Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden Umno akan menyampaikan amanatnya pada majlis taklimat tertutup pada jam 3 petang di Dewan Merdeka, PWTC, yang turut dihadiri oleh anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta Ketua-ketua Bahagian. Perhimpunan Agung kali ini, yang akan berlangsung selama lima hari, melibatkan 4,907 perwakilan. Sementara itu Forum Antarabangsa 2010 yang julung-julung kali diadakan sempena Perhimpunan Agung kali ini bersambung hari ini dengan dua lagi sesi panel perbincangan dan enam ahli panel menyampaikan pendapat masing-masing mengenai isu-isu antarabangsa. Forum dua hari bertajuk "Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Reliati Baru Politik" itu melibatkan lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara termasuk 63 peserta dari 22 parti politik dari 20 buah negara, 54 peserta dari Kelab Umno Luar Negara serta penganalisis-penganalisis politik. Semalam, ketika merasmikan pembukaan forum itu, Muhyiddin berkata rakyat malaysia memerlukan akses yang cepat bagi menangani pelbagai cabaran baru. Turut menyampaikan ucaptama semalam adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mengingatkan kerajaan supaya mendengar pandangan media yang liberal untuk lebih memahami pemikiran semasa orang ramai. Perbincangan hangat pilihan raya Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada majlis makan malam, semalam, sempena Forum Antarabangsa mengenai Pembentukan Masyarakat Global, berkata pilihan raya umum dijangka dibincangkan dengan hangat pada Perhimpunan Agung Umno 2010. Abdullah berkata beliau percaya pemimpin Umno mempunyai tekad untuk melakukan perubahan di sebalik segala rintangan dan cabaran. "Jika kita mahu melakukan pembaharuan, parti ini juga mesti melakukan perubahan. Ia merupakan satu tugas yang mencabar dan sukar bagi pemimpin-pemimpin parti, tetapi saya percaya mereka mempunyai tekad untuk melakukan perubahan sewajarnya. "Kita kini menghadapi satu hakikat baru sebuah dunia yang semakin mengecil, dunia yang pastinya penuh dengan pelbagai masalah dan cabaran, kita tahu apa yang berlaku di seluruh dunia kerana kemudahan komunikasi, dan juga internet... inilah dunia baru," katanya. - Bernama |
Tuesday, October 19, 2010
SELAMAT BERSIDANG PARA PEMIMPIN DAN PERWAKILAN UMNO
Label:
PAU 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment