Saturday, October 2, 2010

KERAJAAN VS RAKYAT

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Akan Tunduk Kepada Usaha UMNO Mengganggu-gugat Program Penghargaan Warga Emas Sebanyak RM100 Setiap Tahun.

Rakyat Pulau Pinang tidak akan terima duit Program Penghargaan Warga Emas sebanyak RM 100 setiap tahun.

Wang ihsan: Pemuda Pulau Pinang demo di lapangan terbang
October 03, 2010

GEORGE TOWN, 3 Okt — Kepulangan Ketua Menteri Lim Guan Eng dari Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas malam tadi disambut dengan tunjuk perasaan oleh kira-kira 100 orang belia, sebagai membantah pemberian wang ihsan kepada warga emas di negeri itu yang dikatakan dari hasil judi.

Kumpulan berkenaan menggelarkan diri mereka sebagai Pemuda Pulau Pinang.

Mereka membawa kain rentang dan poster sambil melaungkan “Guan Eng Penipu”.

Sebelum ini dilaporkan para penerima wang bantuan tersebut telah bertindak memulangkan semula wang berkenaan.

Lim difahamkan membuat lawatan kerja ke Adelaide, Australia bermula 27 September lalu dan pulang ke Pulau Pinang menerusi Lapangan Terbang Changi, Singapura. — Bernama

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]