Rata-rata pemimpin muda UMNO masih mencari definisi tentang apa itu perjuangan dan apa itu yang perlu diperjuangkan. Lihat sajalah wawancara bersama Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO di dalam Mingguan Malaysia. Pelurunya hanyalah peluru kapur yang sipi dan tidak mengenai sasaran. UMNO juga telah kehilangan warnanya yang asli kerana idealisme perjuangannya sudah dicemari oleh ketamakan, kerakusan dan keangkuhan kuasa. Kerana itu, sebilangan pemimpin kanan UMNO hanya mesra bermusim yakni semasa musim pemilihan parti serta semasa Perhimpunan Agung UMNO dan Pilihan Raya Umum. Di luar dari musim-musim ini, mereka kembali menyarung baju rasmi yang terlalu formal dan autoritatif serta enggan turun ke padang. Justeru, agenda perjuangan bangsa terus terperangkap dengan cerita tidak pernah tamat ataupun "the never ending story" Perwakilan dan pemerhati rata-ratanya masih datang dengan 'gaya dan perwatakan' yang sama seperti mana ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) begitu gagah di persada politik tanah air. Baju Melayu dan kemeja linen mereka sentiasa segak dan baru walaupun isi dan gaya perbahasan masih mendatar dan tidak banyak berubah. Perhimpunan Agung UMNO bukanlah pentas kerajaan di mana pemimpin parti datang dengan baju Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Menteri-Menteri Besar dan sebagainya. Ia juga pastinya bukan pentas untuk suka-suka, pantun memantun, sajak menyajak, seloka dan gurindam, puji memuji, ampu mengampu dan lawak melawak semata-mata. Perhimpunan Agung UMNO adalah dewan tertinggi parti untuk perwakilan membawa suara akar umbi, melontarkan pandangan, cadangan, teguran dan kritikan serta kemudiannya mencapai konsensus yang perlu dijadikan dasar dan keutamaan parti. Ia perlu dihadam oleh pemimpin kerana itulah martabat sebuah perhimpunan agung. Melihat beberapa siri Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU Ke-12), kita masih ternanti-nanti apakah 'perubahan' yang dijanjikan itu akan benar-benar berlaku. . |
Thursday, October 21, 2010
MENJEJAKI ROH PERJUANGAN YANG HILANG.
Label:
PEMUDA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment