Thursday, September 30, 2010

Kamu juga ‘racist’ bila…


Disclaimer:
Semua yang ditulis di dalam entri ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak, baik yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
Sekiranya terdapat sebarang persamaan, ia hanya satu kebetulan sahaja. Selamat membaca.
Kebelakangan ini isu racist masih lagi tidak lekang diutarakan di negara ini. Setelah satu isu selesai, kini timbul pula isu yang lain. Seolah isu ini tiada penghujungnya, malah telah menjadi topik bualan utama di pejabat, kedai kopi, termasuklah di sekolah.
Adakah anda sedar, sebenarnya sikap ‘racist’ ini telah ditanam dalam diri tanpa kita sedari. Bagaimana itu berlaku? Perhatikan beberapa perkara berikut:
Politik
  • Politik adalah punca utama kepada masalah racist! Dengan adanya parti politik yang memperjuangkan kepentingan setiap kaum, secara automatiknya sikap ‘racist’ itu ditanam oleh pihak yang memperjuangkan dan yang menyokong.
Psstt:// Bagaimana rakyat akan bersatu dalam politik? Sedangkan semua pihak mementingkan diri sendiri?
Ibubapa
  • Ibubapa juga ‘racist’? Jawapannya, YA! Ada ibubapa yang menghalang anaknya daripada bergaul dengan anak-anak yang tidak sama agama atau keturunan.
Psstt:// Hal ini sudah lama terjadi, malah sampai ke hari ini kejadian ini masih lagi berlaku. Jika dari kecil anak sudah dididik begitu, maka sikap ‘racist’ turut serta dipupuk!
Bahasa Kebangsaan
  • Jika ditanya mana-mana rakyat negara ini, APAKAH BAHASA KEBANGSAAN KITA? Pastinya setiap jawapan mereka akan berbeza.
Psstt:// Apa bahasa kebangsaan kita yang sebenarnya? Sekejap Bahasa Melayu, sekejap Bahasa Malaysia. Jadi, apa kata anda? Kaitkan sendiri bila isu bahasa kebangsaan turut menyebabkan timbulnya masalah ‘racist’.
Pergaulan
  • Ini pun boleh menyebabkan ‘racist’? YA! Sikap berpuak-puak atau bersama dengan kumpulan yang sama “kaum” atau “keturunan” turut menyumbang kepada sikap ‘racist’ itu sendiri.
Psstt:// Terdapat segelintir pihak yang tidak selesa bergaul bersama dengan pihak yang lain atas alasan ‘tidak sama’. Fahamkan sendiri maksud itu.
Pekerjaan
  • Jika anda lepasan sekolah, kolej atau universiti, pastinya anda akan memohon pekerjaan, adakah anda pernah diminta untuk mengisi borang? Adakah anda diminta untuk menyertakan sekali GAMBAR BERUKURAN PASSPORT, menyatakan mengenai AGAMA, dan BANGSA anda? Jika YA, maka anda fahamlah apa yang dimaksudkan.
Psst:// Meminta Gambar sudah cukup jelas menunjukkan bahawa pihak tersebut bersifat diskriminasi, adakah pihak yang berwajah cantik sahaja layak mendapat kerja?
Adakah agama yang dianuti akan memberi peluang lebih dalam pekerjaan? Pertanyaan mengenai BANGSA, kenapa itu penting? Bukankah kita semua bangsa Malaysia?
Selagi perkara-perkara di atas masih lagi berlanjutan, maka sehingga itulah masalah ‘racist’ ini tidak akan dapat diatasi.
Jadi kamu atau saya atau sesiapa juga adalah seseorang yang ‘racist’ bila….perkara di atas berlaku!
Apa pula kata anda

sumber :ruai borneo

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]