Seludup manusia: 7 kakitangan imigresen ditahan di bawah ISA 13/10/2010 5:08pm KUALA LUMPUR 13 Okt. - Sembilan individu membabitkan tujuh kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia dan dua warga asing, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mereka ditahan secara berperingkat-peringkat antara 10 dan 12 Okt lepas, di pelbagai lokasi. "Penangkapan ini dibuat bagi membolehkan satu siasatan lanjut yang terperinci dijalankan, sekaligus membongkar dan mengekang tindak-tanduk sindiket terbabit. "Pihak polis memandang berat terhadap kegiatan sindiket ini kerana aktiviti pembolosan yang dilakukan, telah menimbulkan persoalan terhadap tahap keselamatan di perbatasan negara,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini. Beliau berkata, kegiatan sindiket itu bukan sahaja menimbulkan ancaman kepada negara, tetapi juga di rantau ini, khususnya melibatkan jenayah lain seperti pengganasan, penyeludupan senjata api dan dadah. Bagaimanapun, Ismail enggan mendedahkan identiti mereka yang ditahan. Menurut sumber yang dihubungi, kesemua mereka yang ditahan berusia lingkungan 20 dan 50 tahun. Beliau berkata, seorang daripada warga asing itu adalah dari Pakistan. Katanya, polis masih meneruskan operasi mengesan mereka yang terlibat dalam jenayah itu, termasuk kakitangan lain dari Jabatan Imigresen. - Bernama pandangan penulis : Teringat dulu ada yang suka ISA dimansuh ? |
Wednesday, October 13, 2010
TERKINI : PAGAR YANG MAKAN PADI ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment