Wednesday, October 20, 2010

BAGAIMANA PULA DENGAN PENGUNDI YANG TIADA PARTI DAN ATAS PAGAR?

KJ tak tolak kemungkinan satu semula dengan PAS
Okt 20, 10 9:25am
 
Mesyuarat agung bagi tiga sayap Umno - Pemuda, Wanita dan Puteri - berlangsung serentak di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Pemuda mengadakan bermesyuarat mereka di Dewan Merdeka, Wanita di Dewan Tun Hussein Onn dan Puteri di Dewan Tun Dr Ismail.

Sebentar lagi, ketiga-tiga sayap akan mendengar ucapan ketua masing-masing.

Berikut laporan langsung:
9.00am Kesemua sayap memulakan mesyuarat mereka.
9.15am PEMUDA Mesyuarat Pemuda memberikan penghargaan sebanyak RM10,000 khas kepada Umno bahagian Silam kerana berjaya membua pertambahan ahli terbanyak.

9.25am PEMUDA Pemuda juga memberikan tokoh silat bertaraf mahaguru Omar Din Mauju anugerah khas kesatria terbilang atas kejayaannya memajukan bidang itu.

WANITA Mesyuarat pergerakan wanita Umno dimulakan dengan penyampaian Anugerah Nadi Negara kepada pelajar cemerlang wanita dari universiti tempatan.

9.38am PEMUDA Pengerusi tetap memulakan mesyuarat dengan mengalu-alukan kehadiran tetamu, antaranya mantan presiden Umno Tun Abdullah Ahmad Badawi.

9.47am PEMUDA Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin memulakan ucapannya berjudul 'Maqasid and Manhaj Perjuangan'.

9.49am PEMUDA Khairy dengan sukacita mengumumkan sayap kanan Umno itu menyumbang anggota baru lebih besar daripada yang dicapai parti induk sendiri iaitu sebanyak 41,663 atau 43 peratus
dariapda pertambahan keseluruhan.

9.54am PEMUDA Khairy berkata pengundi muda boleh menilai antara retorik politik dan servis dan antara wayang tinggi atau politik jujur.

Sehubungan itu, katanya, pendekatan demonstrasi, membuat laporan polis dan mendesak kerajaan menangkap pihak yang tidak sehaluan, walau sesuai dalam konteks tertentu, tidak lagi digemari pengundi muda.

Malah, katanya, dalam keadaan tertentu boleh menyebabkan golongan itu semakin jauh daripada Umno.

10.15am PEMUDA Khairy berkata, orang Melayu perlu mengakui kelemahan yang ada dan membina satu gagasan baru yang boleh melonjak kedudukan Bumiputera kepada satu tahap yang membanggakan.

Katanya, DEB sememangnya membawa pelbagai kejayaan tetapi ia tetap ada kelemahannya.

"Ekuiti Bumiputera telah meningkat jika dibandingkan dengan era pra-DEB tetapi pada era pertumbuhan ekonomi yang paling pesat sekitar tahun 1990-an di mana peluang untuk mengagihkan kekayaan baru tersebut cukup luas, ekuiti Bumiputera telah susut daripada 20.6 peratus pada tahun 1995 kepada 19.1 peratus pada tahun 1999."

"Kita juga menyaksikan peningkatan jurang ketidaksamaan di dalam nisbah pendapatan Bumiputera dan etnik Cina dari nisbah RM1.74 pendapatan etnik Cina bagi setiap RM1 yang orang Melayu ada pada tahun 1990 ke RM1.81 pada tahun 1995," katanya.

10.39am PEMUDA Khairy berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bersatu semula dengan PAS walaupun parti Islam itu didakwa sanggup menolak tangan yang dihulurkan dengan ikhlas "kerana ketaksuban kepada kuasa".

"Tidak ada parti Melayu – baik Umno mahupun PAS – yang boleh mendapat seratus peratus undi Melayu," katanya.

"Di kebanyakan kawasan, perpecahan politik orang Melayu adalah 50 peratus di satu pihak dan 50 peratus di pihak yang lain," katanya.

10.52am PEMUDA Khairy selesai memberikan ucapan. Pemuda Umno kini memilih 10 anggota pergerakan itu sebagai wakil ke mesyuarat agung Umno esok. Mesyuarat berhenti rehat seketika.

PANDANGAN PENULIS : Semua telah tahu bahawa PAS telah menolak pelawaan UMNO untuk bersama-sama dalam BN. Mungkin kerana PAS lebih percayakan rakan mereka dalam PR. Malah dalam muzakarah PAS sendiri hasil persidangan / muktamar telah menolak. Di luar sana masih ramai lagi pengundi yang tidak menyertai apa-apa parti dan tidak ketinggalan pengundi atas pagar yang perlu didekati dan dijelaskan hala tuju UMNO/BN dalam politik negara..... 

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]