Monday, October 18, 2010

MEMBERI KEUTAMAAN .......PAU 2010........

Muhyiddin Minta Bahas Isu Penting Demi Parti

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta para anggota Umno menggunakan kesempatan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2010 untuk membincang dan membahaskan isu-isu penting demi masa depan
parti dan Barisan Nasional (BN).
“Ini perhimpunan agung yang penting… dan akan memberi ruang dan kesempatan bagi anggota parti membahaskan perkara-perkara yang dianggap penting demi masa depan Umno, BN, bangsa, agama dan negara,” katanya selepas mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno di Parlimen, di sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN, berkata adalah amat penting bagi anggota parti untuk mendengar dan membahaskan Ucapan Dasar Presiden oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis.
Semua persiapan untuk perhimpunan itu, yang berlangsung mulai esok hingga Sabtu ini, sudah disusun dan dijadual berjalan lancar, katanya.
Senarai wakil anggota Majlis Tertinggi (MT) yang akan bertindak sebagai pemerhati pada perhimpunan agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno sudah ditetapkan, katanya.
Perhimpunan agung Pergerakan Wanita Umno akan dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dua wakil MT Datuk Azian Osman dan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Bagi perhimpunan agung Pemuda Umno, pemerhati adalah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin serta Anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Mohd Zin Mohamed akan menjadi pemerhati perhimpunan agung sayap itu.

Luahkan keresahan akar umbi, tapi berhemahlah, kata Muhyiddin - October 19, 2010

Antara yang disampaikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepada para pencadang, penyokong dan pembahas usul Perhimpunan UMNO 2010 dalam taklimat tertutup di PWTC hari ini ialah ingatan bahawa mereka dibenarkan meluahkan keresahan akar umbi, namun ia harus dibuat dengan berhemah dan bertanggungjawab.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]