Labels: Pemuda UMNO Malaysia Oleh Dr Novandri Hasan Basri Pagi nanti adalah Mesyuarat Agung sayap-sayap UMNO Malaysia. Hanya satu sahaja yang penulis tidak mahu dengar iaitu retorik Pemuda UMNO. Itu sahaja. Retorik politik yang kerap sangat kita dengar dan baca tetapi hakikatnya ia hanya gah didengar tetapi pengisian dan gerak kerjanya tiada nilai yang signifikan dan wayang kulit. Mesyuarat Agung Tahunan yang hanya bergegar di dalam dewan Merdeka tetapi lemah lesu selepas tamat mesyuarat adalah harapan parti pembangkang tetapi jika ianya berlaku, misi Pemuda UMNO Malaysia akan bertambah rumit. Biro-biro Pemuda UMNO Malaysia sepatutnya membentangkan aktiviti-aktiviti masing-masing semasa mesyuarat untuk dinilai oleh perwakilan. Kita mahu tahu sama ada terdapat pengerusi biro yang lembap dan seperti tidak berfungsi. Perkara ini sungguh memalukan. Sekarang adalah masa untuk menilai kembali prestasi kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Mereka yang tidak aktif dan hanya bertenggek kepada jawatan perlu dipecat. Membuang masa Pemuda UMNO Malaysia. |
Wednesday, October 20, 2010
Pemuda UMNO Malaysia - Relevankah?
Label:
PPUM 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment