Friday, October 15, 2010

TERIMA KASIH KDN DAN PDRM.


Kegiatan tujuh pegawai imigresen sudah lama dipantau




2010/10/15

KUALA LUMPUR: Penahanan tujuh pegawai Jabatan Imigresen mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (KDN) 1960, dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung pembabitan mereka yang disyaki bersekongkol dengan sindiket antarabangsa dalam kegiatan penyeludupan warga asing ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kegiatan tujuh pegawai Jabatan Imigresen terbabit bersama dua warga asing yang turut ditahan itu sudah lama dipantau pihak berkuasa.

Sehubungan itu, katanya, penahanan mereka membolehkan siasatan lanjut secara menyeluruh dijalankan khususnya terhadap kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara terutama melalui sindiket penyeludupan warga asing dan urusan keluar masuk dari negara ini.

“Siasatan terperinci akan diteruskan, sekali gus diharap mampu membongkar dan mengekang tindak-tanduk sindiket penyeludupan warga asing dan saya mahu siasatan diteruskan hingga ke akar umbi.

“Siasatan ini membabitkan segelintir pegawai Jabatan Imigresen dan ketua sindiket (penyeludupan warga asing) yang sudah lama dipantau pihak berkuasa,” katanya di Bukit Aman, di sini, semalam.

Hishammuddin berkata, beliau memandang berat kes itu kerana ia membabitkan keselamatan pintu masuk negara yang menjejaskan imej dan maruah negara.

“Penyeludupan manusia mampu memberi kesempatan kepada pihak tidak bertanggungjawab melakukan pelbagai jenayah serius lain seperti aktiviti pengganas, penyeludupan senjata api dan dadah serta kegiatan jenayah lain,” katanya.
Mengulas pertemuannya dengan Bowen, Hishammuddin berkata, kedua-dua negara bersepakat untuk meningkatkan lagi hubungan kerjasama dua hala dalam pertukaran maklumat berhubung pelbagai isu keselamatan, khususnya menangani kegiatan penyeludupan manusia.

PENULIS : SOAL KESELAMATAN NEGARA MESTI DIUTAMAKAN.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]