Konsep 1 Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memang sukar untuk 'dijual' di kalangan rakyat Malaysia, malah sebahagian besar pemerhati berpendapat ianya lebih sukar untuk ditelan oleh Umno sendiri - parti pimpinan Najib yang mempunyai seramai 3.6 juta ahli. - Malaysia Kini.
PANDANGAN PENULIS
Sukar ditelan oleh rakyat sebab pembangkang dan mereka yang sekutu dengan nya telah memutarbelitkan tafsiran gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan atas dasar kesamarataan.
Tidak cukup dengan itu, DAP juga melancarkan perang psikologi dengan cuba menarik sokongan orang melayu dengan konsep "Middle Malaysia".
DAP tahu tanpa sokongan orang Melayu, parti ini hanya dapat bertahan di kawasan bandar yang mana kebanyakan kecenderungan pengundi sering bertukar.
Ternyata gagasan yang telah diwar-warkan oleh YAB jelas jika difahami menurut Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan matlamat akhirnya adalah perpaduan maka ianya sudah pasti akan menyebabkan rakyat dan pengundi berfikir semula sebelum menyokong pembangkang.
Inilah inipati yang amat dibimbangi oleh pembangkang dalam usaha mereka untuk memastikan cerita, berita mengenai mereka dalam landskap politik negara terus terus subur.
Kalangan Umno berpendapat bahawa 1Malaysia mencairkan raison d'etre (sebab kewujudan) parti itu - iaitu memperjuangkan agenda Melayu - dan telah meletakkan mereka dalam keadaan yang janggal untuk bercakap sebagai pemimpin nasional dan bukan komunal. |
|
|
|
| |
|
Orang Melayu sebenarnya tidak pernah bersifat dan bersikap janggal kerana keterbukaan minda mereka telah lama diamalkan dengan menerima syarat yang dipersetujui bersama dalam perbincangan mengenai kontrak sosial. Tidak dinafikan mereka memperjuangkan agenda Melayu tetapi jelas mereka juga bersama-sama menjaga kepentingan kaum-kaum lain. Contoh orang Melayu dapat menerima penguasaan ekonomi oleh orang Cina walau pun mereka minoriti. |
|
|
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment