Tuesday, August 3, 2010

Rakyat perlu penjelasan Konsep 1Malaysia





Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu menjalankan program penerangan secara menyeluruh bagi memperjelaskan konsep 1Malaysia secara terperinci kepada seluruh masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan. 

Langkah itu amat penting bagi memastikan konsep tersebut tidak disalah tafsir dan digunakan untuk kepentingan pihak tertentu sehingga menimbulkan suasana tidak harmoni di dalam negara. Sehingga kini semua kaum mempunyai tafsiran sendiri berkenaan konsep itu sehingga menimbulkan banyak pandangan dan pendapat berbeza terutama berkenaan maksud sebenar konsep itu seperti yang diilhamkan penciptanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya khuatir, jika kekeliruan ini tidak ada penjelasan, akhirnya rakyat minta bukan-bukan, minta kesamarataan, minta peruntukan sama banyak untuk bina masjid, kuil atau tokong. Inilah yang saya bimbang," katanya.
 
ULASAN.

Pandangan dari bekas PM mengenai 1 Malaysia sewajarnya diberikan perhatian. Soalnya siapakah yang patut mewar-warkannya kepada rakyat. Jika zaman Tun dulu kita lihat Allahyarham Tok Mat sering mengambil peranan sesuai dengan kementeriannya waktu itu. Kini siapa? Sering kita lihat bahawa PM Datuk Seri Najib mempunyai pandangan yang bagus tapi kerana kekurangan penghebahannya maka ianya kurang diikuti oleh rakyat. Pendedahan yang dibuat oleh media elektronik ada batasannya sebab itu penghebahan secara menyeluruh tidak dapat dilakukan. Dasar yang baik akan tinggal kenangan sahaja jika rakyat tidak jelas dan faham akan makna tersurat dan tersirat daripada dasar tersebut.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]