Saturday, October 2, 2010

Kula letak jawatan dalam DAP Perak?


Regina Lee
Okt 2, 10
1:04am

Pergeseran dalam barisan kepimpinan DAP Perak telah mencetuskan khabar angin yang timbalan pengerusinya, M Kulasegaran akan meletak jawatannya di negeri itu.

Dalam Twitternya, ahli parlimen Ipoh Barat dan timbalan pengerusi DAP kebangsan itu, menegaskan bahawa beliau akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan Perak hari ini.

Tulisannya dalam bahasa Inggeris itu bermaksud: "Baru saja tamat
mesyuarat kepimpinan DAP di Ipoh. Hari yang sedih kerana saya akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan DAP Perak kepimpinan hari ini".

Kulasegaran membayangkan kemungkinan melepaskan jawatan di peringkat negeri, tetapi menegaskan beliau masih ahli parti itu.

Menurutnya, beliau tidak berniat untuk meninggalkan DAP tetapi menimbang kemungkinan meletak jawatan di peringkat negeri.

"Cukuplah. Dalam sidang akhbar esok, saya akan menjelaskan semua, " tulis Kulasegeran dalam Twitternya pada jam 12.45 pagi - beberapa jam selepas Twitter awal.
'
Bagaimanapun, menurut satu sumber, Kulasegaran nampaknya telah mengubah fikirannya selepas dipujuk oleh beberapa pemimpin pusat DAP.

Bagaimanapun, beliau dijangka meneruskan hasratnya untuk mengadakan sidang akhbar itu pada jam 10.30 pagi ini di ibupejabat DAP Perak untuk memperjelaskan apa yang berlaku semalam

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]