Wednesday, September 8, 2010

JIKA UMNO KECUTKAN MINDA MELAYU, PR PULA KACAU BILAUKAN MINDA RAKYAT.

Hishamuddin Rais: Umno 'kecutkan' minda Melayu.Penulis kontroversi, Hishamuddin Rais berkata minda Melayu kini telah 'dibonsaikan' (dikecut dan diubah seperti pokok bonsai) oleh agenda politik Umno dengan tujuan bagi mengekalkan budaya takut terhadap bukan Melayu.

Pandangan penulis : jika benar tuduhan ini mana mungkin akan lahir segolongan manusia yang dapat memerdekakan minda mereka. Soal utama iaitu PERPADUAN tidak dinyatakan.

Bekas tahanan ISA itu berkata Umno sentiasa menyemarakkan kebimbangan perkauman untuk menyakinkan rakyat bahawa parti itu pilihan terbaik bagi orang Melayu kekal di hadapan dari segi pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia.

Pandangan penulis : Pemikiran rakyat bertambah terbuka dengan sistem pendidikan yang semakin baik, tahap pemikiran yang semakin kritikal dan juga pendedahan kepada ICT, tak perlu dibonzaikan oleh UMNO atau PR sendiri. Cuma apa yang kurang adalah pertimbangan sahaja yang perlu diperkukuhkan.

"Proses 'membonsai', mengosongkan dan mengejutkan orang Melayu ini berlaku lama dahulu pada zaman British. Melayu diketuai oleh pemimpin yang malas dan mereka yang malas berfikir,” kata Hishamuddin pada forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur malam semalam.

Aktivis kontroversial itu berkata Melayu telah lama diindoktrin supaya takut kepada idea baru dan dihantui ketuanan Cina sehingga menganggap kaum itu satu ancaman terhadap kewujudan mereka.

Ketuanan Melayu vs Ketuanan Cina di Malaysia adalah satu rentetan daripada dasar pecah dan perintah oleh British. Kehadiran UMNO telah berjaya merapatkan jurang perbezaan fikiran yang terdapat dikalangan orang Melayu. Buktinya adalah gabungan persatuan kecil Melayu telah membentuk UMNO. UMNO menerusi kuasa yang diberi oleh pengundi telah berperanan dengan seimbang bagi menguruskan jurang perbezaan yang terdapat dikalangan rakyatnya dengan bertunjangkan PERPADUAN.

Mengambil contoh, peranan bomoh atau pawang, Hishamuddin mendakwa Umno menggunakan taktik yang sama untuk menyakinkan orang Melayu bahawa mereka sentiasa berdepan atau berlawan dengan hantu.

"Di Malaysia agak mudah. Hantu bagi orang Melayu adalah Cina. Melayu dibuat percaya bahawa terdapat pelbagai macam hantu dan rakyat patut berterimakasih kepada Umno kerana menyelamatkan mereka.

"Ia seperti taktik bomoh di kampung, di mana penduduk diberitahu terdapat macam pelbagai hantu untuk ditangani...Umno menggunakan modus operandi yang sama,” katanya.

Hishamuddin mendakwa seperti zaman penjajah British di Malaya, Umno sedar minda Melayu yang bebas adalah ancaman terhadap parti tu. Justeru, mereka berusaha memastikan minda Melayu tidak bebas dan boleh terus dikongkong.

Tambahnya, Umno tidak akan bersetuju membebaskan minda Melayu kerana akan menjejaskan kuasa parti yang memerintah itu serta penguasaan kekayaan negara oleh mereka.

HANTU SEBENAR BAGI ORANG MELAYU BUKANLAH SEPERTI MANA YANG DINYATAKAN SEBALIKNYA ADALAH "HANYA ADA NIAT TANPA USAHA" Inilah yang membelenggu pemikiran Melayu kesan penjajahan yang begitu lama sejak 1511 hingga 1957.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]