Beri bonus kepada penjawat awam produktif - wakil rakyat 18/10/2010 7:30pm KUALA LUMPUR 18 Okt. - Beberapa anggota Parlimen hari ini percaya kerajaan akan mempertimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada masa depan jika mereka sentiasa cemerlang dan produktif dalam melaksanakan tugas. Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, ini kerana kerajaan memberi jaminan akan melihat kepentingan penjawat awam apabila mereka melipatgandakan usaha masing-masing. "Semua penjawat awam perlu melaksanakan tugas dengan amanah dan bertanggung jawab. Dengan adanya timbal balas, saya yakin bahawa orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa,” katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat di sini. Sabtu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberi bonus sebulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia melibatkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion. Najib berkata, pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar. - Bernama/td> |
Monday, October 18, 2010
BONUS : Beri bonus kepada penjawat awam produktif - wakil rakyat
Label:
BONUS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment