Sunday, September 19, 2010

BUKAN MARAH TAPI NASIHAT.....





Jangan Letak Diri Tinggi -PM

PEKAN, 18 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mahu semua pemimpin menjiwai rakyat dan meneruskan tradisi membela rakyat.

“Sebagai pemimpin hendaklah sentiasa menjiwai rakyat, janganlah meletakkan diri seolah-olah lebih tinggi daripada rakyat.

“Pemimpin hendaklah berhemah, sentiasa tawaduk dan sanggup menerima kedatangan rakyat ketika senang dan susah.

“Pemimpin juga hendaklah merendah diri, humble dan mesra dengan rakyat supaya mudah didekati dan menjadi harapan mereka.

“Oleh itu, apabila musibah atau mala petaka menimpa rakyat, pemimpin seharusnya berada di barisan hadapan dan menjiwai kesusahan rakyat serta membantu mereka,

‘Suka saya mengingatkan selagi kita bersikap demikian dan berpegang kepada gagasan 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, pasti rakyat akan sentiasa bersama-sama BN,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitiri di Dataran Pekan, dekat sini hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, beliau yakin Barisan Nasional (BN) berada di landasan yang betul kerana parti itu benar-benar berjiwa rakyat dan menjuarai kepentingan setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Lebih 50,000 tetamu menghadiri rumah terbuka yang bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang ini.

Hadirin yang mengunjunginya berpeluang menikmati pelbagai juadah disediakan di hampir 100 gerai.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berkenan menghadiri majlis rumah terbuka berkenaan.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Ishak Muhamad dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Rumah terbuka itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan seperti Haiza, Maya, Syed Sobrie serta Jaafar Onn dan Raja Azura bertindak sebagai pengacara.

Sambutan kali ini melibatkan 88 pengusaha makanan terlibat dalam penyediaan juadah di gerai-gerai yang disediakan. Antara juadah berkenaan ialah murtabak mengkasar, puding raja, laksa Pekan, nasi minyak dan char koew teow. -MediaUMNO
Share|


No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]