Minda Pengarang: Model Politik Baru tidak ketepi roh perjuangan UMNO 2010/10/18 APABILA Datuk Seri Najib Razak, bercakap soal Model Politik Baru (MPB) bermakna Presiden UMNO itu bercakap soal satu gagasan baru yang besar. Sebagai acara paling menjadi tumpuan minggu ini, beliau pasti akan menjelmakan pemikiran itu melalui wadah dan landasan parti iaitu Perhimpunan Agung UMNO Ke-61, mulai Khamis hingga Sabtu ini. Najib yang memulakan gerak kerja era kepemimpinannya dengan program transformasi kerajaan dan kemudian menggariskan Model Baru Ekonomi (MBE), ternyata mendahului pemikiran kalangan pemimpin di kebanyakan negara. Beliau adalah pemimpin sebuah parti dan kerajaan pertama di dunia yang menyuarakan soal model baru politik ketika pemimpin lain taksub dengan pegangan dan pendapat bahawa sistem politik sedia ada tidak lagi boleh diubah. Pemimpin politik Barat juga tidak pernah bercakap soal itu kerana berpendapat sistem politik yang ada masih relevan. Barat masih kekal dengan sistem politik yang mereka amalkan sejak ratusan tahun lalu dan ia adalah penggabungan sistem dalam politik dan kerajaan. Di sini, Najib memperlihatkan keupayaan menyelami perasaan dan mendasari permasalahan mahupun cabaran dengan mengutarakan ‘projek transformasi’ kerana mungkin berpendapat, tidak ada perkara tidak boleh diubah melainkan al-Quran. Sistem politik hari ini dibentuk oleh Barat yang mengambil kira pemikiran politik ketika itu. Sistem politik tidak boleh disamakan dengan sistem perundangan, sistem perekonomian, sistem kebudayaan mahupun sistem sosial lain. Barat memperkukuhkan sistem politik sekarang juga difahamkan selepas mengambil jalan tengah antara komunisme dan fascisme. Apapun, MPB yang hendak diketengahkan oleh Najib tidak semestinya mengubah struktur tetapi dari segi pemikiran, pendekatan mahupun cara tindakan. Click Here Pemikiran jumud dan taksub politik tidak perlu wujud lagi kerana ia tidak memperlihatkan tuntutan semasa khalayak tetapi tembok yang dicipta oleh pemimpin itu untuk mempertahankan kedudukan politiknya. Melihat kepada senario dan landskap politik di rantau ini khasnya di Negara Dunia Ketiga, setiap negara sewajarnya mula memikirkan corak baru politik bagi menghadapi cabaran akan datang. Najib melihat keperluan dan tuntutan itu lantas mengambil pendekatan awal ini mungkin kerana memikirkan transformasi negara dan ekonomi yang perlu seiring dengan perubahan politik bagi melancarkan pelaksanaannya dan rakyat menikmati kesannya. MPB ternyata seiring dengan MBE yang berasaskan roh Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dan, kita mengharapkan MPB juga mengekalkan roh perjuangan UMNO sekarang yang disejajarkan dengan dinamika serta tuntutan orde mahupun khalayak semasa. Ringkas dan secara logiknya ialah perubahan ekonomi memerlukan perubahan politik. Sebagai sebuah negara berbilang kaum, Najib bukan saja akan diingati sebagai memperkenalkan sebuah model politik baru bagi Malaysia tetapi sebagai model politik di negara pelbagai kaum lain dan dunia. Ia juga akan menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang mendahului parti lain yang bergerak ke arah perubahan radikal. Bagaimanapun, model baru politik yang akan diperkenalkan, tidak lekang daripada sensitivitinya tersendiri. Pelbagai pendapat, persepsi dan kritik politik akan wujud. Seperti sukarnya untuk mengubah pemikiran politik masyarakat Malaysia, sudah tentulah anjakan politik yang akan dibawa ini memerlukan tugas mendidik bermula daripada ahli dan pemimpin UMNO kemudian dikembangkan secara lebih meluas kepada rakyat. Parti politik dengan perjuangan dan pendapat masing-masing. Apabila model baru politik ini dilaksanakan dan jika diterima rakyat, parti mereka mungkin tidak lagi relevan. Kita menganggap Najib sebagai pemimpin yang berani melakukan perubahan besar – dari pendekatan baru ekonomi kepada politik. |
Monday, October 18, 2010
KEMBALIKAN ROH PERJUANGAN UMNO.
Label:
UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment