Sunday, October 10, 2010

Kecam Sultan: Bukti Hindraf Kumpulan Pelampau

Saturday, October 9, 2010

Kecam Sultan: Bukti Hindraf Kumpulan Pelampau

7 Oktober 2010, Waythamoorthy berkata “He (Sultan Johor) has tainted the doctrine of separation of powers and parliamentary democracy,” dalam laman Free Malaysia Today. Laman yang mendakwa adil dan bebas itu memuatkan kata-kata seorang pemimpin Hindraf yang bersembunyi di London tetapi hendak bercakap soal kebebasan di Malaysia. Menghina Sultan Johor kerana sultan mempertahankan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu tindakan yang amat biadap dan kurang ajar.

Waythamoorthy harus dilucutkan jawatan sebagai warganegara Malaysia kerana menghina institusi raja di Malaysia. Mengapa Waythamoorthy tidak bercakap soal hak asasi bila seorang peguam Hindraf dipercayai suspek utama pembunuhan Sosilawati? Hindraf tidak bercakap soal kesaksamaan bila 23 orang keluarga di Kampung Buah Pala dizalimi oleh DAP. Hindraf hanya digunakan oleh beberapa orang pemimpin PKR yang sibuk berkempen dalam pemilihan untuk menutup kes pergaduhan dan pergeseran besar yang berlaku dalam PKR. Antara kem Sivarasa Rasiah (team Azmin Ali) dengan kem Gobalakrishnan (team Zaid Ibrahim). Sampaikan S.Kotappan ditumbuk oleh Xavier Jayakumar (team Azmin). Hak asasi apakah kalau sudah jadi macam ini?

T. Murugiah selaku senator yang dilantik sebagai Timbalan Menteri untuk menjaga Biro Pengaduan Awam perlu bertindak tegas atas kebiadapan yang peguam Hindraf ini. Jika T.Murugiah memilih bulu untuk bertindak tegas terhadap Waythamoorthy, Murugiah tidak perlu disambung lagi sebagai Senator. Elok berikan peluang tersebut kepada mereka yang berminat untuk melakukan kerja untuk rakyat bukan mencari populariti sebelum tempoh Senator habis. Beranikah Murugiah bertindak ke atas Hindraf?

Hindraf Bayangan Sebenar Perjuangan DAP?

Sudah banyak yang diperkatakan tentang agenda tersembunyi DAP untuk melenyapkan kuasa raja melayu di negara ini dan menjadikan Malaysia sebuah republik sama seperti negeri mentor Penasihatnya, Singapura. Walaupun hanya cakap-cakap politik tetapi tindakan-tindakan tidak patriotik pemimpin DAP menunjukkan kebenaran cakap-cakap itu. Sebagai contoh, tercatat di dalam sejarah negara ini dimana kejadian seorang rakyat asal pendatang cuba menyaman DYMM Yang Di Pertuan Agung (1986) dan Sultan Perak (2009) melainkan seseorang dari dalam Parti DAP. Disebalik tuduhan-tuduhan oleh pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang kononnya UMNO mengamalkan perkauman yang menindas bangsa minoriti di Malaysia, DAP sendiri mencalonkan seorang pemimpin pertubuhan perkauman ekstrim HINDRAF, dalam pilihanraya umum 2008 di Kota ALam Shah Selangor bernama M. Manoharan semasa dia masih lagi berada dalam tahanan ISA di Kamunting. Takdir menentukan Manoharan menang dan sekarang bergelar seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Secara automatik, pencalonan Manoharan secara langsung menjadi bukti bahawa DAP menyokong HINDRAF dan perjuangannya. Pencalonan Manoharan menunjukkan bahawa DAP sememangnya menyokong sikap perkauman ekstrim yang kini sering dituduhnya berlaku di dalam UMNO. Jadi tidak sukar untuk kita mengatakan disini juga bahawa apabila Pengerusi Hindraf yang kini hidup dalam buangan di London P Waythamoorthy mempertikaikan institusi beraja di Malaysia, DAP juga turut sama menyokong pendirian P Waythamoorthy itu.

Selain Manoharan, seorang lagi pemimpin utama HINDRAF, V Ganabatirau juga meneruskan kerjaya politiknya diatas platform DAP.

Tulisan P Waythamoorthy yang disiarkan di dalam blog Hindraf itu dipetik oleh seorang wartawan India portal berita internet Free Malaysia Today (FMT) bernama Anti Shankar dan disiarkan pada 7hb Oktober 2010 lepas disini. Tulisan P Waythamoorthy adalah sebagai respon kepada peringatan DYMM Sultan Johor yang mengingatkan pihak-pihak tertentu dalam negara supaya tidak mempertikaikan Perlembagaan Malaysia dan institusi beraja yang disiarkan hampir seluruh media utama di Malaysia sehari sebelumnya. Tulisan P Waythamoorthy yang penuh hasutan ini tidak sepatutnya disiarkan kerana secara jelas ia tidak bertanggungjawab dan berlawanan dengan prinsip perlembagaan. Tapi memandangkan dunia tanpa sempadan hari ini dan P Waythamoorthy juga berada di London, maka amat sukarlah untuk kerajaan Malaysia mengambil tindakan ke atasnya.

Bagaimanapun, kerajaan tidak boleh berdiam diri dan berharap rakyat akan melupakan sikap kurang ajar P Waythamoorthy dan pertubuhan yang diketuainya HINDRAF. Selagi tiada tindakan berkesan dikenakan ke atas P Waythamoorthy dan HINDRAF, selagi itulah rasa tidak puas hati antara kaum akan semakin semarak di negara ini. Pengharaman HINDRAF nampaknya tidak mempunya kesan dan nama itu masih terus disebut-sebut sehingga hari ini seolah-olahnya tidak ada apa-apa yang berlaku ke atasnya. Sekurang-kurangnya kerakyatannya P. Waythamoorthy perlu dilucutkan dan tindakan segera perlu diambil ke atas wartawan dan portal Free Malaysia Today yang menyiarkan berita tersebut.

Kerajaan juga digesa agar tidak takut mengambil tindakan dibawah ISA ke atas pihak-pihak yang cuba mencetuskan ketegangan kaum di negara kita, dalam hal ini wartawan dan pemilik FMT. Kita tidak bercakap tentang P Waythamoorthy sahaja tetapi sesiapa jugalah, tidak kira apa bangsa sekalipun. Jika kerajaan takut menggunakan ISA, maka hapuskan sajalah undang-undang itu. Rakyat bukan marah kerajaan menggunakan ISA tetapi rakyat mahu lihat keadilan di dalam perlaksanaan hukuman tersebut. Seperti dalam Operasi Lalang 1987, walaupun banyak pihak tidak berpuas hati terhadapnya, tapi tidak ada yang mempertikaikan keadilan yang ditunjukkan dalam perlaksanaan operasi tersebut kerana semua pihak yang menimbulkan isu perkauman tidak kira dari DAP, UMNO dan PAS, semunya diambil tindakan.

Satu siasatan menyeluruh juga perlu dijalankan bagi mencari siapakah yang menyumbang dana sehingga membolehkan P Waythamoorthy hidup dengan senang lenang di London. Kita semua tahu ada parti pembangkang tertentu yang menaja kehidupan Raja Petra Kamarudin dan P Balakrishnan di London atas penglibatan mereka dalam kes fitnah pembunuhan wanita Mongolia Altantunya ke atas Perdana Menteri, dan apakah P Waythamoorthy juga ditaja oleh pihak yang sama? Hari ini dengan penguasaan dan kawalan ke atas dana kerajaan-kerajaan negeri yang berjaya dirampas daripada Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang lalu, perkara ini tidaklah mustahil berlaku.

Institusi beraja dan orang melayu mempunyai hubungan yang rapat dan sistem yang telah membentuk konsep pemerintahan kerajaan Malaysia hari ini. Raja-raja dan orang melayu di Malaysia telah bekorban apabila membenarkan kewarganegaraan di anugerahkan kepada hampir sejuta warga negara asing semasa kemerdekaan dahulu dan tidak sepatutnya pengorbanan itu dibalas dengan penghinaan yang sedemikan rupa hari ini. Jika di Thailand, seseorang boleh dipenjarakan hanya kerana mengkritik status kesihatan Raja Bhumibol Adulyadej, perkara yang sama juga boleh dilakukan di Malaysia, apatah lagi yang dipertikaikan sekarang ialah kuasa dan kedudukkan Raja tersebut. Akta Hasutan perlu dilihat semula agar tidak memberi peluang kepada para manipulator undang-undang di negara kita daripada memanipulasinya untuk mengelakkan diri daripada di hukum.

Sekarang terdedahla maksud perjuangan HINDRAF yang sebenarnya bertujuan kepada menjatuhkan pemimpin melayu dan institusi beraja di Malaysia. Perjuangan membela nasib orang India yang kononnya terpinggir oleh dasar kerajaan BN di negara ini hanyalah alasan semata-mata kerana kita semua tahu kaum India hari ini sudah banyak berubah berbeza ketika zaman awal kemerdekaan dahulu. Disamping jumlah mereka yang kecil, hak mengadakan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil dan hak beragama, tidak pernah dilupakan kerajaan BN. Kalau kita lihat Majlis Peguam hari ini, majoriti yang menguasai barisan kepimpinannya adalah terdiri daripada bangsa india juga, apakah sekira wujudnya penindasan, mereka mampu berada dikedudukkan sekarang. Ya, kita akui masih ada masyarakat India yang mendiami estet-estet, tapi itu adalah pilihan mereka dan faktor kerja yang mereka warisi sejak zaman berzaman daripada generasi terdahulu, bukan kerana penindasan oleh kerajaan BN.

Kita yakin, ini bukan tulisan terakhir ditulis P Waythamoorthy yang mencabar perlembagaan Malaysia dan institusi beraja. Penentangan P Waythamoorthy dan HINDRAF ke atas PERKASA yang turut disebut dalam entri yang sama sebenarnya adalah sama dengan majoriti parti-parti utama pembangkang di Malaysia tidak terkecuali DAP, kebetulan? Kita hairan, kenapa perjuangan PERKASA yang masih di dalam ruang lingkup perlembagaan Malaysia itu menjadi tentangan DAP sedangkan perjuangan ekstrim HINDRAF yang jelas perkauman dan tidak mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan, mendapat sokongan DAP seperti ditunjuk dengan pencalonan Manoharan?



No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]