Tuesday, September 7, 2010

Timbalan Presiden : Apa rekod Azmin ?

Timbalan Presiden : Apa rekod Azmin ?


Oleh: HELME HANAFI

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan pastikan Naib Presiden ,Azmin Ali menang jawatan Timbalan Presiden parti itu walaupun beliau tidak mempunyai rekod kepimpinan organisasi sama ada politik atau NGO sebelum menyertai PKR, kata Senator Ezam Mohd Nor.

Ini kerana Anwar tidak mempercayai orang lain kecuali Azmin dapat mengemudi PKR mengikut kehendak beliau.

"Kriteria utama seorang pemimpin kanan PKR di mata Anwar sekarang ini adalah kesetiaan kepada dirinya, bukannya kredibiliti atau rekod kerja, organisasi atau kepimpinan seseorang itu," kata Ezam kepada Agendadaily Isnin.

Menurut Ezam, jika dibuat perbandingan mengenai pencapaian dan rekod perkhidmatan secara umum sebagai asas pemilihan Timbalan Presiden PKR maka Azmin tidak layak langsung bertanding jawatan tersebut.

"Siapa Azmin kalau hendak dibandingkan dengan pengalaman dan rekod Tan Sri Khalid Ibrahim, atau Mustapa Kamil Ayub yang pernah menjadi Presiden PKPIM, Zaid Ibrahim bekas menteri kabinet hatta Saifuddin Nasution bekas setiausaha Pemuda UMNO, mereka ini semuanya dari latar belakang yang kuat dan cukup berkemampuan," katanya.

Azmin kata Ezam, hanya dikenali sebagai pemimpin selepas penubuhan PKR dan tidak mempunyai sebarang rekod kepimpinan kecuali ahli biasa Umno dan setiausaha sulit Anwar.

"Ahli-ahli PKR patut tanya Anwar, why Azmin ? Kenapa tidak orang lain, Khalid Ibrahim misalnya, yang lebih layak berbanding Azmin," soal beliau.

Azmin yang juga Naib Presiden PKR disebut-sebut akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden yang bakal dikosongkan oleh penyandang Dr Syed Husin Ali,.

Turut menawar diri adalah Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi PKR Perak, Mustapa Kamil Ayub.

Manakala Khalid Ibrahim masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung kesediaannya bertanding mana-mana jawatan dalam pemilihan kali ini.

Anwar, kata Ezam, cukup tertekan dengan kes liwat yang sedang dihadapinya, dan hanya mempercayai orang-orang yang sudah lulus ujian untuk mengemudi PKR di zaman gelora.

"Azizah dan Azmin dua individu yang sudah diuji oleh Anwar dan lulus, kerana biarpun apa keadaan, mereka tetap setia dan tidak sesekali membocorkan rahsia Anwar,"

"Azmin terutamanya, kesetiaan beliau pada Anwar memang tidak berbelah bagi, dan saya percaya tidak ada lelaki lain yang boleh lawan Azmin dalam bab setia pada Anwar ini," jelas Ezam yang juga bekas Ketua Pemuda PKR dan orang kepercayaan Anwar.

Pemilihan Azmin kata Ezam juga akan membuktikan mengenai teori 3A yang menguasai PKR, iaitu Anwar, Azizah dan Azmin.

Hasrat Azmin untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu bukan sesuatu yang baru.

Beliau pernah mencuba nasib dalam pemilihan PKR 2006, dan menerima pencalonan tertinggi berbanding penyandang Dr Syed Husin Ali pada waktu itu.

Tetapi lepas 'dipujuk' penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin menarik diri walaupun kalau terus bertanding sah-sah beliau menang

Agendadaily

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]