelabuhan penting di Kepulauan Melayu dan Indochina.Di Indochina sendiri,kerajaan-kerajaan purba seperti Langkasuka,Pan-Pan dan Tambralingga (nama lain bagi Nagara Sri Dharmaraja,dalam sebutan Thai menjadi Nakhon Si Thammarat) dan pelabuhan Kedah Tua telah dikuasai oleh Empayar Srivijaya ini.Malah Kemboja juga adalah salah satu wilayah naungannya dan ini membuktikan bahawa inskripsi di kuil Khmer itu memang benar merujuk kepada Tanah Jawa,dimana Dinasti Sailendra berkuasa. Ketika kita sedang meneliti ukiran di Angkor Wat ini,kita akan perasan bahawa kostum,headgear dan adat budaya yang ditunjukkan di dalam relief di sini sama seperti ukiran pada candi Borobudur.Jadi siapa yang tiru siapa?Berita baik,Borobudur telah dibina jauh lebih awal dari Angkor Wat iaitu pada abad ke 9,tepatnya pada era pemerintahan Emperor Samaratungga,seorang Maharaja Srivijaya pada tahun 825 Masehi.Angkor Wat pula dibina pada awal abad ke 12 ketika pemerintahan Suryavarman II,raja Empayar Khmer (1113 - 1150 Masehi).Jadi fikirkan,bahawa kesimpulan pengkaji Eropah seperti Lawrence Palmer Briggs,tentang budaya dan ilmu yang dibawa oleh Jayavarman II dari Tanah Jawa dan Melayu Srivijaya ke Kemboja.Kesimpulannya di sini,budaya kita dicedok oleh orang Khmer,kemudiannya oleh kaum Tai yang datang kemudiannya.Selepas itu mereka memelihara segala ilmu kesenian dan senibina Srivijaya ini termasuk budaya,kostum dan tarian.Kemudian ketika kaum-kaum ini meningkat naik dan mampu membina kerajaan,mereka pun mengubahsuai mana-mana yang perlu dan berbangga dengan warisan mereka itu.Ketika era imperialisme,orang Melayu Nusantara kehilangan empayar mereka dan beransur-ansur menjalani proses 'inferiority complex' oleh orang Eropah.Segala bukti sejarah dirampas,monumen dibedil dan dimusnahkan (di Tanah Melayu).Habis era imperialisme,anak-anak Melayu mengalami perasaan rendah diri yang kronik dan mula memperlekehkan sejarah bangsanya!! Sudah faham apa yang berlaku sekarang?Sudah dapat petunjuk seterusnya?Buntu?Ya,itu perkara biasa sejak sejarah kita telah digelapkan di sana sini ibarat satu set gambar 'jigsaw puzzle' yang berlubang di sana-sini.Kita tidak perlu pergi ke Gua Rahsia itu dan mengganggu 'Tok Aki' Penjaga Gua Rahsia supaya membukakan peti-peti seterusnya.Nanti dulu.Sebab di Angkor Wat ini ada banyak rahsia lain. Tentunya anda perasan,ada sebuah kerajaan purba yang disebut sebagai Tambralingga di atas?Ini adalah sebuah kerajaan purba di Semenanjung Tanah Melayu sehingga mencapai Ligor (Thailand sekarang).Tambralingga adalah sebuah negarakota Melayu dan menariknya adalah antara kerajaan-kerajaan awal yang disebut dalam Sejarah Thailand.Maksudnya,jika ingin menyentuh sejarah Thailand,tidak lengkap jika tidak menyebut nama kerajaan ini,sebagaimana kerajaan Ayutthaya. Petunjuk Kedua di Tambralingga *Gaya senibina Tambralingga yang kemudiannya terlihat dalam senibina Ayutthaya Purba.Ini adalah Phrae Boromadhatu tinggalan Chandrabhanu,raja Melayu Kuno Tambralingga. Tambralingga adalah kerajaan yang benar-benar wujud sekurang-kurangnya telah dikesan pada era Dinasti Tang (618-907).Kerajaan ini juga pernah menduduki Sri Lanka.Sekitar tahun 1255-1262 Masehi,seorang raja Tambralingga,Chandrabhanu Sridhamaraja telah menduduki sebahagian Sri Lanka dan termasuk dalam senarai raja-raja Kerajaan Jaffna di Sri Lanka.Satu tinggalan kerajaan ini yang terkenal ialah Phrae Boromadhatu,satu stupa Buddha untuk menyimpan relik Gautama Buddha.Melihatkan bentuk stupa ini,yang kemudiannya menjadi 'gaya' popular dan khas dalam senibina Thai,memberikan kita satu petunjuk...bahawa gaya senibina ini telah dibangunkan oleh negarakota Melayu terawal ini.Gaya senibina ini telah mempengaruhi senibina kerajaan Ayutthaya,yang kemudiannya menguasai Tambralingga,seterusnya menjadi 'trademark' kepada senibina Thai pada hari ini. Kerajaan Tambralingga adalah negarakota Melayu (Malay city-state) yang menjadi naungan Empayar Srivijaya terutamanya semasa pemerintahan Emperor dari dinasti Sailendra,Samaratungga yang berasal dari Tanah Jawa.Kerajaan ini sesungguhnya bukan kerajaan orang Tai,kerana ketika itu orang Tai masih belum berkerajaan.Ini dibuktikan dengan rekod dari China,Sri Lanka dan India (sebab itu walaupun rekod di Nusantara 'ghaib' tidak bersisa sehingga orang Melayu menyangka mereka berasal dari Yunnan atau orang gua,rekod-rekod dari seluruh dunia masih tersimpan rapi). Rekod dari pengembara dan sami China, I-Tsing yang telah berlayar selama 20 hari dan kemudiannya sampai di Fo-Shih (ibunegeri Empayar Srivijaya).Beliau mencatatkan: "...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...." Daripada rekodnya yang ditafsirkan oleh para pengkaji,ia menyebutkan tentang Holing (merujuk kepada Tambralingga) dan Fo-shih yang terletak pada latitud yang sama namun Holing terletak ke timur Fo-Shih.Moloyu pula terletak di garisan Khatulistiwa. SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.Bukannya Inggeris yang memberi nama Tanah Melayu ini sebagai 'Malay Land',malah telah direkodkan oleh pengembara China seawal abad ke-5 lagi. Ketika itu juga wilayah-wilayah Srivijaya dikenali pada rekod-rekod Sri Lanka dan India sebagai Javaka.Rekod dari Sri Lanka menyebutkan raja Tambralingga,Chandrabhanu adalah seorang ketua Javaka.Bayangkan rupa-rupanya seorang raja Melayu pernah memerintah utara Sri Lanka pada masa dahulu. Pemerintahan raja Melayu Tambralingga itu tidak lama kerana kemudiannya telah diserang oleh kerajaan Pandyan,satu kerajaan Tamil Brahmin dari selatan India,yang juga bercita-cita mahu merebut relik Buddha iaitu gigi pengasas agama Buddha itu yang dikatakan disimpan di Yapahuwa,ibukota kerajaan orang Sinhala.Sebab itu raja Melayu Chandrabhanu itu membina stupa di semenanjung (di Nakhon Si Thammarat sekarang) kerana mahu menempatkan gigi Buddha itu.Chandrabhanu sendiri terbunuh dalam serangan itu.Namun akhirnya,orang-orang Tamil Brahmin itu bersetuju membuat pakatan dengan sisa-sisa tentera Tambralingga; orang-orang Melayu dan Jawa yang tinggal di Sri Lanka ketika itu,untuk menewaskan kerajaan kaum Sinhala (sehingga ke hari ini perseteruan antara dua kaum ini;Tamil dan Sinhala masih berlaku dengan pengganas LTTE berperang dengan kerajaan Sinhala di Sri Lanka).Rekod-rekod Sri Lanka pada tahun 1277 dan 1283 Masehi mencatatkan raja Pandyan melantik salah seorang menteri Tambralingga yang menjajah Sri Lanka sebelum itu mengetuai serangan ke kota Yapahuwa,kota kaum Sinhala untuk merampas gigi Buddha dari tangan kerajaan Sinhala.Sehingga ke hari ini terdapat tempat-tempat di Sri Lanka seperti Chavakacheri yang bermaksud 'penempatan orang Jawa' dan Chavahakottai iaitu 'kubu orang Jawa'.Di dalam bahasa Tamil tempatan ketika itu,semua negeri-negeri di Nusantara digelar Javar atau Javaka.Inilah cedokan dari kata 'Chava' itu.Dan inskripsi Tamil dan Sinhala ini menyelesaikan misteri Jayavarman II yang tiba dari Chaeva.Jadi kesimpulannya kata 'Chaeva atau 'Chava' itu bermaksud orang Jawa,melambangkan kemasukan dinasti Sailendra Jawa yang memasuki pemerintahan Empayar Melayu Srivijaya. Perkataan Javaka (ada disebut dalam teks-teks berbahasa Pali) ini berubah kepada Zabaj dalam sebutan Arab,merujuk kepada Srivijaya itu.Ahli sejarah Arab,Masoudi dalam kitabnya,""Muruj al-Dhahab wa Ma'adin al-Jawhar" (Meadows of Gold and Mines of Gems,karya beliau keluaran tahun 947 Masehi) telah mencatatkan pengalaman seorang pedagang Arab yang bernama Sulaiman yang melawat Zabaj pada tahun 851 Masehi menyebutkan ketua Empayar Srivijaya yang digelar 'Maharaja' (Emperor) mempunyai beribu kapal perang dan kekuasaan yang menggerunkan.Armada laut Maharaja pernah mengepung ibukota kerajaan Khmer dan memancung kepala rajanya kerana bercita-cita mahukan kepala Maharaja Zabaj diletakkan di atas pinggan. Semua petunjuk ini memberitahu kita beberapa perkara.Orang Tai bukan sahaja mencedok budaya Khmer malah mencedok budaya orang Melayu Kuno.Senibina Thai itu dengan gaya candi dan bumbung Thai itu rupanya diambil dari gaya Tambralingga dan mungkin negarakota Melayu yang lain.Budaya Khmer yang dicedok oleh Tai itu pula berasal dari budaya Srivijaya dan Sailendra.Pi mai pi mai tang tu. Tulisan Thai itu juga dicedok dari skrip Khmer.Ini dijelaskan lagi dalam inskripsi Raja Ram Khamhaeng.Namun inskripsi yang dibangga-banggakan oleh orang Thai itu pula telah diketahui secara meluas merupakan 'pembohongan',dan sarjana sejarah mensyaki ia dibuat pada zaman Raja Mongkut (Rama IV) dan kemungkinan besar Raja Mongkut itu sendiri mengarahkan ia dibuat.Ini berdasarkan kajian yang mendalam tentang gaya tulisan di inskripsi itu yang 'terkantoi' dibayangi tulisan Eropah dan meniru sistem bahasa Eropah.Kronologi sejarah yang disebutkan di dalam inskripsi itu juga menyeleweng dari fakta sejarah sebenar dan lebih merupakan propaganda sahaja.Ini kerana inskripsi itu telah menyebutkan pada tahun 1283 kerajaan Nakorn Sri Dharmaraja (Tambralingga) telah tersenarai antara kerajaan yang membayar ufti kepada Kerajaan Sukhotai.Padahal ahli sejarah sudah maklum wilayah itu adalah wilayah istimewa dan merupakan kota yang amat kaya. Ini tersebut dalam undang-undang wilayah pentadbiran Raja Ayutthaya, Boromma Trailokanat bertarikh 1468 menyebutkan Nakorn Sri Dharmaraja tersenarai sebagai salah satu dari 8 kota besar (Phraya maha nakhon) kepunyaan Ayutthaya dan merupakan wilayah istimewa. Percanggahan dan kepalsuan inskripsi ini menyebab para sarjana semakin kurang percaya kepada inskripsi ini malah meleret-leret kepada seluruh sejarah Raja Thai dan orang Thai sendiri.Ini ditambah pula dengan tiadanya penulisan atau rekod-rekod kontemporari dari lain-lain tempat yang merujuk kepada nama raja Ramkhamhaeng.Dengan lain kata,sejarah raja itu hanya ada di Thailand sahaja dan para sejarahwan lain di dunia tidak tahu-menahu pun pasal raja 'khayalan' ini.Ini jauh berbeza dengan kisah 'Maharaja Zabaj' tadi yang disebut-sebut oleh pedagang Arab,rekod pendeta China,Tamil,Sri Lanka,malahan nama 'Melayu' itu disebut-sebut oleh pendeta Buddha dan rishi-rishi legenda Hindu.Malah dewa-dewa juga! Sesetengah sarjana mendakwa inskripsi ini adalah buatan abad ke-19,ada juga yang mengatakan sekrang-kurangnya 17 baris awal inskripsi itu sahaja yang asli.Inskripsi ini dan segala utopia berkenaan kerajaan Sukhotai telah menjadi kepercayaan yang amat kuat dikalangan rakyat Thai sehingga menjadi isu nasionalis,sehingga ramai yang telah diancam melalui undang-undang 'lese majeste' termasuk para sejarahwan dan ilmuan.Satu kes yang terkenal ialah Micheal Wright yang mengatakan semua itu palsu sahaja. Dari sini kita dapat pengajaran penting,betapa kaum lain yang tidak punya sejarah,terpaksa 'mengadakan' sejarah.Orang Melayu yang punya sejarah,mula perlahan-lahan melupakan sejarah manis bangsanya.Mula memiliki rasa rendah diri,'inferior' yang teramat sangat sehingga mencapai tahap kurang siuman merendah-rendahkan diri sendiri ditahap pencacai pemungut sampah sejarah orang lain,padahal asalnya emas dan mutiara sejarah itu miliknya dahulu. Mungkin hanya sejarah Ayutthaya sahaja yang boleh dibanggakan oleh orang Thai.Itu pun kini sejarahnya direbut oleh golongan kerabat Ayutthaya sendiri yang mengaku bukan orang Thai tetapi Siam Islam.Dalam hal ini tidak penting siapa orang Thai atau Melayu,pengajarannya di sini,jika kita tidak mengambil berat akan sejarah dan budaya kita,orang lain akan 'mengambilalih' sejarah dan budaya kita. Terlanjur menyebut tentang tulisan,Tai mencedok tulisan Khmer dimana tulisan Khmer ini berasal dari tulisan Brahmi.Tulisan Brahmi adalah nenek moyang kepada majoriti skrip di India dan Asia Tenggara.Tulisan Tamil,Sinhala,Devanagari,Burma,Thai dan Khmer adalah termasuk tulisan Brahmi.Tulisan Jawa,Batak,Kawi dan Bali termasuk dalam keluarga Brahmi.Tulisan purba milik khas orang Melayu,Rencong dimasukkan dalam keluarga Brahmi.Namun kini para sarjana berbelah bagi tentang asal-usul tulisan Rencong ini.Kerana semakin dikaji tulisan ini,semakin jauh ia dari keluarga Brahmi,malah ia menyimpan rahsia yang agung dan terpendam! Misteri Tulisan Rencong:Petunjuk ke-7 ke Tabut Rahsia Mala-YU Tulisan Brahmi adalah keluarga tulisan di kawasan India dan Asia Tenggara seperti Tamil,Burma,Thai dan Khmer.Rencong pula adalah tulisan milik orang Melayu,lama digunakan sebelum Kawi atau Aksara (sejenis Brahmi yang diubahsuai oleh kaum Nusantara),Jawi dan Rumi.Tulisan Rencong ini diiktiraf tulisan asli ciptaan Melayu Nusantara dan sebenarnya bukan berasal dari Brahmi tetapi mempunyai kaitan dengan nenek moyang kepada Brahmi! Sebelum kita membuka peti rahsia seterusnya kita kenal dulu contoh-contoh tulisan dari keluarga Brahmi: Tamil Devanagari Thai Khmer Burma Sekarang kita lihat tulisan-tulisan ini: Greek/Yunani Phoenicia Aramaik Brahmi Untuk pengetahuan anda,semua tulisan seperti Tamil,Tibetan,Telegu,Devanagari,Thai,Burma dan Khmer adalah dibawah Brahmi atau subBrahmi,manakala Brahmi pula di bawah kelas tulisan Proto-Canaanite (ingat Tanah Kanaan?Abraham dan Keturah?) yang di dalamnya termasuk Phoenicia dan Aramaik (asal-usul bahasa Yahudi;Ibrani atau Hebrew) Sekarang tuan-tuan dan puan-puan!Kita lihat tulisan asli bangsa Melayu Nusantara,Rencong: Sekarang mari kita lihat rahsia ini bersama-sama.Jika kita perhatikan corak tulisan Rencong ini,ia nampaknya tidak cenderung kepada tulisan Tamil atau Devanagari jauh sekali jika dibandingkan dengan skrip Thai dan Khmer.Jadi ia cenderung kepada yang mana?Fikirkan... Tidak nampak?Mari kita buka peti satu lagi yang terletak disebelah peti berlabel 'Laut dan Bahtera'. Sekarang dengar baik-baik.Tulisan Rencong sebenarnya tidak tepat diletakkan dibawah kelas Brahmi dan ia tidak sepadan atau 'sedarjat' dengan sub Brahmi pun.Perhatikan baik-baik perbezaannya dengan Tamil atau Devanagari.Perbezaannya dengan Thai dan Khmer yang merupakan sub Brahmi.Ia tidak dekat dengan semua ini. Tetapi IA LEBIH DEKAT DENGAN TULISAN ORANG PHOENICIA PURBA.Ia lebih dekat dengan skrip Aramaik,asal-usul tulisan Hebrew pada hari ini.Ia tidak sekelas dengan Brahmi atau skrip-skrip Keindiaan.Ia memotong kelas Brahmi ke kelas lebih tinggi;di mana Brahmi hanya salah satu sub dalam kelas ini.Rencong setaraf dengan tulisan Phoenicia dan Aramaik dalam kelas utama Proto-Canaanite.Proto-Canaanite pula dibawah kelas Egyptian Hieroglyphs!!Sudah dapat pencerahan? (Keanehan ini telah memeningkan kepala sarjana pengkaji skrip tulisan dunia sejak sekian lama) Dan rahsia dari peti ini akan membuka cerita tentang kisah kunjungan Para Firaun ke Tanah Nenek Moyang mereka,Punt.Seterusnya akan menyelesaikan 'puzzle' yang mula-mula diperkenalkan dalam Alter Terahsia Bangsa Melayu dan Diari Lodgekeeper;dua pasangan paling misteri;Abraham dan Keturah.Siapakah anak-anak mereka dan mengapa mereka mencari The Land of The East.Kemudian kita akan menjelajah kisah dewa-dewa di The Land of Gods.Kemudian kita mengembara ke Promised Land,menonton suka-duka Lehi dan Lemani... DI TANAH YANG DIJANJIKAN!... -------------------------------- cOMING SOON... Alter Terahsia Bangsa Melayu XI -Petunjuk terahsia dari tulisan Rencong -Dewa-dewi Mesir di Tanah Para Dewa -Ekspedisi Ratu Hatshepsut ke Punt -Apa kaitan orang Phoenicia (Kanaan Purba) dengan Melayu? -Majlis Perkahwinan 'raja' Phoenicia dan Gadis Mala Bunga-bungaan -Hubungan terahsia orang Ibrani dengan orang Rencong -Rahsia perkataan Melayu dalam tradisi Mesir Purba -Ukiran di kuil Firaun dan rahsia XXXX -Rahsia dalam XXXX dan XXXXX XXXX -XXXX Inca XXXXXXX XXX Maya -XXXX XXX Apache XXXX Benua Amerika dan kedatangan kapal Firaun Petunjuk-petunjuk semakin kabur dan samar-samar.Terdapat helaian yang terkoyak dari Diari Lodgekeeper.Beberapa kod-kod rahsia di dinding Angkor Wat,Borobudur,Kuil Hatshepsut dan Amon tidak dapat didekodkan setakat ini!Rasakan debarannya...ia semakin hampir kepada Alter Terahsia itu! Peti-peti rahsia semakin bergegar-gegar menebarkan haruman misteri yang aneh!........ |
Sunday, August 15, 2010
RAHSIA BANGSA MELAYU SIRI 6
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment