Sunday, October 10, 2010

Jika nak menang PRU 13.... Pemimpin UMNO Kedah ...ayuh bangkitlah

Pemimpin UMNO Kedah Perlu Lebih Agresif – Shafie Apdal

JITRA 9 Okt. – Pemimpin Umno Kedah, terutama di peringkat akar umbi, perlu lebih agresif dalam memperjuangkan isu rakyat dan yang berkaitan kerajaan negeri bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno serta Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pemimpin parti di peringkat negeri perlu meningkatkan usaha dalam mengetengahkan isu membabitkan kepentingan rakyat seperti tarif air yang dinaikkan mulai 1 Oktober lepas.

Katanya, terdapat banyak isu yang boleh diperjuangkan di Kedah terutama berkaitan kepimpinan kerajaan negeri ketika ini yang diterajui PAS.

Beliau berkata walaupun Umno Kedah menunjukkan peningkatan daripada segi persepakatan berbanding di peringkat awal selepas kalah pada Pilihan Raya Umum 2008, masih banyak perkara yang perlu dilakukan.

“Sekarang jangan lagi pertikaikan tentang orang itu dan orang ini. Fikirkan tentang perjuangan asal untuk mengambil semula tampuk pemerintahan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Kedah di sini, Sabtu.

Mohd Shafie yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kedah berkata, untuk merampas semula kerajaan negeri, pemimpin Umno perlu kembali kepada tonggak utamanya, iaitu perpaduan.

PANDANGAN PENULIS : Adakah ini menandakan bahawa kepimpinan UMNO Kedah perlu disuntik dengan kepimpinan muda yang bukan sahaja mempunyai tenaga fizikal tetapi juga kaya dengan idea-idea dan pendekatan mesra rakyat dan pengundi agar harapan untuk merampas semula Kedah pada PRU 13 akan jadi kenyataan. Apa pun terima kasih pada Pengerusi Perhubungan yang dapat menuatukan semula kepimpinan UMNO Kedah.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Umno negeri akan menyumbang kira-kira RM100,000 sebagai bantuan pendidikan kepada semua bahagian di negeri itu untuk disalurkan kepada sekolah yang memerlukan.

“Bahagian-bahagian akan mengenal pasti sekolah-sekolah itu dalam masa terdekat ini. Saya minta jawatankuasa bahagian memperincikan bentuk bantuan pendidikan yang diperlukan.

“Bantuan pendidikan yang kita beri bukanlah dalam bentuk wang sahaja…ia boleh jadi barangan,” katanya.

Ahli Pas Kedah Demonstrasi Desak MB Batal Kenaikan Tarif Air

ALOR SETAR 10 Okt. – Kira-kira 30 anggota PAS hari ini mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah bagi membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang bermula 1 Okt lepas.

Katanya dalam manifesto pilihan raya umum ke-12 lalu, PAS berjanji akan menjaga kebajikan rakyat dengan menurunkan caj air dan meningkatkan kualiti bekalan air di negeri ini namun ia tidak ditunaikan oleh Azizan

SUMBER :UMNO ONLINE

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]