Wednesday, September 1, 2010

PARTI POLITIK VS NGO's.

PRU ke 12 telah menjadikan landskap politik Malaysia lebih terbuka dan kompititif. Jelas dengan bertambahnya kerusi pembangkang di Dewan Rakyat serta menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional sejak sekian lama telah memulakan satu era politik yang lebih terbuka. Di Malaysia, menerusi sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang bermula sejak tahun 1957 yang diwarisi dari 'west-minister' telah menjadi amalan. Pembentukan kerajaan pusat dan negeri dilakukan menerusi perlembagaan persekutuan dan negeri iaitu kaedah pilihanraya. Untuk ini sistem parti telah digunapakai untuk mewakili kaum-kaum tertentu. Amalan ini telah lama berjalan walaupun pernah mengalami zaman pasang surutnya. Pembentukan parti-parti politik khususnya Melayu jika diteliti adalah berasal dari pertubuhan-pertubuhan Melayu . UMNO misalnya berasal dari beberapa pertubuhan Melayu yang pelbagai kepentingan disetiap negeri bersatu pada konvensyen Melayu ke tiga untuk mendapat persetujuan bagi membentuk Pertubuhan kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar) dan akhirnya jadi UMNO.

Di Malaysia, pertubuhan-pertubuhan sukarelaatau lebih mesra dipanggil NGO's terlalu banyak dan pelbagai sifatnya. Ada yang menjadi kumpulan pendesak malah tidak kurang juga yang menjadi kumpulan berkepentingan. Dengan kata lain kedua-dua entiti ini mempunyai suara dan peranan masing-masing dari segi organisasi itu sendiri mahu pun penyertaan mereka dari segi politik negara sama ada secara langsung atau tidak. Kini timbul pula satu lagi pertubuhan yang mewakili orang Melayu yang dipanggil PERKASA. Kewujudan PERKASA adalah ekoran dari serangan-serangan yang dibuat oleh parti pembangkang dan rakan sendiri terhadap beberapa kepentingan mengenai kaum Melayu mula tergugat saperti Perkara 153, 152, 181 dan 3.

Kegagalan parti sendiri atau pemimpin secara peribadi untuk mempertahankan serangan dan juga menjaga hati orang Melayu menyebabkan timbulnya PERKASA. Asasnya pertubuhan ini adalah sebuah NGO yang memfokuskan kepada perkara yang berkaitan mengenai Melayu. Desakan dari pemimpin pembangkang demi untuk memastikan kemenangan pada PRU 12 dapat dilangsungkan maka mereka mula mengalih isu dalaman dan kepimpinan parti mereka kepada soal- yang berkaitan dengan Melayu. Hati orang Melayu terusik bila parti yang selama ini diharap dapat menjaga survival Melayu tiba-tiba menjadi dan mengamalkan fobia berdiam diri.

Pada masa yang sama kewujudan dan kehadiran PERKASA sebagai platfrom dan wadah perjuangan orang Melayu mula mendapat perhatian kerana kelantangan , keseriusan serta kerasionalannya dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu dari terus jadi barang dagangan sesetengah pemimpin. PERKASA mula dirapati oleh pelbagai individu dengan pelbagai latarbelakang yang berbeza. Kini keahliannya menjangkau 200,000 ahli.

Persoalan adakah dari NGO's , PERKASA akan memanjangkan sayapnya jadi sebuah pertubuhan politik. Perkara ini bukan mustahil dan pernah terjadi dulu. Kehadiran PERKASA yang bersuara lantang dalam mempertahankan hak-hak Melayu mula mendapat sambutan. Walau pun secara formalnya PERKASA tidak terlibat dalam politik secara terus tetapi dengan beberapa aktiviti mereka secara tidak langsung juga ada kena mengena dengan politik.

Rasional PERKASA jadi pertubuhan politik adalah berpunca daripada kesungguhan mereka dalam mempertahankan hak orang Melayu jelas memerlukan bukan sahaja setakat demontrasi, menghantar memorandum, sidang, konvensyen sahaja malah perlukan 'political will' agar suara hati mereka didengari oleh kepimpinan kerajaan. Apatah lagi kebanyak perkara yang diperjuangkan oleh PERKASA ada kaitannya dengan dewan rakyat atau dewan negara.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]