Friday, September 24, 2010

mesti baca : Adakah Melayu ke hadapan jika PAS berkuasa ?

Melayu terkebelakang jika Umno terus berkuasa

Melayu terkebelakang jika Umno terus berkuasa
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Data ekonomi Melayu membuktikan bahawa bila-bila masa sahaja orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika Umno dibiarkan terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Pada masa ini pun ramai orang Melayu terutama di luar bandar yang hilang kuasa dan suara kerana kemiskinan dan dijerat oleh hutang kepada tauke-tauke.

"Antara sebab perkara tersebut berlaku ialah apabila kekayaan negara tidak digunakan dengan saksama dan bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat keseluruhannya tetapi lebih banyak yang dibolot oleh kroni-kroni Umno," kata beliau.

Keadaan itu, katanya, diburukkan pula dengan kerakusan parti perasuah mencari habuan untuk kepentingan peribadi termasuk merasuah sesama sendiri bagi mencari sokongan untuk berkuasa.

"Para pemimpin parti perasuah pula telah lama hilang kuasa dan suara kepada tauke-tauke yang yang menambat mereka dengan rasuah.

"Bukan setakat hilang kuasa, akibat ditambat rasuah, mereka juga merelakan dasar affirmatif yang sepatutnya membantu orang-orang Melayu diperalatkan untuk menimbunkan lagi kekayaan tauke-tauke yang menjadi tuan-tuan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau bagaimanapun yakin lebih ramai orang Melayu akan menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penipuan Umno jika pendedahan data ekonomi Melayu menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.

"Pemimpin Umno sendiri yang mengakui bahawa data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu akan menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.

"Dengan pengakuan itu, nyatalah orang-orang Melayu telah 53 tahun menjadi mangsa penipuan Umno yang tidak henti-henti berlakon dan berlagak sebagai pembela Melayu," kata beliau.

Beliau menyifatkan data tersebut sebagai bukti yang terang dan nyata tentang ketiadaan iltizam untuk Umno membantu orang-orang Melayu.

Mahfuz mengingatkan orang-orang Melayu bahawa 53 tahun adalah tempoh yang luar biasa lama untuk terus membiarkan diri mereka ditipu.

"Dasar affirmatif untuk membantu orang Melayu yang dilaksanakan kira-kira 40 tahun lalu juga ternyata gagal jika data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu menunjukkan kedudukan mereka masih terkebelakang.

"Persoalannya, adakah orang-orang Melayu mahu menunggu 40 atau 53 tahun lagi di bawah cengkaman Umno dan terus berangan-angan suatu hari nanti pencapaian ekonomi orang Melayu tidak lagi terkebelakang?" beliau mengingatkan.

Orang-orang Melayu, katanya, tidak lagi memerlukan kerajaan yang tidak berpijak di bumi nyata dengan pelbagai akronim dan pertunjukan angka bertrilion-trilion tanpa perubahan yang fundamental untuk menjamin kedaulatan undang-undang dan peraturan ke atas semua pihak, walaupun di kalangan parti pemerintah

PANDANGAN PENULIS.

Tidak dinafikan bahawa Melayu masih lagi perlukan pembelaan dari kerajaan. Tak kiralah kerajaan Pusat mahu pun kerajaan negeri. Selain daripada mereka adalah golongan majoriti dalam negara ini serta kekurangan penyertaan bangsa ini dalam aktiviti ekonomi. Ini ditambah pula dengan penjajahan mental dan psikologi selama 448 tahun bermula 1511 hingga 1957.

Dakwaan Naib Presiden PAS bahawa Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika UMNO terus berkuasa ternyata beliau sendiri lupa bahawa PAS juga adalah parti Melayu. Soalnya adakah jaminan yang dapat diberikan oleh PAS bahawa kedua-duanya akan terpelihara jika mereka ini diberikan kuasa. Ini adalah janji manis sebelum berkuasa. Apabila berkuasa belum tentu janji ini dapat ditunaikan.

Kita sendiri telah lihat bagaimana PAS yang diberikan kuasa mentadbir sebuah negeri ternyata masih lagi terkial-kial untuk mentadbir. Sebarang kegagalan mereka tujukan kepada UMNO sedangkan yang memerintah negeri adalah parti mereka. Soal nepotisme, rasuah turut juga berlaku pada semua individu, tidak kira parti apa pun.

Untuk bersaing dengan bangsa lain yang telah pun mendahului kita sudah pasti memerlukan masa, modal, peluang, ruang. Dasar affirmatif yang dilaksanakan kira-kira 40 tahun, walau pun tidak mencapai sasaran sepenuhnya tetapi telah berjaya mengeluarkan sebahagian daripada kemelut kemiskinan yang melanda orang Melayu selama ini. Bagi meningkatkan ekonomi Melayu, pelbagai dasar telah dilakukan. tetapi kita perlu ingat walau sebaik mana pun sesuatu dasar, perangcangan, sistem dan pelaksananya tetapi jika golongan sasaran itu sendiri mempunyai masalah sudah pasti segala matlamat yang digariskan tidak tercapai. Bukan sahaja UMNO malah jika PAS sendiri pun akan menghadapi masalah yang sama.

Dalam masa yang sama juga persekitaran, serantau dan dunia khususnya ekonomi bergerak dan berubah dengan begitu pantas memerlukan satu anjakan paradigma. Sewajarnya jika PAS sendiri telah perasaan masalah yang melanda, apakah usaha dan perancangan mereka untuk mengeluarkan orang Melayu dari wabak ini? Apa yang kita perhatikan selama ini, PAS hanya pandai berpolitik dengan mencari kesalahan dan kegagalan orang lain! Orang-orang Melayu juga, tidak lagi memerlukan pembangkang yang tidak berpijak di bumi nyata dengan pelbagai janji manis yang ditaburkan tanpa ada perancangan yang hanya mahukan KUASA. /td>

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]