Tuesday, October 12, 2010

EKSEKUTIF VS LEGISLATIF.

Pilihlah ketua jabatan kerajaan berintegriti tinggi

Pada penghujung tahun ini, dijangkakan banyak berlaku peralihan kuasa baik di peringkat kementerian mahupun di jabatan kerajaan. Ada beberapa pegawai tertinggi kanan kerajaan, ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ketua-ketua jabatan yang baru akan dilantik bagi menggantikan pegawai yang telah bersara.

Maka berpeluanglah bagi pegawai-pegawai kanan yang masih dalam perkhidmatan dan yang menunggu kenaikan pangkat untuk dilantik mengisi kekosongan.

Setiap ketua pengarah walau di mana jua diletakkan dan diamanahkan oleh kerajaan, mereka harus mempunyai integriti yang paling tinggi dan beramanah, agar pegawai-pegawai bawahan akan lebih 'menghormati ketuanya'.

Sikap taat setia dan tidak memburuk-burukkan Kerajaan Pusat serta menghormati kepimpinan tertinggi negara amat dititikberatkan dan haruslah menjadi amalan setiap ketua-ketua pengarah atau ketua jabatan dan juga semua pegawai kerajaan. Surat akur janji yang telah ditanda tangani diawal perkhidmatan juga harus dipatuhi isi kandungannya.

Oleh yang sedemikian, Perdana Menteri atau Menteri yang memimpin sesebuah kementerian yang diamanahkan untuk mencadangkan nama-nama bagi jawatan ketua pengarah yang baru haruslah meneliti dengan baik agar tidak tersalah pilih calon. Rakyat amat bimbang jika ketua pengarah atau ketua jabatan yang baru itu mungkin akan merosakkan nama baik kerajaan. Pilihlah yang benar-benar layak di antara yang paling layak.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]