Wednesday, October 20, 2010

‘Penyakit’ BN Kedah perlu diubati

10/03/2008

‘Penyakit’ BN Kedah perlu diubati

Oleh ZAINU‘L AZHAR ASH‘ARI

Mukhriz mahu sehebat bapa






DALAM minggu ini, tentunya kisah kehebatan pasukan bola sepak Kedah bukan lagi menjadi perbualan hangat tetapi cerita bagaimana kejatuhan Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang mencuri tumpuan di mana-mana sahaja.

Ternyata Pilihan Raya Umum Ke-12 membawa cerita penuh makna. Kekalahan BN di Kedah jelas tidak sekadar mengejutkan sesiapa sahaja tetapi menyingkap kisah di sebaliknya. Apakah yang tidak kena atau ia adalah balasan kerana BN bersikap sambil lewa?

Malah, anggota-anggota BN sampai kini masih termangu, trauma, dan tidak tidur lena memikirkan kenapa sampai begitu sekali nasib mereka sedangkan Kedah dikatakan sudah mempunyai segala-galanya, daripada infrastruktur sehinggalah projek pembangunan termasuk program pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara).

Hendak salahkan siapa? Jika pembangkang menjadi punca kerana dikatakan menimbulkan pelbagai isu, memang itu adalah kerja mereka tetapi apakah BN mempunyai strategi menghalangnya atau merasakan kedudukan sudah selesa?

Sebenarnya pemerhati politik menyifatkan bukan pembangkang yang punya angkara tetapi krisis dalaman parti rupanya membawa bencana. Sejak dari awal pemilihan calon, ahli-ahli politik dalam BN di Kedah telah ‘membuka pekung di dada.’

Sebaik Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan senarai calon yang bertanding pada pilihan raya umum kali ini pada 21 Februari lalu, maka bermulalah ‘perang saudara’.

Pemilihan calon membuatkan ada yang ‘bermasam muka’. Ada antara anggota-anggota BN yang lebih rela tidak membantu calon bukan pilihan mereka.

Malah, ada juga dikatakan ‘berdiam diri’ kerana permusuhan sesama sendiri yang tidak bertepi. Kesannya BN sendiri yang rugi kerana mereka sudah membantu pembangkang meraih undi. Pertelingkahan dalam parti tidak boleh diterima pengundi kerana rakyat lebih mahukan wakil rakyat yang boleh berbakti.

Jika BN tidak dapat menjalin harmoni sesama sendiri, bagaimana mahu diterapkan kepada rakyat yang mereka wakili? Ketika isu kenaikan harga barang menjadi ‘senjata’ oleh pembangkang, BN pula seolah-olah tidak merasakan ia bakal menjadi ancaman.

Bayangkan, dalam 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pembangkang yang terdiri daripada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP memenangi 21 buah kerusi manakala di peringkat Parlimen, 11 daripada 15 kerusi pula menjadi milik mereka di Kedah.

Ini berbeza dengan pilihan raya umum 2004, pembangkang hanya membolot lima kerusi iaitu di Tokai, Sungai Limau, Anak Bukit, Bukit Pinang dan Belantek dan satu kerusi Parlimen di Pendang. Tidak menghairankan kerana kesemua kerusi berkenaan adalah kubu kuat pembangkang. Tetapi jika kubu kuat BN jatuh kepada pembangkang, ia adalah sesuatu luar biasa dan perlu difikirkan.

Pada pilihan raya kali ini, BN tewas kerusi DUN Tokai, Kota Darulaman, Alor Mengkudu, Jeneri, Pantai Merdeka, Bakar Arang, Sidam, Bukit Lada, Bukit Pinang, Anak Bukit, Sungai Limau, Kupang, Kuala Ketil, Merbau Pulas, Lunas, Kulim, Bandar Baharu, Pengkalan Kundor, Ayer Hitam, Bukit Selambau dan Kubang Rotan.

Hanya 14 kerusi berjaya diperoleh BN iaitu Ayer Hangat, Kuah, Kota Siputeh, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kuala Nerang, Pedu, Sungai Tiang, Guar Chempedak, Gurun, Belantek, Bayu, Derga dan Bakar Bata.

Sementara di Parlimen, BN cuma memenangi empat kerusi di Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu dan Alor Star manakala selebihnya di Padang Terap, Pendang, Sik, Pokok Sena, Kuala Kedah, Baling, Sungai Petani, Merbok, Jerai, Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu milik pembangkang.

Kelemahan BN Kedah mungkin terlepas pandang kawasan yang menjadi kubu kuat mereka sewaktu isu tersebut dilaung-laungkan oleh pembangkang. Jelas hanya lima DUN yang menjadi kubu kuat Pas menjadi tumpuan BN untuk merampasnya kembali dan hasilnya cuma Belantek berjaya dirampas kembali, sedangkan banyak kawasan tidak dijangka ‘tergadai’. Begitu juga di Parlimen.

Inilah penyakitnya yang membawa kepada kemusnahan. Jadi harga yang tinggi perlu dibayar oleh BN Kedah apabila melepaskan Kedah kepada pembangkang dan terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk merampas kembali negeri ini.

Itupun bukan kerja yang mudah jika penyakit lama ini menjadi kudis yang sukar untuk diubati. Sehubungan itu, BN perlu mencari penawarnya mulai sekarang dan tidak boleh lagi berdiam diri

2010 PANDANGAN PENULIS : BN KEDAH KENA DAPATKAN DOKTOR BARU IAITU DATUK MUKRIZ BAGI MENGUBATI SAKIT LAMA BN DAN UMNO...

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]