Sunday, October 24, 2010

RAMAINYA NAK JADI YB!

RELEVAN KAH PARTI POLITIK INI KEPADA PENDUDUK 28 JUTA ORANG?
20 parti politik baru tunggu kelulusan ROS
Okt 23, 10 8:11pm
Kongsi 22
Sebanyak 20 parti politik baru di negara ini masih menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk didaftarkan, demikian menurut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Ketua Pengarah JPPM Datuk Md.Alias Kalil berkata sehingga ini mereka masih belum meluluskan permohonan pendaftaran parti politik baru itu.

"Walaupun semua permohonan itu telah mematuhi kriteria yang ditetapkan, tetapi ROS memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji setiap permohonan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penutupan kursus pengurusan bagi 53 pertubuhan di Kapit hari ini.

Adalah difahamkan antara 20 parti politik baru itu, dua daripadanya adalah dari negeri Sarawak iaitu Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS) dan Parti Peace.

Md Alias juga berkata ROS tidak sewenang-wenangnya membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan tanpa memberi peluang dan masa yang cukup untuk memperbetulkan masalah atau peraturan dalam peertubuhan tersebut.

Setakat ini, sebanyak 2,843 pertubuhan berdaftar di Sarawak dan tahun lepas 37 pertubuhan dibatalkan dan sehingga bulan lepas tahun ini, kurang 10 pertubuhan dibatalkan pendaftarannya.

Sementara itu, pada sidang sama, pembantu khas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Loo Yeng Peng berkata Kementerian Dalam Negeri sedang dalam proses meminda atau memansuhkan beberapa akta termasuk Akta Kediaman Terhad, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat.

"Ini kerana akta seperti Akta Kediaman Terhad di mana seseorang yang disyaki melakukan kegiatan jahat dibuang daerah tidak berkesan ekoran dengan kemajuan teknoloji maklumat dan komunikasi (ICT) dan Internet," katanya.

Loo berkata demikian ketika menjawab permintaan Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi, yang hadir pada majlis itu, supaya kementerian itu menghentikan tindakan membuang daerah penjenayah ke Kapit dan bandar di kawasan pedalaman seperti Song dan Belaga.

Alexander berkata jika orang jahat tidak sesuai di tempat asal mereka maka mereka juga tidak sesuai di Kapit, Song atau Belaga atau mana-mana tempat di negeri itu.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]