Friday, October 1, 2010

PRK GALAS : PERMULAAN PERPADUAN ATAU KEHANCURAN MELAYU ?






Norizan Shariff dalam blognya nobisha.com
berpendapat, mana-mana parti yang memenangi pilihan raya itu tidak akan membawa makna yang besar, sebaliknya menyumbang kepada peperangan psikologi yang berterusan dalam politik negara.

Sehubungan itu, beliau bersetuju dengan pandangan beberapa pihak supaya pilihan raya kecil di Galas dielakkan daripada berlaku demi perpaduan Melayu.

ALASAN :"Apa yang perlu diusahakan oleh pemimpin Pas dan UMNO ialah kesatuan fikrah atau 'wahdatul fikr'. Sampai sekarang, saya tidak melihat usaha-usaha ke arah itu. Dalam hal ini, saya fikir Gerakan, MCA dan DAP jauh ke hadapan. Hanya orang yang naif saja yang akan berhujah bahawa ketiga-tiga parti itu mempunyai agenda perjuangan yang berbeza.

"Disebabkan tidak ada penyatuan fikrah ini, maka pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pas dan UMNO yang seagama dan sebangsa melihat satu sama lain sebagai musuh - sampai ke satu tahap sesetengahnya lupa siapakah musuh mereka sebenarnya," katanya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat agar jangan menggunakan istilah 'perpaduan Melayu' untuk mengelakkan pilihan raya kecil kerana DAP, Gerakan dan MCA juga bertempur dalam banyak pilihan raya baik kecil dan besar tetapi ia tidak menjejaskan sama sekali persefahaman di antara mereka.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz dalam blognya kickdefella.wordpress.com ringkas menulis bahawa apakah benar dakwaan Pas bahawa agenda perpaduan Melayu adalah untuk menyelamatkan UMNO sedangkan berdasarkan kerusi Melayu dalam Parlimen, UMNO mempunyai 31 kerusi manakala Pas pula hanya empat kerusi.

"UMNO ada 31 kerusi di konstituensi majoriti Melayu di Semenanjung yang dimenangi dengan majoriti 32-72 peratus berbanding Pas ada empat kerusi sahaja, itu pun dimenangi antara 21-27 peratus. Apakah benar dakwaan penyokong Pas bahawa agenda perpaduan Melayu untuk menyelamatkan UMNO?" katanya.

klputrakl dalam komen di dalam entri tersebut yang berpendapat bahawa agenda perpaduan Melayu bukan untuk menyelamatkan UMNO tetapi untuk menyelamatkan Melayu dan umat Islam serta negara Malaysia keseluruhannya.

"Pas lupa orang Melayu itu beragama Islam. Pas lupa asas demokrasi di Malaysia. Setiap orang satu undi. Siapa menang dia perintah, siapa perintah dia yang akan menentukan dasar sesebuah negeri atau negara.

"Pas lupa bahawa mereka menang di kawasan orang Melayu atas undi Melayu/Islam serta ada kuasa yang bermakna di negeri majoriti Melayu/Islam yang besar. Pas tidak nampak untuk negeri-negeri tertentu orang Melayu/Islam tidak ramai atau mojoritinya tidak besar di mana kemungkinan orang Melayu/Islam kurang atau hilang kuasa memerintah jika berpecah undi," katanya.

Katanya, Pas tidak melihat bahawa realitinya orang Melayu dan Islam adalah paksi kepada kestabilan Malaysia kerana penduduk Melayu merupakan penduduk majoriti di negara ini dan sudah menjadi sesuatu yang lazim bahawa penduduk yang mempunyai majoritilah yang akan mencorakkan sesebuah negara.

Syed Ali Alhabshee dalam umnobahagiancheras.blogspot.com berpendapat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu membetulkan dahulu kesilapan Pas yang bertanggungjawab memecah-belahkan perpaduan Melayu dan Islam sebelum mengajak ahli UMNO menyertai partinya.

Katanya, Nik Aziz juga merupakan orang yang bertanggungjawab membawa kerosakan penyatuan umat Melayu menerusi pelbagai fatwa yang bertopengkan agama untuk kepentingan politik.

Justeru, katanya, cadangan terbaru Nik Aziz supaya ahli-ahli UMNO menyertai Pas bagi mengukuhkan perpaduan Melayu dan menyarankan UMNO tidak perlu bertanding pada pilihan raya kecil Galas sebagai kenyataan 'nyanyuk' dan gimik politik.

PANDANGAN PENULIS :Idea supaya BN/UMNO tidak perlu bertanding di DUN Galas datangnya dari PAS dan beberapa pemimpinnya atas alasan PERPADUAN MELAYU. Idea ini bukannya baru, sebelum ini pun telah di uar-uarkan oleh ramai pihak, bila melihat kepentingan Melayu terhakis sedikit demi sedikit sama ada yang dibuat oleh orang Melayu sendiri mahu pun bukan Melayu. Kisah ini berakhir dengan tragis bila PAS dengan bangganya mengatakan bahawa mereka tak perlu menjalin kerjasama dengan UMNO atas dasar persepakatan yang telah mereka mertai bersama-sama rakan dalam PR.

Hilang kisah kerajaan perpaduan, timbul pula isu debat antara PAS dan UMNO. Pelawaan berdebat sering sahaja mendasari tindakan PAS bila berdepan dengan UMNO. Persoalannya adakah pemimpin PAS kini telah dikaburi antara musuh tradisi dan musuh sebenar mereka. Kita semua tahu bahawa masalah Melayu tidak selesai dengan pemimpin berdebat sahaja. Pastinya dalan perdebatan soal menang dan kalah akan jadi taruhan politik. Pihak yang kalah akan terima kesan manakala yang menang akan menjaja atau diputarbelitkan atau pun isu ini akan diputarbelitkan demi kepentingan politik.

Berbalik soal perpaduan semula. Sering kita membaca bila sahaja timbulnya usaha-usaha untuk kerajaan perpaduan, belum pun mereka berbincang telah diletakkan syarat itu dan ini. Sudah tentulah keadaan menjadi haru biru. Ini ditambah pula dengan paparan dari laman web yang kadang-kala mendahului situasi sebenar usaha tersebut. Cuba kita fikirkan sematang-matangnya wajarkah kepeimpinan tertinggi bersifat demikian atas kapisitinya sebagai seorang mursyidul am yang berpendidikan agama lagi. Sifat demdam yang tiada kesudahan sering dikatakan menjadi batu penghalang ke arah usaha ini.

Dalam isu DUN Galas, tiba-tiba sahaja pihak PAS mula mengatakan bahawa perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah beri 'advantage" kepada mereka. Mungkin mereka lupa bahawa persamaan fikiran dalam isu royalti minyak kepada Kelantan bukannya bermakna Ku Li akan bersama PAS. Benar Ku Li pernah keluar daripada UMNO dengan menubuhkan parti Semangat 46. Tetapi kita semua tahu apa yang telah PAS lakukan kepada S 46 dulu. Kembalinya semula Ku Li dalam UMNO telah membawa banyak kebaikan kepada masyarakat Melayu dan juga parti politik Melayu. Terima Kasih, Tengku...Kita percaya dan penuh yakin gandingan Ku Li dan pimpinan UMNO Kelantan akan beri kejayaan kepada calon UMNO,

Pertanyaan : Adakah PAS juga bersedia tidak bertanding bila melibatkan kawasan UMNO ?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]