Malaysian Insider : Berani mengendap forum orang Melayu saja ke ? Saya bukan kaki menulis surat pembaca dalam mana-mana suratkhabar.Namun kali ini saya terasa agak mendidih sikit melihat tentang pendedahan gelagat wartawan The Malaysian Insider yang menyamar masuk ke dalam majlis taklimat tertutup Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra. Mungkin kalau tanpa gambar-gambar wartawan gadis berbangsa Cina Boo Su-Lyn memakai selendang duduk dalam majlis yang disiar bersama pendedahan ini saya sendiri tidak boleh dapat bayangkan situasinya. Senang cakap bagi saya ini pertanda bagaimana bersungguh-sungguhnya misi laman portal internet itu hendak cari salah orang Melayu untuk membangkitkan kemarahan kaum lain di negara ini. Apa lagi kesimpulan yang dapat kita buat melihat pada wajah gadis Cina yang sanggup berselendang sampai berani menceroboh masuk satu majlis taklimat tertutup sebuah parti politik mengunakan paspot wartawan. Saya turut terpanggil untuk bertanya The Malaysian Insider kenapa saudara saudari tidak galak atau mungkin tidak berani nak mengintip apa yang dibincang dalam taklimat atau pertemuan tertutup parti atau persatuan kaum lain. Kalau nak tunjuk hebat sangat kononnya nak buat investigative journalism bukankah itu juga atas dasar kebebasan media dan etika laporan yang seimbang. Kita juga kebelakangan ini melihat banyak fokus diberi kepada kenyataan-kenyataan terpencil berbau rasis yang dibuat seperti kes gurubesar di Johor dan Kedah. Bagi saya kalau kita bersikap lebih rasional dimana-mana negara sekalipun kita tidak boleh mengelak ada individu yang terdorong sendiri-sendiri nak bercakap hal-hal yang tak sepatutnya samaada secara tertutup atau dikhalayak ramai. Masalahnya di sini saya lihat ada usaha untuk mencanai bagi mengambarkan macam seluruh jentera kerajaan dan kerajaan hari ini anti kaum-kaum lain menerusi insiden-insiden terpencil begini. Kita tahu apa yang tersirat disebalik semua ini tidak lain tidak bukan untuk mengambarkan konsep 1 Malaysia gagal dan cakap kosong. Kalau kita rajin melayari internet dan baca laman web dan blog-blog terasa macam suasana mengelegak sepanjang masa dengan isu seolah Melayu anti Cina dan Cina anti Melayu. Ironinya di luar sana dalam kehidupan harian di bandar dan kampong dimana-mana kita lihat orang Melayu boleh duduk semeja di kedai kopi dengan orang Cina atau India tanpa masalah. Bagi saya api begini jangan disemarakan.Jika terbakar seluruh rakyat yang cintakan kedamaian yang kita kecapi selama ini akan turut terbakar. Saudara saudari di The Malaysian Insider sendiri pasti tidak dapat bertugas dengan tenang dalam keadaan negara yang huru hara dan kehidupan anak isteri dan saudara mara sentiasa dalam ketakutan. Kita selalu takes thing for granted keamanan dan kedamaian yang ada sekarang kerana mungkin merasa ia bagai bulan jatuh ke riba begitu sahaja. Dalam rangka tugas dalam karier saya dalam bidang swasta saya berpeluang tinggal dan merasai suasana di beberapa buah negara yang tidak aman walaupun mereka sebangsa tetapi berlainan ideloji politik. Inikan pula Malaysia yang berbilang kaum. Polimek mesti atas batasnya. Boo Su Lyn dan The Malaysian Insider galak sangat nak mengendap forum dan taklimat tertutup orang Melayu. Apakah anda merasa bangga dapat menulis satu laporan sensasi penceramah BTN kata Cina 'si sepet mata dan India 'si kaki botol' dan balik rumah tidor nyenyak mengelupur kegembiraan. Apa jadi nanti wartawan gadis Melayu mana pula bercongsam atau bersari pula menceroboh forum orang Cina dan India untuk cari salah dan fokus pada kata-kata unsur perkauman tanpa peduli apa yang baik mungkin baik dibincang di situ. Dimana akhirnya? Tolong jangan jadi bodoh tak boleh diajar. Puteri UMNO kata Su-Lyn kurang ajar menyamar...buat laporan polis Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, membuat laporan polis berhubung tulisan berbentuk manipulasi yang ditulis oleh wartawan Malaysian Insider, Boo Su-Lyn. Menurut Ketua Penerangannya, Nordiana Shafie, apa yang dinyatakan oleh Su-Lyn dalam tulisannya hanya petikan sebahagian daripada ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin “Wartawan tersebut sengaja memanipulasikannya untuk membangkitkan kononnya UMNO adalah parti perkauman,” katanya seperti dilapor UMNO-Online.com Beliau berkata demikian selepas mengiringi Exconya Seriwani Sabtu membuat laporan polis berhubung hal terbabit di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur,Jumaat. “Mereka tidak beretika, tidak tahu menghormati majlis yang diadakan, dan melakukan sesuatu yang tidak wajar sebagai seorang wartawan,” jelasnya. Dakwa Nordiana, sesi ceramah yang diadakan adalah tertutup dan pengumuman telah pun dilakukan bagi meminta pihak media keluar dari dalam dewan semasa program Dialog Bersama Negarawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Isnin lalu. “Kita buat laporan polis kerana kita menafikan dakwaan yang ditulis oleh wartawan tersebut malahan semua ahli-ahli pergerakan Puteri yang hadir dalam majlis tersebut bersedia untuk menjadi saksi,” tegasnya. Terang Nordiana lagi, semasa majlis tersebut berlangsung, wartawan tersebut telah berlegar-legar di sekitar dewan tetapi telah diminta keluar oleh urus setia apabila menyedari kelibat beliau. “Lebih teruk lagi, penghinaan dilakukan apabila Su-Lyn turut menyamar dengan memakai tudung dan menyelinap masik ke dalam majlis. Bukankah itu satu perbuatan yang kurang ajar,” tegasnya lagi. Program sehari yang yang berlangsung Isnin lalu dihadiri 1,200 ahli pergerakan itu turut melibatkan sesi ceramah tertutup yang disampaikan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affendi dan dialog bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.-1/10/2010 Ini baru betoi…The Malaysian ‘Insider’...always inside maaa Hebat betoi amoi ni.Namanya Boo Su-Lyn.Wartawan The Malaysian Insider .Sekali imbas macam ahli Puteri UMNO.Berkelumbung pulak you. Mungkin dia baru ambil short course dari spy leman mana tah dan nak test power cara nak menyusup masuk diam-diam ke majlis taklimat tertutup orang untuk bikin kecoh satu negara. Bagi yang belum tahu dialah yang duduk dalam majlis taklimat tertutup Puteri UMNO di PWTC dan melaporkan tentang 'si sepet mata dan 'si kaki botol'. Bila ada lebih waktu lapang elok juga The Malaysian Insider timbang-timbang idea buat pembedahan plastik pada Boo agar rupa dia jadi seiras Menteri Pelancongan Datuk Dr Ng Yen Yen supaya boleh menyusup dan dengar perbincangan dalam mesyuarat kabinet di Jabatan Perdana Menteri pada setiap hari Rabu. Itu lagi meletop beb kalau boleh report .Gerenti dapat Anugerah Kajai. Atau tukar rupa macam YB Teresa Kok untuk masuk mesyuarat DAP. Rasanya kalau makeup lebih sikit boleh jadi Dr Lo Lo untuk pasang telinga mesyuarat PAS. Nurul Izzah punya wajah pun senang ditiru untuk masuk mesyuarat PKR. Duduk dalam dengar dan buat laporan live .Tak gitu. Nasib baik macam kes Puteri UMNO ni...dia boleh relaks buat sardin. Kalau main redah gitu buat muka seposen kat mesyuarat atau taklimat tertutup parti atau persatuan lain belum ada jaminan dia boleh relaks jalan keluar masuk lenggang lenggok Mak Limah. Silap haribulan ada yang panas baran bagi penampar pasai tak reti bahasa. Kalau itu macam punya kes...NUJ pun tak boleh tolong cik adik... sendiri trespassing majlis orang...sendiri mau ingat. Kawan dengar ramai kawan-kawan budak press yang bengang habis dengan kes laporan The Malaysian Insider pasal isu Timbalan Pengarah BTN, Hamim Husin pada majlis taklimat tertutup babitkan Puteri UMNO pada Isnin lalu. Kalau kena gayanya sapa pun tak ambil pot. Ekoran laporan Boo timbul hu ha sakan dimana beliau didakwa menghina melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'. Bab Hamin didakwa cakap rasis adalah satu hal lain.Tapi bagi kalangan rakan wartawan isu yang besar di sini ialah isu etika kewartawanan. Ini etika jenis tok nenek sapa yang ajar boleh main ‘ intip’ berlakon duduk dalam majlis tertutup orang gitu. Semua wartawan kecil besar tua muda tahu adab dan sopan serta undang-undang tak bertulis kalau majlis taklimat tertutup itu ‘ no coverage ’.TITIK. Seorang wartawan veteran terdengar kata ‘ bullshit punya kerja ….kalau gila nak dapat story eksklusif pun…ini bukan caranyalah.’ Memang kadang-kadang susah nak bergaduh sesama rakan wartawan tak kira dari media apapun. Sebabnya ada masa kita pun silap juga. Cuma dalam bab ini bukan silap namanya.Memang clear buat kerja bodoh nak pekena orang. Mungkin juga The Malaysian Insider nak perkenal budaya reporting baru.Main langgar aje majlis tertutup orang. Bos-bos di The Malaysian Insider pun ada yang seangkatan dengan Kawan.Hairan juga dalam kes ni depa boleh jadi ‘terlalu pandai’. Baguslah kalau itu caranya nak kejar jadi top website satu Malaya.Main hentam saja bro. Cuma sayang sikit kena jadi macam budak darjah satu yang tak faham kalau dalam majlis taklimat tertutup tu ‘ macam-macam hal akan dicakap dan londeh telanjang bulat’. Sapa pun tak payah nak temberang tentang bab-bab macam ni. Mana tau mungkin Boo boleh terkencing dalam skirt dia kalau dia berpeluang jadi spy duduk dengar ‘ macam-macam’ depa cakap dalam mesyuarat tertutup DAP ke atau mana-mana persatuan Cina ke. Ini biasalah dalam dunia ini. Kalau bab nak mengena orang macam kes ini…macam-macam orang lagi boleh kena tak tentu pasal… Kawan bukan tak faham-faham ini semua kerja-kerja nak kipas baikkkkkk punya bagi orang Cina dan India marah kat orang Melayu. Kita bukan baru hidup sehari bro. Kawan: pun nak tumpang semangkuk kata ‘bullshit’ le Pegawai BTN buat laporan polis terhadap Malaysian Insider dan wartawan Selepas seminggu hu ha , Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husain membuat laporan polis terhadap portal berita The Malaysian Insider dan seorang wartawannya kerana menceroboh majlis taklimat tertutup hujung minggu lalu. Hamim membuat laporan itu di balai polis Sentul pada Isnin. Sebelum ini, media melaporkan wartawan portal berita itu, Boo Su-Lyn (gambar) menyamar sebagai ahli Puteri UMNO (siap berselendang) untuk merakam perbualan dalam satu majlis tertutup yang kemudiannya menulis Hamim menggunakan istilah ''si sepet dan kaki botol' terhadap kaum tertentu di negara ini. Berikutan itu banyak pihak mempertikaikan etika kewartawanan yang diamalkan oleh The Malaysian Insider. Hamim dalam laporannya mendakwa ucapan beliau disalah tafsir oleh wartawan tersebut- 4/10/2010 INI PADA 19 HINGGA 23 OKTOBER 2010 TAK MAHU .............KE ? |
Friday, October 15, 2010
Berani mengendap ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment