Saturday, October 9, 2010

KINI TIBA MASANYA UNTUK PARTI GERAKAN PULA ?

Kita bukan gila jawatan, kata ketua Puteri Umno
Joseph Sipalan
Okt 8, 10
6:37pm
Kongsi 22
Puteri Umno berang dengan kenyataan setiausaha agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menganggap pergerakan itu dan Pemuda Umno seperti tidak bermaya dan ahli mereka hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata beliau sedih dengan kenyataan itu dan akan menimbulkan rasa tidak puas hati mereka pada mesyuarat majlis tertinggi Umno yang akan datang.

Katanya, adalah tidak adil bagi Tengku Adnan membuat kenyataan umum seumpama itu sedangkan hakikatnya ahli Pemuda dan Puteri melakukan apa yang terdaya mereka untuk parti dan kerajaan.

"Ramai di akar umbi bertungkus lumus siang dan malam, membantu parti dan kerajaan, antaranya menjalankan aktiviti politik. Pemuda mempunyai 700,000 ahli manakala Puteri pula mempunyai sekitar 340,000.

"Mustahil semua mereka yang memilih Umno dan BN mementingkan jawatan,” kata Rosmah pada jamuan hari Raya yang dianjurkan bersama oleh Wanita Umno, Pemuda dan puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra, di Kuala Lumpur.

Berita Harian hari ini melaporkan bahawa Tengku Adnan, sedih dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi.

Katanya, masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan.

“Saya sangat sedih dengan Pemuda, mereka ini tidak faham mengenai perjuangan parti kerana mereka tidak datang daripada bawah.

“Mereka ingat apabila sudah mendapat jawatan dalam parti, mereka boleh mendapat tempat dalam kerajaan. Mereka ghairah untuk mendapat jawatan.

“Begitu juga dengan Puteri yang menghadapi masalah sama,” kata setiausaha agung Umno itu.

Menurut Rosnah, yang juga adalah timbalan menteri kesihatan, kenyataan Tengku Adnan (atas, kanan) itu pasti akan melunturkan semangat kedua-dua sayap Umno berkenaan.

"Saya kenali beberapa pemimpin Puteri yang kehilangan jawatan kerajaan mereka kerana perjuangan parti, malah ada yang meninggalkan keluarga mereka untuk tempoh yang lama,” katanya.

Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pula mengambil pendirian diplomatik berhubung perkara berkenaan.

"Kami terima sebarang maklumbalas, tetapi berikan butirannya. Jangan buat kenyataan umum kerana ia tidak membabitkan semua orang.

"Tiada apa untuk (Tengku Adnan) memohon maaf.

"Kita tidak akan berperang terhadap satu sama lain. Apa gunanya? Kita berbincang secara keluarga, dan saya tidak akan membaling kerusi seperti yang berlaku di Keadilan,” kata Khairy dengan sinis.




Cubaan rasuah menjelang EGM Gerakan satu gurauan
Okt 8, 10 6:51pm

Gerakan hari ini menafikan dakwaan wujud cubaan merasuah menjelang pemilihan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Gerakan Pulau Pinang, Ahad ini.

Speaker kebangsaan parti itu, Tan Sri Dr Chin Fook Weng, berkata apa yang berlaku adalah salah faham ekoran gurauan kerani di pejabatnya yang menghubungi beberapa orang dalam pergerakan pemuda parti itu berhubung EGM berkenaan.

"Sebenarnya saya mengarahkan kerani terbabit menghubungi mereka (beberapa pemuda parti) untuk meminta bantuan menguruskan EGM pada Ahad ini tetapi kerani itu dalam perbualan telefon telah bergurau dengan memaklumkan mereka dipanggil oleh ''bos'' mungkin untuk dilantik sebagai penyelaras.

"Saya mengaku memang memanggil mereka sebagai penyelaras tetapi menyelaras bahagian dewan, parkir kereta dan urusan sidang akhbar dan bukannya untuk merasuah mereka supaya mengundi menentang usul tidak percaya terhadap Datuk Dr Teng Hock Nan (Pengerusi Gerakan Pulau Pinang).

"Perkara itu telah disalah tafsir oleh mereka dengan menganggap ia adalah cubaan rasuah sedangkan ini semua adalah salah faham dan saya mengaku ''bos'' yang dimaksudkan itu adalah saya dan bukannya Dr Teng (kanan) seperti yang didakwa mereka," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn dan Naib Ketua Pemuda negeri, H''ng Khoon Leng.

Chin berkata beliau dipanggil ''bos'' kerana kedudukannya sebagai orang lama dan menguruskan kerja yang dilakukan dalam urusan pentadbiran pejabat Gerakan termasuk bagi mesyuarat, sidang akhbar dan pelbagai lagi.

"Kebanyakan pekerja di pejabat Gerakan memang memanggil saya ''bos'' kerana saya orang lama di sini (pejabat)," katanya.

Semalam kumpulan ''Suara Akar Umbi Gerakan'' dilaporkan berkata gelaja rasuah wujud menjelang mesyuarat EGM itu yang dipanggil oleh kumpulan itu bagi menyingkirkan pengerusi Teng.

Pemimpin kumpulan itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Heng, mendakwa Dr Teng telah menawarkan jawatan penyelaras kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada anggota perwakilan bagi meraih sokongan semasa berkempen di kawasan Seberang Perai.

Jawatan penyelaras kawasan diwujudkan oleh Barisan Nasional (BN) bagi parti Gerakan yang tewas kerusi Parlimen dan DUN pada pilihan raya umum lalu di negeri itu.


 
 Parti Gerakan Pulau Pinang nampaknya sedang dilanda masalah lagi dengan terbaru dakwaan rasuah menjelang mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti peringkat negeri itu Ahad ini.

Kumpulan 'Suara Akar Umbi Gerakan' berkata gelaja rasuah wujud menjelang mesyuarat EGM itu yang dipanggil oleh kumpulan itu bagi menyingkirkan pengerusi negeri yang dilantik Datuk Dr Teng Hock Nan.

Pemimpin kumpulan itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Heng, mendakwa Dr Teng telah menawarkan jawatan penyelaras kawasan Parlimen dan Dewan Undangan negeri (DUN) kepada perwakilan bagi meraih sokongan semasa berkempen di kawasan Seberang Perai.

Jawatan penyelaras kawasan diwujudkan oleh BN bagi parti Gerakan yang tewas kerusi Parlimen dan DUN pada pilihan raya umum lepas di negeri itu.

"Dr Teng menganjurkan jamuan malam untuk perwakilan di kawasan Seberang Perai untuk mendapatkan sokongan. Saya juga dengar dia (Dr Teng) menawarkan jawatan penyelaras kepada perwakilan yang boleh menyokongnya dan elak mesyuarat EGM Ahad ini," katanya.

Bagaimanapun, Heng yakin mesyuarat EGM akan berjalan lancar mengikut jadual kerana beliau percaya pemimpin peringkat akar umbi tidak akan terbawa-bawa dengan taktik kotor beberapa pemimpin negeri.

Pada satu sidang akhbar kemudian, naib pengerusi Pemuda Gerakan negeri Ng Say Kheng mendakwa beliau adalah antara perwakilan yang ditawarkan jawatan penyelaras oleh seorang pemimpin negeri.

Katanya, beliau menerima panggilan pada jam 11 pagi semalam dari seorang petugas ibu pejabat Gerakan negeri yang menjemput beliau untuk minum bagi membincangkan beberapa perkara.

"Pemanggil itu juga memberitahu bahawa ketuanya, seorang pemimpin kanan parti, mahu menawarkan jawatan penyelaras jika mereka dapat berjumpa.

"Saya menolak tawaran itu dengan enggan bertemu dengan pemimpin itu kerana saya tidak mahu terbabit dalam rasuah.

"Saya percaya bukan saya sahaja yang ditawarkan jawatan itu dan akan bincang dengan perwakilan lain mengenai tindakan susulan," kata Ng.

Mengikut perlembagaan parti, dua pertiga atau 262 perwakilan harus mengundi menentang Dr Teng untuk membolehkan usul tidak percaya diambil terhadap pemimpin tersebut.

Ketika dihubungi, Dr Teng menolak dakwaan kumpulan tersebut dan menjelaskan apa yang berlaku adalah satu salah faham.

"Kami menyiasat dakwaan tersebut dan mendapati ia tidak benar. Apa yang berlaku adalah salah faham antara kumpulan itu dengan petugas ibu pejabat negeri," katanya.


    



 

EGM Gerakan Pulau Pinang diteruskan Ahad ini
Okt 8, 10 4:23pm  
Kongsi 0
Timbalan presiden Gerakan, Ko Chang Yuan mengesahkan hari ini bahawa mesyuarat luar biasa (EGM) Gerakan Pulau Pinang Ahad ini akan diteruskan walaupun tersebar berita yang mengatakan ia mungkin dibatalkan pada saat-saat akhir.

Chang (kanan), yang juga pengerusi Gerakan Perak berkata, beliau
telah dilantik untuk mempengerusikan EGM itu, yang dijangka menyaksikan 393 perwakilan di negeri itu mengundi sama ada mahu mengekalkan Dr Teng Hock Nan sebagai pengerusi Pulau Pinang.

Chang berharap EGM itu berjalan tanpa insiden yang tidak diingini, sambil menambah beliau telah menerima emel dan SMS yang mengatakan beliau tidak perlu datang ke Pulau Pinang kerana perwakilan di negeri itu boleh menangani sendiri masalah tersebut.

"Tetapi saya ingin mengatakan bahawa semua perwakilan mesti hadir di EGM itu untuk mengundi menyokong atau menolak petisyen tersebut. Saya mengharapkan kehadiran 100 peratus," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat parti di Jalan Macalister.

Untuk mengelak tuduhan berat sebelah, Chang berkata, pihak parti akan mendapatkan bantuah ahli dari Kedah untuk membantu perjalanan EGM tersebut.

Tiada perbahasan, hanya mengundi

Pengerusi Gerakan Kedah yang juga ADUN Derga, Dr Cheah Soon Hai akan berada di Pulau Pinang Ahad ini untuk membantu Chang.

"Kita tidak seperti parti lain, terutama DAP, yang menggunakan
segala cara untuk memastikan parti itu tetap utuh," tambah Chang, yang juga penasihat kepada menteri besar Perak.

EGM itu akan bermula jam 10.30 pagi, dengan proses pengundian akan mengambil masa sejam.

Juga tidak ada sebarang pembahasan dalam EGM tersebut kerana penyokong dan penentang Teng, telah sepakat untuk menumpukan kepada proses pengundian.

- Bernama

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]