Monday, September 13, 2010

PRU 13 : BERSEDIAKAH BN JASIN ?

Keputusan PRU 12 2008, bagi kawasan Parlimen Jasin memihak kepada BN. Parlimen dan 5 DUN iaitu Serkam, Merlimau, Sungai Rambai, Rim dimenangi oleh UMNO/BN manakala Bemban menerusi komponen MCA/BN. Walau pun demikian jumlah majoriti undi yang dimenangi merosot jika hnedak dibandingkan dengan PRU 11 2004. Pelbagai analisa boleh dibuat mengenai kemerosotan undi. Yang jelas adalah faktor nasional iaitu tsunami yang dilakukan oleh pengundi dan tidak kurang juga yang mengatakan faktor calon.

PRU 13, tarikhnya belum dapat ditentukan lagi. Semuanya terserah kepada Perdana Menteri untuk buat pembubaran Dewan Rakyat dan diikuti Dewan Undangan Negeri. Ramalan-ramalan yang dibuat oleh pelbagai pihak khususnya pembangkang tahun 2011 sama ada awal, pertengahan atau pun penghujung. Apa pun bila sampai tarikhnya akan berlaku juga pilihanraya. Kali ini dikatakan bahawa keputusan siapa yang akan memenangi PRU adalah ditentukan oleh pengundi muda. tetapi pelik juga daripada berita-berita yang disiarkan ramai pengundi muda yang belum berdaftar sebagai pengundi.

Berbalik kita kepada JASIN. Ada pandangan yang mengatakan bahawa pada PRU 13 nanti, perlu ada perubahan dan pembaharuan jika nak memenangi dan mengekalkan kemenangan. yang pasti jentera parti kena kerja kuat dua kali ganda dari biasa. Bukan sahaja dari segi jumlah atau quantiti tetapi juga qualiti perlu ditingkatkan. Maklum sahajalah nak memenangi hati pengundi muda bukannya senang. Jika diberikan tugas ini kepada orang lama, rasanya belum tentu dapat memenangi hati pengundi muda. Generasi muda lebih terdedah kepada banyak perkara dan berita. Ada masanya mereka membuat keputusan tanpa berfikir panjang dan tidak kurang juga yang buat keputusan di masa terdekat.

Berbalik pula kepada isu yang paling sensitif iaitu calon-calon YB. Memang tak dinafikan bahawa semua YB yang ada sekarang jika diberikan peluang, mereka hendak lagi berkhidmat sebagai YB. Namun apa yang penting dalam landskap politik sekarang bukannya calon yang penting tetapi bagaimana nak mengekalkan kemenangan menjadi perkara pokok. Adakah pengundi muda dapat menerima calon-calon 're-cycle' ini pada PRU 13? Atau adakah kita mempunyai alternatif lain supaya kemenangan dapat dijamin? Yang penting kita tidak perlu mengambil risiko dalam soal calon ini. mungkin ini akan menguris hati YB-YB yang ada sekarang. Belajarlah jadi pengikut dan pemimpin dalam satu masa. baru parti akan kukuh dan berdaya saing.

Walaupun kini gelombang pilihanraya masih belum terasa sapertimana semangat Aidilfitri tetapi ianya perlu digerakkan dan diaktifkan segera. Persediaan yang lewat hanya akan menjadikan parti bertanding untuk kalah. Kini kepanasan politik negara boleh dikatakan berjalan sepanjang tahun kerana peranan pembangkang. Situasi ini diperlukan oleh pembangkang demi memastikan sokongan penyokong mereka berterusan. Kepada Pemuda, Puteri, Wanita rasanya dah bolehlah berjinak-jinak dengan PRU agar dapat menyediakan jentera dan tentera sendiri untuk menghadapi PRU 13. Jentera perlukan pendedah, pendekatan, semangat baru untuk menghadapi gelombang PRU 13.

Tetapi yang sedihnya masih ramai lagi yang 'bermimpikan' pemilihan yang lepas. Jelas memang sukar setiap anggota parti untuk melupakan apa yang telah terjadi pada pemilihan yang lepas. Di sini peranan dan menjadi tanggung jawab kepimpinan yang ada untuk menyelesaikannya. lagi cepat diselesaikan lagi bagus kerana segala tumpuan dan fokus boleh diberikan kepada menghadapi pru akan datang ini.

Kepada komponen pula kenalah buat kerja lebih sikit kali ini. janganlah berharap kepada UMNO sahaja untuk buat kerja. Semua pihak kena buat dan ambil tanggungjawab masing masing. Put your stuff here

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]