Thursday, October 21, 2010

Pas Tahu UMNO Konsisten Perjuangkan Perpaduan Melayu

 

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan hasrat UMNO untuk membincangkan kedudukan orang Melayu dan Islam bukanlah dibuat berdasarkan pertimbangan politik tetapi satu perjuangan konsisten parti itu sejak dari dulu.
Jelasnya perjuangan UMNO tidak pernah berubah kerana sentiasa bersedia dengan sesiapa sahaja bagi membincangkan agenda yang lebih luas khususnya demi agama, bangsa dan negara.
“Kita tidak terdesak. Hasrat kita untuk membincangkan kedudukan orang Melayu, kedudukan Islam tidak bersandarkan pertimbangan politik.
“Saya rasa Pas dari dulu memahaminya tetapi kalau ada pihak-pihak lain yang nak menangguk di air yang keruh yang mengatakan kita terdesak bagi saya UMNO mempunyai kekuatan sendiri kerana kita mempunyai sokongan setia kita sendiri”, katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas dakwaan kononnya UMNO terdesak sehingga terpaksa bekerjasama dengan Pas.
Tegas beliau lagi isu yang sebenar adalah sampai bila kedudukan agama Islam dan masa depan orang Melayu menjadi pertaruhan hanya kerana persengketaan politik yang berpanjangan.

“Inilah soal pokok yang sebenarnya. Sampai bila disebabkan politik agama kita tergadai, masa depan orang Melayu terjejas. Dalam keadaan ini terserahlah kepada pemimpin Pas untuk melihat keadaan yang sebenarnya”, ujar beliau.
Hakikatnya kata beliau UMNO tidak pernah menolak perpaduan orang Melayu malah sudah terbukti sejak zaman Datuk Onn lagi antara kepentingan individu dan parti, UMNO akan memilih parti.
“Perjuangan kita terbukti sejak dari dulu konsisten. Kita tak tergamak untuk menggadai maruah bangsa, agama dan negara semata-mata untuk raih sokongan politik dan kejar jawatan”, katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]