Wednesday, September 8, 2010

Nurul Izzah sahkan PKR mahu perlembagaan baru


Nurul Izzah sahkan PKR mahu perlembagaan baru
By aidc editor on September 7, 2010 12:42 PM | 0 Comments | 0 TrackBacks
KUALA LUMPUR, 7 Sept -- Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali mempertahankan cabaran Ahli Parlimen Lembah Pantai agar Perkasa berdebat dengannya berhubung soal Perlembagaan sambil berkata, pendirian wakil rakyat penggal pertama itu selari dengan dasar parti itu dan juga Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP dan PAS.

Menurut Syed Husin, kenyataan Nurul Izzah Anwar selari dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang mengenai kedudukan Islam, raja-raja Melayu serta Bahasa Melayu, dan juga

kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalah guna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.

"Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yang dibuat oleh Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa.
Nurul Izzah menulis bahawa "hak Melayu" hanya satu gagasan ideologi dan falsafah.
"Nyata sekali pandangan serta cabaran Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Selasa lalu, Nurul Izzah menulis dalam The Malaysian Insider bahawa idea "hak orang Melayu" yang dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Dalam kenyataannya, Syed Husin menjelaskan, pendirian ketiga-tiga menteri itu membuktikan dengan jelas bahawa pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang 1 Malaysia, tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu.

"Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya 'kedudukan istimewa'.

"Begitu jugalah tidak terdapat slogan 'ketuanan Melayu' dalam Perlembagaan," katanya.

Oleh itu kata Syed Husin, mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia.

"Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali," katanya.

malaysian insider


Pendirian Anwar, PKR berubah-ubah

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, beliau tidak terkejut dengan pendedahan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bahawa pakatan pembangkang tidak berhasrat melaksanakan undang-undang Islam di negara ini.

Sebaliknya, kata beliau, ia membuktikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti yang dipimpinnya sentiasa berubah-ubah mengikut kesesuaian politik.

Contoh paling mudah, katanya, ia cukup berkait rapat dengan parti itu sendiri iaitu mengenai Falsafah Pernyataan Penubuhan Parti Keadilan yang didraf oleh bekas Timbalan Presidennya, Dr. Chandra Muzaffar.

"Dalam falsafah itu disebut bahawa parti KeAdilan adalah parti berbilang kaum yang berasaskan Melayu kerana ia adalah asas negara ini. Memang perkara ini sering dilaung-laungkan oleh kami yang juga pengasas parti Keadilan pada awal penubuhannya pada 1999. Saya pasti, ramai yang ingat tentangnya.

"Tetapi kini PKR diuar-uarkan hanya sebagai parti berbilang kaum. Ke mana perginya asas Melayu itu? Inilah bukti bahawa pendirian Anwar memang boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian politik," katanya kepada Utusan Malaysia.

Zulkifli dalam blognya kelmarin mendedahkan bahawa berdasarkan Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat yang ditandatangani para pemimpin parti pembangkang, pakatan itu akan terus mempertahan dan mengamalkan Perlembagaan sekular sedia ada.

Perjanjian itu, kata Zulkifli, jelas bertentangan dengan perjuangan Pas yang berhasrat mengubah Perlembagaan bagi menegakkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud, qisas dan ta'zir.

Ezam menambah, sewaktu Anwar dibebaskan daripada tahanan penjara pada 2004, Penasihat PKR itu mengarahkannya selaku pemimpin generasi muda agar tidak lagi melaung-laungkan parti tersebut adalah parti berbilang kaum yang berasaskan Melayu.

Taktik Anwar itu, katanya, kerana menyedari bahawa sokongan orang Melayu terhadap UMNO terlalu ampuh dan tidak mencukupi bagi membolehkan mereka menubuhkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum 1999.

"Sebaik keluar penjara, Anwar kata pada saya bahawa KeAdilan cuma boleh mendapat 50 atau 60 peratus undi Melayu kerana orang Melayu cukup kuat dengan UMNO.

"Tetapi kalau kita tarik minat orang Cina dan India, kita boleh dapat sehingga 80 atau 90 peratus sokongan. Oleh itu, kita perlu mainkan sentimen Cina dan India habis-habisan dan tak perlu sebut lagi parti Keadilan berasaskan Melayu," katanya.

Formula Anwar untuk mengetepikan Melayu itu katanya, jelas tepat apabila pembangkang yang diketuainya berjaya merampas lima negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Itulah dia Anwar yang pendiriannya boleh berubah-ubah kerana cita-cita politik. Beliau sememangnya tidak jujur dalam politik," ujarnya.

Kini kata Ezam, pendirian Anwar sekali lagi berubah setelah Raja-raja Melayu, para ulama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mula memberi amaran dan marah terhadap apa yang berlaku.

"Dalam perutusan merdekanya semalam, dikeluarkan pula penegasan agar dipertahankan Perlembagaan serta hak dan kepentingan Melayu-Islam yang termaktub dalam perkara 152 dan 153.

"Semua itu dilakukannya setelah ada raja-raja Melayu yang mula bertitah mengenainya selain amaran daripada para ulama serta NGO Melayu. Itu menunjukkan beliau tiada falsafah dan dasar yang tetap," katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]