Tuesday, October 19, 2010

KALUT NAK KUASA....

Batu Sapi: SAPP diminta beri laluan kepada PKR
19/10/2010 3:28pm

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Parti Maju Sabah diminta tidak meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah bagi memberi laluan kepada calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya telah bersetuju untuk bertanding di Batu Sapi dan akan memastikan pertemuan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN).

"Kita berpendapat SAPP tidak perlu letakkan calon di Batu Sapi bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional diadakan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, yang juga bendahari Parti Bersatu Sabah (PBS), akibat nahas jalan raya di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Oktober lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan 4 November sebagai hari pembuangan undi, iaitu serentak dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Kelantan. - Utusan

PKR, SAPP tak beri laluan di Batu Sapi


2010/10/20
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi bulan depan, walaupun Parti Maju Sabah (SAPP), parti pembangkang negeri itu, sudah mengesahkan akan bertanding mencabar Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan keputusan parti itu di Lobi Parlimen semalam, sebaliknya berharap SAPP memberi laluan kepada PKR untuk pertandingan satu lawan satu dengan BN.
“Pada satu mesyuarat yang diadakan baru-baru ini, pemimpin pakatan pembangkang memutuskan memberi peluang kepada PKR bertanding pada pilihan raya kecil 4 November ini. Kita akan mengumumkan nama calon dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Click Here
Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, sebelum ini berkata, partinya melihat kewajaran bertanding kerana perlu memenangi kerusi majoriti pengundi Bumiputera yang merangkumi kawasan bandar, pinggir bandar, luar bandar serta pulau dan akan mengumumkan calonnya 23 Oktober ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandang, Datuk Edmund Chong Ket Wah, maut dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu. Kelmarin, BN Sabah sepakat memberi laluan kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) meletakkan calonnya bagi mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]