sumber : UnspinnersMu sumpek Huse hok kuak membohong dan meyamun Galas ada 6 peti undi orang Asli di Lojing, Belatim, Hau, Bihai, Balar dan Sg. Ber. Untuk PRK Galas, undi mereka penting dan mungkin jadi penentu. Kerajaan dah sebut siang tak mahu buat projek mi segera. Orang Cina tidak dapatlah mainkan toriak mereka untuk meminta macam-macam tapi tak kasi undi. Nampaknya undi Cina agak likat sikit nak dapat. Tapi undi Cina hanya dalam 2 peti undi. Undi Melayu boleh kita letak secara conservative di 50:50. Lebih kemungkinan ianya lebih kepada BN dengan Ku Li diberi peranan lebih besar. Itu yang PAS main wayang konon nak letak orang Asli. Kalau tak jadi, PAS akan dianggap tidak memenuhi janji. Lagi menghina. Lantaklah PAS. Strategi Ku Li adalah meminta agar kempen ini dijadikan pertandingan sesama keluarga. Maknanya antara orang tempatan dan orang tempatan. Orang luar jangan sibuk sangat atau jika ingin membantu, jangan main hentam keromo mengikut cara tempat lain tanpa memahami sensitiviti tempatan. Tujuan Ku Li ini perlu dilihat dengan positif. Dia tidak mahu malaun dari tempat2 lain di Kelantan memainkan peranan sebagai tukang sabo. Kalau tidak sebab Romzi Kuala Kerai dan Anuar Musa, tak adalah kita kalah di PRK Manek Urai? Selain itu, sudah kedengaran ada bekas calun BN Galas bertemu Husam untuk cut a deal. Ini SMS kami terima: GEMPAR ~ Saupi Deraman jumpa Husam Musa di Taman Wangi diurus oleh Hj. Fauzi, Pengerusi PBMK sawit. Saupi minta jawatan dalam PMBKTerus terang cakap beberapa pemegang jawatan seperti Ketua Pemuda dan bekas pemegang jawatan Setiausaha dalam UMNO Gua Musang pun akan berdengki khianat macam yahudi dan Israel. Satu lagi SMS: GEMPAR ~ Risalah tolak Abd Aziz Yusof calon Galas. Puok2 Umno kena sedar , jgn mudoh tpedaya dgn cerita 'Pok Loh Balak'. Yg wat crita belako ni Bazlan Pemuda yg bcita2 nk jadi calon jugok. Kita tunggu pgumuman YAB PM 24hb ni, sapopun kita kena sokong....!!Kesan perjumpaan bekas calun Galas dengan Husam boleh dilihat apabila Husam akan beri geran tanah keapda 1,800 keluarga Cina. Ada lagi satu SMS berbunyi: GEMPAR ~ Hj. Wahab, Ketua UMNO Caw Bandar Lama, akan sokong PAS bila kerajaan negeri beri geran tanah.Cabar ke atau apa ni? PAS memang pandai berjanji, laksana tak tahu. Geran yang dijanjikan dahulu dapat atau tidak? Janji ini dapatnya samada lepas PRK atau sebelum? Dalam Husam memberi geran, dia tidak pula tunaikan janji PAS pada orang Asli dan orang tempatan untuk memberi geran tanah menggantikan tanah mereka yang di "rampas" untuk program Ladang Rakyat. Tidak juga turun wahyu untuk menunaikan janji tanah dan rumah untuk program Rancangan Penempatan Semula (RPS) orang Asli. PAS sedari perkara ini. Walaupun pemimpin BN dan JHEOA kurang melawat kawasan, peranan dakwah orang Asli melalui Jabatan Aghama Islam Kelantan (JAIK), dan mereka lebih berdamping, mereka tahu swing orang Asli di PRU12 tidak akan kekal. Dosa PAS pada orang Asli akan akhirnya dibalas. JAIK ada kejayaan dapatkan orang Asli masuk Islam tapi cara PAS mendiskriminasi orang Asli yang bukan ISlam dan tidak hijau (pro PAS) serta program Ladang Rakyat yang menyusahkan hidup mereka, PAS akan diajar. PAS ada menganjurkan majlis dikalangan Tok Batin pada 6 Oktober lalu dengan dihadiri MB Kelantan. Adalah disogok duit pada Tok Batin. Tapi selama mana. Akhirnya Tok Batin akan kembali untuk dengar suara anak buah. Isu pengambilan tanah, geran tanah yang tak kunjung tiba, rancangan penempatan semula orang Asli tidak meyakinkan mereka untuk menyokong kerajaan negeri. Untuk membantu peralihan ini, JHEOA perlu lebih efektif, bukan tidak langsung berperanan. Pemimpin2 UMNO perlu merapati mereka dan dengan cara yang halus. Jangan nampak sangat nak PRK baru nak cari mereka. Ini yang taktik kempen dalam keluarga. Bagi kita yang lihat dari jauh dan rakan2 blogger, cyberwar tidak dilihat akan memberi kesan mendalam dalam PRK Galas. Namun begitu, gunakan kempen Galas untuk mengeluarkan kembali cerita2 mengenai kepincangan kerajaan PAS Kelantan yang dah berumur lebih 20 tahun tapi tak sedar mereka dah tua tenat dan patut berihat. Ambil peluang dari tumpuan ramai kepada Galas untuk rakyat Kelantan dan Malaysia tahu bahawa PAS ini hanya penuh sandiwara dan retorik. SMS berikut boleh kasi ide: GEMPAR ~ Nik Ajis pemimpin Islam utama dunia. Boleh bkwn dgn syaitan, kata Allah pun gedebe, gi umrah sponser takpo, kes arif fahmi bukan kroni, hasil balak beri ko cina, undi umno kafir DAP ok, doa bala utk PM, main snooker, wayang kulit, tomoi, konsert dan suara qariah aurat,,,loni tebalik kot belako.Mereka tak tahu mentadbir. Hanya pandai maki hamun, mencarut, fitnah dan menyalahkan kelemahan mereka pada orang lain. Mereka mengguna agama untuk mengkhayalkan orang ramai dari realiti dan untuk berbohong. Sila jawab SMS ini betul atau tidak: BERITA Gempar: Dimanakah pendirian Nik Ajis bila ada pemimpin2 DAP dan PKR desak utk dirikan semula gereja yg telah diroboh dikaw ore asli semata2 utk kepentingan politik dan sanggup menerima desakan itu. Adakah ia adil utk ore Islam dan slogan agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Sedar la wahai ore melayu galas |
Friday, October 15, 2010
PAS termalu di Galas, UMNO ada cah keting sesama sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment